✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Sunday, April 21, 2019

Nisfu syaaban

Assalamualaikum ^^

Lama bukan aku tak tulis apa apa disini.

Ada je benda nak tulis tapi tulah tahap kemalasan tu melebihi segalanya.

Malam ni,air mata aku murah sangat...sebab kisah viral ustaz ceraikan isteri dia ketika mengandung tu...sebab aku pun pernah alami jugak.

Ada orang akan cakap aku tak move on teringat bekas suami la apa la.bukan teringat sebab sayang la wehhh tapi mana mungkin aku lupakan apa yang dia buat pada aku walaupun sikit!
Ingat senang nak usung perut sembilan bulan sorang-sorang dalam masa yang sama macam kena buli mental.
Aku macam orang bodoh je dia buat.

Tapi tak apa allah swt ada,aku percaya semua akan berbalik kembali pada dia atau orang yang terdekat dengan dia atas apa yang dia buat pada aku.

Sukar sangat nak lalui...teringat semua benda.bila cerita orang kata nanti tak move on,kalau tak move on takan aku nak pilih orang lain dan jalani hidup dengan orang lain weh.
Tapi nak lupakan memang taklah.
Usung perut sembilan bulan sorang diri.
Sampai saat nak bersalin pun pegang telefon masih call lagi untuk minta datang tapi hampa...yang dapat penipuan.

Tak akan sesaat pun lupa semua detik tu.termasuk sikap yang disekeliling pada masa itu.ramai ja orang terdekat yang sengaja lagi semarakkan api.

Tak kisah apa saja alasan pun tapi pada aku sebagai seorang lelaki yang dah lafazkan akad nikah jika tergamak menceraikan isteri dengan apa sahaja alasan pun itu adalah kehendak dia sendiri.

Kalau lelaki tu sanggup menceraikan isteri ketika mengandung lelaki itu bukanlah lelaki yang baik...dalam apa jua keadaan pun.
Tambah pulak lelaki yang jenis lari dari tanggungjawab nafkah kan.lagilah nampak benar dayus dan kurangnya didikan keluarga dia 🤭

Kau ingat senang nak bawa perut sembilan bulan seorang diri,tambah dengan seksa jiwa menanggung beban yang rasa tak mampu nak simpan.hari-hari aku nangis.
Sapa yang bersama aku masa tu taulah macammana aku cuba untuk bertahan.

Letih tau,nak cuba selamatkan apa yang sebenarnya memang nak diruntuhkan oleh pasangan kita sendiri.

Nasihat aku,kalau dah tau lelaki tu memang kaki minum arak,kaki perempuan,kaki pukul,jenis anak mak,jenis yang ikut telunjuk keluarga,jenis tak mampu buat keputusan sendiri lebih baik jangan nak teruskan hubungan tu.
Sebab kita takan mampu ubah pun sikap seseorang tu melainkan dia sendiri yang nak berubah!

Sebab tu bila aku nak kawin lagi aku pernah kata pada kawan-kawan rapat aku...aku harap kali ni benar benar jodoh dari allah swt dan bukan bodoh aku lagi.

Alhamdulillah,hari ini aku mampu sujud syukur sebab aku dapat seseorang yang terima apa adanya aku.
Paling penting keluarga dia pun sangat sangat baik.terima aydina dan seth itu yang paling utama.

Paling aku terkesan masa aku sakit suhairy kata “bangunlah,kuatlah untuk anak dan abang”
sedangkan masa tu aku nak gerak kepala pun tak mampu...nak pejamkan mata pun aku rasa sakit sangat sehinggakan rasa takut nak kedipkan mata sendiri.

Ada orang pernah kata dekat aku,
“Kau kalau letak tepi tong sampah pun tak ada siapa nak kutip”

Sekarang aku dah buktikan yang doa aku allah swt makbulkan sebab orang yang kutip aku berganda baik dari orang yang campak aku dulu.


Selepas aku kawin ,bekas suami aku datang cari,masa tu dia cakap dia sayang lagi la.dia tanya kenapa aku tak cari dia semua...

Aku cuma balas “dulu mak awak kata nak cari menantu cikgu,menantu kampung macam saya setakat kerja library cabuk tak laku,campak dekat tong sampah pun tak ada orang nak”

Memang aku tak pernah sesekali pun cari dia selepas kami sah bercerai sebab pada aku kalau betul dia sayang aku dia tak akan tergamak tinggalkan aku dan anak-anak.
Dan dia selalu canangkan hati dia keras,tapi aku pun buktikan hati aku lebih keras lagi setelah bila aku tengok kertas syarat syarat dia untuk aku termasuk nak semua harta benda,tukar nama motor,tak boleh tuntut nafkah,mutaah dan sebagainya la ada lebih kurang 15 syarat.

Tapi masa tu aku yang bodoh ni cuma minta anak.dan dia takan boleh sesekali pun tuntut anak dari aku.nak jumpa anak boleh tapi tak boleh bawa keluar anak.
Tapi dia tak pernah pun datang jumpa.
Tak datang lagi bagus sebab anak anak aku pun tak kenal sapa dia, yang aydina dan seth tau suhairylah satu satunya ayah depa.
Sebab semua suhairy yang buat.
So sekarang dia dapatkan apa yang dia nak.
Walaupun barang dekat rumah tu hutang courts aku yang bayar setiap bulan tapi aku satu apa tak dapat 😝
Ambiklahhh sebab kita jenis nak apa beli sendiri wak,kita tak mintak dengan orang dan tak ambik yang orang.

Percayalah,aku rasa orang perempuan ni memang masa nak bercerai tu dia menangis bagai nak rak ,macam orang gila tapi tapi tapi lepas dia dah move on dia rasa dia dah okay jangan mimpilah dia nak pandang balik bekas suami dia,tambah tambah bekas suami yang sesen pun tak bawa untung 🙄

Jangan sesekali tanya aku macam mana aku jadi kuat sebab aku sendiri pun tatau macam mana aku mampu lalui semua tu...cuma aku sejenis seorang yang suka program otak aku sendiri dah.aku bila dah nekad,aku akan betul-betul nekad,alah macam kau minta hari-hari doa...allah swt tu maha adil takan lah satu doa kau tak makbul bukan?
Aku sejenis yang suka bagi rasa semangat dekat diri sendiri.dengarlah lagu yang semangat sikit,lepas tu yang happy lepas tu aku baca cerita lawak ke dan aku ajar diri aku fokus apa yang aku nak.

Dan paling penting aku akan jauhkan diri aku dengan apa sahaja yang boleh buat aku down,termasuk orang-orang sekeliling aku.
Alahhhh macam aku kata tadi kalau kita yang nak ubah diri kita mesti kita boleh buat pokok,daun pucuk diri sendiri mau!

Maka dengan itu,kawan-kawan yang sedang melalui fasa perceraian dalam hidup,ibu tunggal atau pun ibu tunggul(ada ayah tapi takberguna) kuatlah.
Dan berjuanglah untuk sesuatu yang berbaloi,tak payah sakitkan diri sendiri.
Takpa habiskan fasa bodoh dengan merayu dengan menangis tapi tolonglah kuat selepas itu.
Biar bodoh sikit tapi jangan bodoh selamanya!

Caiyok!

Yang benar,
Raihana humaira yang cantik menawan lagi bahagia.

Bonda anak tiga setakat ini 😝






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...