✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Tuesday, July 1, 2014

days 20:macam macam cerita

Assalamualaikum^^

Entry hari ke dua puluh dalam pantang.

Pejam celik pejam celik dua puluh hari.
Sepantas kilat.
Alhamdulillah, syukur.
Berpantang kali ini rasa mudah sangat.

Sebelum berpantang i tot princess akan buat perangai etc yang agak banyak ragam bila tengok adik...tapi itulah perancangan allah itu indah.semua dipermudahkan.
Sungguh...aku cukup susah hati sebab yelah sebelum ni princess kerap demam etc tapi lepas je aku bersalin....macam magic dia sihat dan okay je...bak kata orang pembawakkan budak kot.

So sekarang semua dah smooth.

Kali terakhir princess demam adalah pada hari aku masuk wad semasa nak bersalin itulah yang terakhir. Itupun sebab rindu yang amat sangat.+_+
Honestly, aku pun rasa tak kuat jugak jauh dari dia.
Aku tak tau la macam mana orang kata sayang anak isteri tapi boleh je hidup jauh jauh dari anak isteri kan...sampai tak tau khabar apa apa...kalau pjj mcm aku dulu lain ler ngeee

Bila dia nampak aku balik dia peluk...kendian dah lama sikit marah sebab tinggal dia hehehe
Sangat lucu kan.
Tapi itulah dia Princess yanh sentiasa buat aku ceria sangat.

Cerita tentang berpantang.

Kali ni aku memang tak fail lagi bertungku.
Aku memang suka bertungku sebab lepas bertungku rasa perut nipis je...tapi kalau awal pagi tu aku menyampah la sikit...yelah kau kadang kadang encik arjuna tu awai pagi dah dok bangun menyusu...pukui 2 3 pagi kadang kadang honestly tidur memang tak cukup...tapi nasib baik lah beliau bukan paten merap sakan.
Dan agak penyabar. Lebih dari princess dulu.
Berkat aku hari hari baca yasin kot dari bulan 1 sampailah lepas isyak 11.06 tu pun aku masih baca yasin lagi.
Sebab tu dia lebih penyabar...masa princess dulu aku skip skip je.

Dan princess malam memang selalu tidur tak berapa nak sedar sangat kecuali bila aku ubah dia jauh sikit dari aku...memang dia taknak...auto macam dibuat buat je sedarnya tu...kira kiri kanan aku kena peluk la.okay la tu nanti besar depa dua pulak peluk aku kan :p

Time aku berparam.
Aku berparam masa jam 10 ke 12 macam tu.lepas tu baru mandi.tak pakai lama sangat sebab payah kan dengan anak anak.
Aku bukan jenis nak susahkan orang.
Princess pulak kalau bau bau jamu ni mulalah buat wek wek wek...choiii dari masa dia lahir ye dia gini.

Berpilis
Anytime je lah...sebab letak dekat dahi je.
Hari hari memang aku berpilis.
Indah ye...aku suka.44hari memang akan aku pakai.aku rasa macam dalam drama je...hahaha
Gila kauuuu...
Wei syok tauu hari biasa tak boleh pakai kang kau pakai ada pulak kata kau mental masa berpantang nilah ambik peluang pakai.

Minyak Herbanika.
Aku sapu dekat kaki.dekat perut.dan tuang di pad.tapi kali ni aku takdak jahit di luar.dalam je sikit tu pun sebab kena seluk ambik uri.
Nanti la aku cerita kenapa boleh sangkut uri.
Ishh banyak version tau...aku je tak berapa ada kesempatan nak menaip banyak sebab aku sibuk dengan berpantang, dah run balik bisnes tu yang masa limited tu.

Manjakani.
Selain dari air rebusan tu aku buat cuci tut...aku pun minum jugak yelah aku nak cepat baik luka dalaman kan.
Sebab kali ni aku jahit sebelah dalam walau tak teruk tapi kena jaga ye uols.
Sayanggi diri uols sebelum sayang orang lain.
Aku kena jaga diri sebab nak jaga anak anak.
Aku kena sihat je sentiasa sebab nak cari rezeki buat anak anak.

Pil PhytoNatal
Yang ni aku makan ikut suka hati aku je.
Kadang kadang 2biji kadang kadang 3biji.
Yang aku suka sebab lawas! Tak risau nak membuang ye...sangat sangat sangat tak mengerikan.hahaha
Kiranya temujanji aku dengan incik j (jamban) tu hari hari ler.
Jadi aku set dalam otak...kalau gini memang boleh kurus la kau rai! Gituhhhh
Jadi ampa yang nak kuruih mai beli pil ni...dijamin sangat...kot yang ada sembelit ke.
Lagipun 2 in 1 selain kurus boleh jugak repair dalaman kan...

Air florida.
Yang ni aku sapu satu badan lepas mandi.
Lepas tu letak dekat bedak sejuk boh tang muka...aku suka sebab rasa berangin. Tak panas tapi rasa macam berangin...alah lebih kurang macam ampa makan cekelat hacks hitam tu.
Dari aydina aku guna . sebab aku ni bila mengandung badan kembang kembang bengkak angin.bila letak air florida ni angin angin tu cepat cepat la pergi jauh.
Kira nampak la batang hidung aku ni mancung sikit dari masa mengandung kembang semangkuk.

Siyes wei aku tak tipu asal aku mengandung je memang hidung aku kembang gilaaa wa cakap lu.
Entah apa hormon yang mai tatau laaa...aku tengok orang mengandung segak aku memang ya ampun la...fail!
Tapi tak apa...demi nak beri zuriat pada insan yang bernama suami apa salahnya kan dengan harapan dia sayang dan cinta aku sehingga ke akhir hayat dan ke alam syurga.
Opkos la nak masuk syurga sama sama...takan kau nak masuk syurga sorang diri kan.

Bab mandian.
Kali ni aku mudah je tak payah nak cari segala akar kayu lepas tu penuh satu bilik air lepas aku mandi.
Aku beli yang tyt tu je...cuma tambah daun pandan masa rebus. Sebab lebih wangi kan.
Masa mula je aku mandi air suam.lepas tu mandi air sejuk dah...aku jenis simple je...cuma aku mandi sambil duduk.petua orang dulu nak jaga peranakan.
Ikut jelah.asal tak bebankan aku.

Pati ikan haruan aku tak makan lagi tunggu la hari ke 25 28 ke...gila ngeri membayangkan.hahaha

Cerita tentang tak keluar rumah.
Aku masa awal pantang memang hari hari keluar la...sebab ke hospital.
Hari ke 15 la paling sakan aku keluar kiri kanan setel semua hal dengan harapan semua selesai cepat.
Tapi encik arjuna memang tak keluar la berjalan jalan.sory naaa encik awokk keluar hari ke 45 je...maraton dengan bonda cari baju raya kita.
Kemeja awok dah banyak helai.
Tinggal nak beli seluar jeans je.
Baju kembang kempis kakak dah setel.
Tema raya tahun ni pun bonda tengah mikir lagi.
Nak letak kaler apa entah.
Aku suka beli last minit sikit sebab tak jadi ler banyak helai baju aku...kalau tak kau paham paham jelah...nasib baik aku kerja memang pakai baju kurung kan jadi tak ada hal la kalau beli sepuluh helai pong....

Eh panjang benar cerita aku kan.
Ishh letih ke baca?
Sabar la ye...bulan puasa elok la bersabar dengan hati yang suci lagi murni.
Ahaks.

Dan
Apa kata uols doakan kami sekeluarga akan bersama sehingga ke alam syurga.
Doakan kami bahagia tanpa sebarang macam macam hal.
Doakan aku murah rezeki!
Aamiin aamiin aamiin ;)



1 comment:

effa nur said...

Aku da mcm tgk cite slot akasia ari2 da wey dok layan blog ko ni.. Haha. Best3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...