aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Sunday, March 24, 2013

Selamat Hari Polis ke 206




Esok hari POLIS yang ke 206.

mungkin ramai yang tak ingat,tak tahu atau tak pernah ambil tahu bukan.

orang ingat hari polis ni,bila tengok ada siaran langsung di tv,
tengok pertunjukkan,
tengok kawad kaki,
tengok jet pejuang polis,

tapi ada orang yang nak menghargai?
mestilah ada kan.
kita kan orang Malaysia yang pandai menghargai jasa dan setiap pengorbanan wira-wira negara.

mungkin tak semua orang mampu nak berikan hadiah pada setiap wira-wira negara ni,
tapi kami semua mampu menitipkan doa untuk kesejahteraan semua.
doa untuk mereka sentiasa kuat,gagah untuk berjasa kepada negara,
doa untuk mereka sentiasa tabah dan gigih untuk berjasa kepada negara,
doa untuk mereka sentiasa cekap dan amanah untuk berjasa kepada negara,
doa untuk mereka sentiasa berjuang demi kita semua!

wira-wira negara,

segala jasa dan bakti tak akan mampu kami beri balasan.
berjuang demi negara.

pangkat bukanlah segalanya.
tanpa paku di bahu bukanlah bererti kamu tidak mampu melakukan kerja.

biarpun berpanas dan berhujan kamu tetap teguh berdiri demi kami rakyat jelata.

Terima kasih wira-wira negara.

Semoga Allah swt merahmati kamu dalam setiap perkerjaan yang kamu lakukan!

Selamat hari POLIS yang ke 206 ^^


P/S ~ untuk suami,
Selamat hari polis awak,
Semoga awak lebih berdedikasi dalam setiap yang awak lakukan.
awak sentiasa menjadi wira di hati saya dan Aydina Malaeka Tihany walaupun nama awak bukan wira tapi Tariq Huzairi...hihihi




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...