✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Wednesday, March 20, 2013

kisah kak kiah cokia


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات



Petang semalam,
aku syiok punya jalan kaki p pasar malam...
sambil cakap telefon dengan lelaki kacak tu...
konon-konon nak suruh teman dari jauh la kan.
segan jalan kaki sorang sorang.
padahal opis dengan pasar malam tu cuma sekangkang kera je
*aku tipu lagi...berkangkang kera la jugak*

menapak la aku dengan  kontrol ayu dan lemah lembut.
tengah tengah dok bergosip sakan dengan lelaki kacak tetiba je henpon aku bunyi poppp

bunyi macam meletop sikit
ces panas telinga.

tengok henpon...blur je...skrin hitam terus.
tak pelah.beli dulu makanan.
balik rumah call hasben pakai henpon satu lagi.
hasben gelak dia kata dah terbakar kot henpon tu.
dia suruh pakai blackbery dia.

okey,aku bertabah...sebab henpon tu hantaran kawin kan.
walaupun beli dari bulan 8 hahaha
aku tetap tawakal,cas batery henpon.
on tengok tengok okey je...

hailaaaa cokiaaa nasib baik kau okey.
lega dalam hati...
kalau tak sian tau omak bonda...
dah la omak bonda kau poket rabak je.
cokia tu bukan hapeee dia mungkin kecik hati sebab tetiba tuan dia dapat hadiah henpon baru kot.
tu yang merengek manja-manja.
jangan rosak tau sayang.
habis la nanti macam mana nak gayut dengan lelaki kacak tu.
dah ler telefon salah satu penghubung kami.
dok jauh-jauh ni telefon sangatlah penting!
kalau balik dekat telefon aku campak dekat mana pun tatau dah.

baru teringat,
dua tiga hari lepas
bila cakap telefon,rasa panas je dekat belakang tu.
mungkin henpon ni dah uzur,dah 3tahun kan.
tapi macam tak logik pulak.
ishhh ishhh ishhh
takpe norkiiiahhhhh cokiaaa weiiii...
bertahan la selagi mampu,terima kasih sebab sudi berjasa pada aku selama ni.
apa yang kau dengar aku cakap dengan lelaki kacak tu sila simpan rapat-rapat tau...jangan pulak bocor rahsia kami...hihihi


dak princess pulak kemain lagi.
dia baling henpon neneknya.
alahai anak,nasib baik henpon nenek kamu tahan lasak,kalau tak melayang ler duit walid kamu belikan henpon baru buat nenek.
duit walid ye....sebab anak manja walid.
hahaha


#eh sekarang ni banyak sangat henpon baru keluarkan.
rasa macam meletops letops je...aku rasa mungkin aku terpaksa cipta henpon lah lepas ni.senang only one on world.
rare sikit.
hahaha


love,love,love

Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)









sekian,



Terima kasih sudi baca...







dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...




Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak dan doakan kami supaya dapat anak kembar!Aamiin ^^



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...