aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Sunday, March 17, 2013

bahagiakah aku?




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات



Someone asking me,
are you happy on your life rai?

yes,why?

dah hidup seorang diri,
takan happy.
your husband balik tak tentu.
you tak takut orang ingat you janda or your husband haveee something?
*something disini merujuk skandal.

hahaha

fine,
di sini hanya mampu ketawa.
kenapa?

oh,bukan sekali dua ye sayang.
berkali-kali orang ingat saya sudah menjanda...
termasuk masa pergi checkup pregnant dan keguguran tempoh hari.

yela,perempuan berjalan ala-ala peguin sendirian ke hulu ke hilir,
check up sendiri,
pergi scan baby sendiri,
drive sendiri,
pergi makan seorang diri,
pergi beli barang baby sendiri.,
mungkin macam-macam yang orang fikir bukan.
pandangan mata orang lain terhadap kita pun dah dapat baca.

tapi

apa aku peduli.
yang penting aku tahu dan kenal siapa husband aku.

ya.
dulu masa mula-mula kawin
terfikir,bukan sekali,bukan dua kali..tapi berpuluh mungkin beratus kali yang lelaki kacak tu ada orang lain sebab tu selalu je ada alasan tak balik jenguk aku.

haha

sampai aku sound direct protes tamau bercakap telefon dua tiga hari.
mungkin disebabkan beliau sabar dan lebih matang(actly i means tua,takut nak taip nanti dia baca kendian mengamuk)so semua itu boleh handle dalam sekelip mata.

dan mungkin juga sebab sikap aku yang sayang dan cintakan beliau.

bukan mudah nak letakkan kepercayaan bila duduk jauh-jauh ni.
kalau kau seorang yang berkahwin sebab nafsu semata-mata memang tak dapek la kan.
hahaha
its true story.
sometime dia pergi sebulan,
mybe around 2month...
and mencecah 6bulan.
bukan ke luar negara.
cuma dalam Malaysia,masih lagi di semenanjung tapi masih tak dapat berjumpa.
why,why and why
kami biarkan hidup kami begini.
jika ada pilihan kami pun taknak.
malah tak sudi
serta tak hingin
memandangkan ini tuntutan kehidupan kami terpaksa harungi.
aku dan lelaki kacak tu percaya.

1 day Allah swt pasti akan makbulkan doa kami.
Insy.Allah beliau pasti akan bertukar ke sini.ke tempat yang berdekatan dengan kami.

dan bila aku lemah.
aku sering motivasi diri sendiri dengan kehidupan orang lain.
buat contoh isteri,isteri PGA yang lain.
yang di sabah dan sarawak,suaminya di semenanjung
yang cuma berjumpa suaminya setahun dua tiga kali.
itu lebih parah.
dan memang aku tabik spring.
mereka berganda-ganda lebih kuat dari aku.
isteri joshua di sarawak.
tak sekali pun aku tengok dia merungut di fb,tentang joshua yang balik cuma setahun dua tiga kali.
aku ambil itu sebagai kekuatan.
dan setelah 5tahun baru joshua dapat tukar.
anak pun sudah besar panjang.

akan tiba rezeki kami.
Allah swt maha adil.
kalau ditakdirkan lelaki kacak tak dapat tukar pun,bukan lama lagi pun dia nak pencen....
cuma lagi 33tahun....ye 33tahun je *sambil hantuk hantuk kepala dekat dinding hihihi*
nanti dak princess pun dah kawin dah ada anak...
hehehe

wah...tetiba terfikir macam manalah rupanya nanti atuk tariq huzairi bawa superbike dah tua tua.
aku?masih muda okey.
masih bergetah macam gula gula getah kot
hahaha

berbalik soal bahagia.
ya,aku sangat bahagia.
bahagia dengan setiap jalan yang Allah swt telah aturkan untuk aku.
setiap detik,setiap saat,setiap hari,setiap masa...sedar mahupun lena...aku sentiasa berdoa semoga Allah swt berikan aku dan lelaki kacak tu Kesabaran,kesetiaan serta perasaan cinta dan sayang yang tak berkurangan hingga ke syurga.
aku juga sentiasa berdoa supaya lelaki kacak tu cepat-cepat dapat tukar ke sini.
duduk serumah dengan aku dan dak princess,menikmati hidup berumahtangga seperti mana orang lain.

bahagia bukan dari segi wang ringgit atau harta.

dulu,

aku hidup terumbang ambing
Allah swt berikan aku seorang pembimbing,Suami aku.

bila dah kawin,

Allah swt uji aku dengan ujian kehilangan zuriat.
tapi tak lama kemudian.
Allah swt makbulkan doa kami suamisteri dengan kehadiran Aydina Malaeka Tihany.

dan sekarang,
belum tiba masanya kami duduk serumah.
jika nanti tiba masanya.
insy.Allah pasti ada rezeki kami anak beranak.

yang pastinya,
tak siapa pernah puas dengan kehidupan.
hari ni kita dapat apa yang kita mintak minggu lepas,
esok lusa kita teringin yang lain pula...
begitulah sebaliknya.
apapun lebih baik kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang dan nikmatilah segala-galanya dengan hati yang terbuka.
mungkin hari ini Allah swt berikan kita nikmat ini.
esok lusa belum tahu lagi....





love,love,love

Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)









sekian,



Terima kasih sudi baca...







dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...







Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak dan doakan kami supaya dapat anak kembar!Aamiin ^^


1 comment:

juicy X said...

HUHUHU.,,ISTERI YG BERJAUHAN DGN SUAMI MMG KUAT KAN..MAMPU BERDIKARI :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...