aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Saturday, May 25, 2013

siapa sebenarnya anjing?





ehem ehem.
tak nak cerita panjang panjang nak bagi pencerahan sikit jeeee
sikit je tauuu....

mungkin ini yang dikatakan kebebasan bersuara,
mungkin ini yang dikatakan kebebasan berhimpun,
mungkin ini yang dikatakan kebebasan ke hulu ke hilir,

disebabkan atas tiket dasar kebebasan,
apakah kebebasan bersuara boleh keluar perkataan dan hembus apa sahaja yang maki hamun orang?
apakah kebebasan berhimpun jika berkumpul ramai ramai buat demokrasi jalananan selepas itu menyusahkan banyak pihak.
apakah kebebasan ke hulu ke hilir itu maknanya boleh sesenang diri masuk keluar mana pun yang kita nak...tak kira dimana pun tempatnya.
mungkin kita perlu naik bas kemudian berhenti sahaja tengah tengah highway tak payah fikir nak kemalangan atau apa sahaja...dan bebas kan!

sudah berulang kali aku katakan,
polis adalah berkecuali!
aku ulang dengan caps lock untuk kamu nampak BERKECUALI!
parti pemerintah dengan kerajaan memerintah pun dah tak dapat nak dibezakan.
itu pun ada hati mau mengambil alih negara.

kau anjingkan polis,
kau memang sedap tidur,
polis 24jam kerja jaga tidur kau.
polis tak balik tengok anak isteri sebab jaga anak isteri kau.
polis tak kisah sakit keluarga tapi lebih kisahkan sakit keluarga kau.
polis tak balik berbulan bulan operasi tapi tak pe yang penting kau duduk aman damai.
polis bermati-matian jaga keselamatan kau,sedangkan keluarga sendiri terabai.
polis kerja tanpa ada istilah overtime atau imbuhan lebih....
tapi bila gaji polis naik sikit kau dah kecoh satu dunia.

kau lupa mungkin berapa ramai perajurit kita yang terkorban...
mungkin itu juga anjing yang kau maksudkan...
kau ingat nyawa depaaaaa macam nyawa ikan ka?

apa kau ingat gaji polis ni setimpal dengan kerja yang dia buat?
kau tahu berapa ramai anak isteri polis yang terpaksa menahan perasaan duduk jauh dari insan yang bergelar suami?
kau tahu berapa ramai anak isteri polis yang redha jika setelah berbulan lamanya tak bersua muka tapi yang kami dapat sekujur badan kaku berselimut kain putih membisu tanpa kata-kata...
kau tahu berapa ramai anak isteri polis yang terpaksa berdikari tanpa bantuan ayah,tanpa bantuan suami...
kau tahu berapa ramai anak isteri polis yang terpaksa buat kerja lebih masa sebab nak tampung kehidupan mereka yang dua dapur.kos ulang alik perjalanan.
kau tahu berapa ramai anak isteri polis yang merana setiap kali bila suami dapat peluang cuti balik ke rumah berjumpa tapi kau nak buat rusuhan la demotransi jalanan la..segala apa kejadah mak nenek kau nak buat...sampai cuti suami suami ni ditarik dan tak dapat jumpa isteri bukan sebulan bukan dua bulan tapi berbulan-bulan lamanya.


kau tak tahu,atau mungkin buat buat tak tahu,atau lebih tepat tak ingin pun ambil tahu sebab tu kau menganjingkan polis sesuka hati kau je....

mungkin tak ada ahli keluarga kau yang polis mungkin sebab tu kau sanggup gelar mereka sama seperti binatang....
mungkin hari ini,saat ini masih belum ada...
tapi ke depan...tengok tengok anak kau yang jadi polis yang kau anjingkan sangat tu.
okay ni aku doakan.
semoga anak cucu cicit kau jadi polis ye *senyum*

Jika polis anjing upahan kau apa?
sukar nak memahami isi kandungan si penulis ini bukan..
pada hemat aku,mungkin anjing sahaja yang akan memahami bahasa anjing sebegini.
mungkin juga dia jenis kekurangan sedikit sebab itu dia menyamankan binatang dengan manusia.

zaman sekarang mudah,
jika tak mampu terima cara pilihanraya di Malaysia kita pilih cara pilihanraya negara mana yang kita suka kita pindah ke sana.
sebab itu yang kita suka.
tak perlu nak kecoh kecoh sampai semua orang rugi.
zaman pilihanraya dah tamat.
sekarang zaman kita berkerja.
bukan duduk goyang kaki taip taip taip lepas tu post dan anggap apa yang kita post sampai ke meja menteri tanpa sebarang surat...kena printscreen aje
kendian diambil tindakan...
harap maap tak diterima ye uols.
ahaks

dan sekarang siapa sebenarnya anjing?
dia atau polis?




Tuesday, May 21, 2013

untuk wanita dari wanita :)



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات




Hari ini bukan hari wanita.

oh tahukan hari wanita bukan setahun sekali di sambut....
tapi setiap hari.

hari ini aku menulis ini dari wanita untuk wanita...
mungkin juga separa wanita...
atau lelaki boleh ambil pedoman
untuk ibu
untuk isteri
untuk anak perempuan
untuk adik beradik perempuan
dan rakan rakan perempuan.

wanita,
ibarat sekuntum bunga,
tapi jadilah bunga yang indah,
bunga yang mekar mewangi,
sekuntum bunga mawar yang berduri
yang harum baunya hingga menusuk ke kalbu,
hanya yang berani mampu memetik,
yang dirinya seorang pejuang,
yang mana ia memang layak mendapatkan dirimu!

wanita,
mungkin ramai yang belum sedar
dalam dirimu telah dititipkan kemuliaan...
sejak dari azali...
kemuliaan demi kemuliaan
jagalah agar ia sentiasa indah....
sepanjang waktu...

wanita,
tanganmu tergenggam nasib anak bangsa
mendidik dan melindungi insan yang lain
biar pun terluka
biar pun terguris
tetap bangun dengan tabah

wanita,
pekerjaanmu bukan hanya di dapur,
bukan hanya di rumah,
pekerjaanmu yang mulia...
mendidik generasi
mendidik anak bangsa
dari rahimmu hingga ke dewasa...
terlahirlah pejuang pejuang
terlahirlah pemberani menjaga keamanan
terlahirlah insan yang akan mengharumkan setiap pelusuk negeri ini.

wanita,
sedarlah...
biar pun kita sering kalah dengan hati dan perasaan
biar pun kita mengundur demi kebaikkan...
tapi kita tetap wanita yang sentiasa memperjuangkan kehidupan setiap anak bangsa!


untuk kaum adam,
kami tak minta banyak.
cukuplah mencintai kami dengan ikhlas,
cukuplah mengasihi kami dengan sepenuh hati,
cukuplah menghormati kami dengan jujur.
kerana kami wanita yang akan setia di sisi anda biarpun anda jatuh dan bangun!


lelaki yang selalu berada di samping saya,
ketika saya agak kurus,
ketika saya suam suam kuku gemok sekarang...
dan ketika saya hampir suam suam kuku kurus.
semoga Allah swt panjangkan jodoh kami hingga ke syurga.
berharap beliau cepat ditukarkan ke tempat berdekatan dengan kami sekeluarga.^^







love,love,love

Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)












sekian,



Terima kasih sudi baca...







dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...






Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak dan doakan kami supaya dapat anak kembar!Aamiin ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...