✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Tuesday, September 25, 2012

checklist berpantang 44hari saya.

Assalamualaikum ^^


okeh,
sebelum ni gigih buat review checklist untuk barang baby,barang pakai masa nak p klinik bagai kan...
ni tengah gigih nak buat review barang dalam pantang pulak..edisi selepas melahirkan...
bukan apa..senang...nanti tadaklah kelam kabut kot kiri dan kanan...
dalam menunggu hari ni boleh lah spend duit dan meminta jasa dari insan-insan tersayang,selain tu nasihat dari semua orang berpengalaman,tak gitu dik non?kihkihkih

baiklah....
presenting..............eleh...blah la kau cik rai...hihihihi


1.Mengurut.
okeh,ni aku dah spend dalam rm200.sebab survey cas dia macam nilah lebih kurang,suruh makcik dekat rumah nenda jelah...sebab orang kata dia urut sedap.ni plan kalau aku bersalin normal.Insy.Allah bersalin normal kan.doakan aku tau uols ^^

2.Berbengkung.
okeh bengkung aku buat sendiri beli kain,upah jahit sikit then dapat 2pasang bengkung.yang moden aku dah ada.so penjimatan di situ....dengan kos rm15.00

3.Set bersalin.
aku beli set nr kos rm300.
sebab?turun termurun depa pakai set nr,aku tengok cun je lepas tu...kalau tak slim sangat pun mesti ada penurunan serta nampak cargassss ja....jadi aku pun guna pakai yang tu...salah satu sebab murah dan lengkap set tersebutkan.

4.Tungku besi.
Yang ni aku rembat dari rumah tok je...edisi turun temurun yang omak aku punya...hehehe
mama dengan papa gigih round pekan-pekan sekitar sini cari batu sungai nak buat tungku tapi entah tadak kot yang sesuai...so aku decide pakai jelah tungku besi yang sedia ada.nak beli yang baru pun lebih kurang je...lagipun mama bukan nak bersalin dah...aku je anak perempuan dia ada..apa kata dia mewarisi dekat aku je...hehehe...afdal kan....

5.Pilis.
pilis ni kegunaan dia untuk elakkan pening-pening semualah.cara pakai tempek dekat dahi.
ada orang tak suka pakai pilis ni...tapi aku siyesly nak pakai..sebab bila tengok dalam tv tu macam real je pantang...macam syiok je kan...
dapat satu paket free dalam set bersalin ritu,tapi aku beli tambah sikit 3/4paket,kalau tak cukup nanti lelaki kacak tu beli la lagi...kos rm5.00 je

6.Param.
param ni pulak untuk dilumurkan dekat badan bagi mengelakkan angin masuk ke dalam badan.
aku dapat free jugak sepeket dalam set bersalin Nr tu...cuma akan beli tambah mungkin 2/3paket kot...kos aku bajet dalam rm5.00.

7.Herba mandian.
Aku pakai herba mandian set Nr tu je...senang...tadak nak beli yang lain lagi...jimat bajet sudah!
mungkin akan dicampur dengan minyak TYT je...sebab tok aku kata turun termurun dia campur dengan minyak TYT...so ikutkan jelah....minyak TYT tak beli lagi....rasanya mungkin dalam rm10.00 macam tulah.

8. Bertangas.
aku beli buah majakani je rm5.00 dengan serbuk tangas as syifa tu rm13.00
bertangkas ni elok nak bagi kuman-kuman tu mati cepat semua....nak cepatkan baik jahitan,hilang keputihan semualah...so setel tang sini....

9.Maternity pad.
aku beli sikit je...lepas tu pakai pad herba avail tu...mak su nak sponsor lexee sikit...pad herba avail tu dah farah jual borong dekat aku so aku pun rembatlah....nanti tak habis aku jual pulak dekat orang...nasib baik kenal rapat dengan tauke-tauke untung sikit....so kira kos di sini rm30.00 jelah...

10.Stokin.
setakat ni aku beli sepasang stokin dcl.aku plan nak beli stokin dekat pasar malam je 3 rm10.00 tu.
kendian,aku dah gosok-gosok,bisik-bisik manja nak stokin scholl yang iklan rampingkan kaki di tv tu dekat lelaki kacak tu...tu semua sponsor ye...hahaha....tapi kira masuk dalam bajet rm60.00 la.

11.Tuala mandi.
kat rumah sepah-sepah tuala jadi takde nak beli-beli baru pakai je mana ada.

12.Kain baju.
Aku prepare kain batik 7pasang,papa hadiahkan 3pasang.
yang lain kain aku...selain tu aku rasa mungkin pakai seluar lembut tu kot..nak beli lagi sepasang dua rasanya...takan nak pakai kain batik je....
baju pulak,T-shirt bersepah,tadaknya nak beli baju lain...kalau baju yang segak,nak buat nursing tu aku dah spare 3/4helai beli baju time prgnt ritu yang jenis berbutang dekat depan....jimatkan...hehehehe

13.Nursing bra.
setakat ni aku beli satu je yang avon tu...nanti la lepas pantang aku beli lagi..test pakai dulukan.rm28.00

14.Breast pad.
aku beli yang washable tu je dulu..jimat kos..tengok macam mana,nanti pakai cuci balik...kalau dah naik kerja tak selesa mungkin akan beli yang pakai buang...rm15.00

15.baju sejuk.
aku rembat baju sejuk lelaki kacak tu je...baju sejuk aku semua nipis-nipis...baju sejuk fesyen je kata lelaki kacak tuuuu......

16.panty,bra
aku beli dispoable panty tu sepeket je...rm4.50 jenama watson.dah orang kata kena prepare so aku pun prepare jelah....
bra,dengan panty cuci tu macam biasalah harusla ada....kau ni....takan tu nak story lebih-lebih hahaha

17.Krim panas.
aku dapat free set bersalin jenama jusmira apa entah...so pakai yang tu dulu...memula aku plan nak beli jenama dollah cantek ke apa kebenda entah tapi dah dapat free pakai menda free tu kalau tak okeh nanti aku beli je on9 yang menda tu...simple jeeee...kwang3x

18.Lulur.
dalam set nr dah ada lulur dah,so lengkap tapi dah kebetulan dekat rumah aku memang ada lulur bunga tanjung jadi aku guna pakai jugaklah nanti...suruh mama lulurkan....nanti dah balik terengganu lelaki kacak tulah yang kena lulurkan aku...hehehe...gila kentang buli orang...syiok pulakkan :P

19.minuman&makanan.
aku dah suruh lelaki kacak tu beli stok biskut kering satu tin,jimat sikit.senang aku nak makan malam dan pagi,bukan apa...makan nasi tengahari ja....beli lada hitam yang dah siap blend dekat tesco yang dah dipaket tu...pun memudahkan.menu harian tu nantilah fikir.
part minuman pulak...aku prefer nak minum air milo fiber yang dalam iklan tu...sebab kata senang untuk pembuangankan...hihihihi*boleh aku kurus nanti*
selain dari air kosonglah...
menu nanti aku karang la jadual dengan lelaki kacak tu...minggu pertama mungkin dia heaven sebab duduk dekat rumah tok sekejap..selepas tu....parah ler beliau hehehe...
tapi kami dah plan dan makan makanan yang bakar je,disamping tu dia pun boleh on diet jugakkan...sesama diet.

20. selipar.
Esok aku nak p beli selipar jepun yang paten pakai dekat jamban tu je...rm2.00 sepasang...nak beli dua pasang.senang...selipar khas tadak aku nak berebut dekat rumah tok...malas la nak pakai selipar bulu-bulu bagai...kaki aku kaki orang kampung...gila kentang geli kot pakai selipar baldu-baldu gitu...
sesuwaiiii pakai selipar jamban jooooo hihihihi


setakat ini jelah plan aku...
mama dah over xcited nak masak makanan orang dalam pantang tapi apa pun aku memang suka makan masak lada tok!haish...tak sabar pulak...
nanti aku apa aku makan dalam pantang.
now berat aku sekitar 97kg.
jangan tak percaya oke.
ini adalah kenyataan...
tetiba je naik camni...aku sendiri pun tak percaya hihihihi....
nanti kita tengoklah lepas deliver macam mana..berkesan tak produk NR dan cara berpantang aku tu.


ok,baiiiii....


Sekian,
Terima kasih sudi baca...


Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak,dan juga semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat.Berharap semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamiin... 


Monday, September 10, 2012

hospital checklist.


Assalamualaikum^^

sebelum ni siang malam pagi petang,tok aku asyik menyanyi je pasal beg pergi hospital ni....selagi dia tak nampak dalam kereta selagi tulah dia bunyi...
ok,masa raya ritu...lelaki kacak tu dah siap prepare and letak semua barang adalam kereta.
almaklumlah kami kan jauh-jauh..incase aku ank terbersalin dia belum balik..nak admit ward semua benda dia dah sediakan.
tadaklah susahkan sesapa nak pergi cari ambil kain baju aku dengan baby.

okeh,fine aku sedih bila taip semua ni memandangkan aku memang tengah serabut sikit...sikit je....so jangan nak emo lebeyyyy...kihkihkih


 Hospital Checklist *untuk anakanda*
1.kain lampin- 1helai - done bawa 2helai spare...
2.towel baby -1helai -done bawa 1helai je
3. Bedung -1helai-done bawak 2pasang
4. Pampers baby -3keping -done bawak 3 keping
5.Barut baby -2helai- done bawak 3helai
6.selimut baby -1helai-done bawa 1helai
7.kurma untuk tahnik air zam-zam*bw sekali bonda*-nanti walid beli :)
8.sapu tangan baby -1helai -done bawak sehelai
9.mitten&booties – 2pasang- done bawak 3pasang

10. baju baby - done bawak 2helai

psttt ~ letak dalam satu plastik lain,pampers satu,lampin satu,barut satu dan tuala.ni untuk bagi dekat nurse nanti bila dia mintak ^^


Hospital Checklist*untuk bonda*
1.Buku merah.
2.Kad pengenalan
3.Telefon bimbit
4.Baju/blouse 3pasang. - done bawak 3pasang
5.Stokin 2pasang-done sepasang je
6.Kain batik 3pasang-bawa 2pasang,bawa sehelai seluar lembut
7.bra/panties 5pasang- done 3pasang
8.Peralatan mandi(berus+ubat gigi+pencuci muka)-done setel
9.Towel 1helai-done
10.Air zam-zam,selusuh*nanti baru letak dalam beg.
11.minyak angin-done dah letak mintak herbanika NR
12.termos air panas - macam tak penting je rasa..sebab bukan boleh makan megi pong...hahaha...lagipun kalau nak air suruh je lelaki kacak tu buat...kita buli sama dia...nanti la aku pk nak bawa ke tidak...
13.bag plastic- done letak 4kpg plastik buat isi baju kotor
14.sikat,lip ice -done
15.baju sejuk sweater 1helai-done
16.milo,horlick 3in1 (bawa 6paket)-done bawa 4paket je
17.Breast pad-done
18. Breast pump+bottle takut susu tak keluar baby hisap.*tapi ni suruh hasben bawakkan je*
19. Camera *ni pun hasben bawa*
20. Pay bil hospital – walid punya yeeeee

yeah dah siap masuk dlm kereta...hehehe

ok,baiiiii....

Sekian,
Terima kasih sudi baca...
Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak,dan juga semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat.Berharap semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamiin...  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...