aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, March 21, 2013

luahan hati isteri VAT69



Assalamualaikum....mungkin pagi ni pagi yg menyentuh perasaan....terbaca didalam Utusan Malaysia diruangan Forum, ms 12 diatas tajuk:: LUAHAN HATI ISTERI VAT69 yg ditulis oleh Isteri Polis, Kuala Lumpur.

Inilah luahan perasaan dan tekanan yg dilalui oleh isteri seorg anggota polis yg ditinggalkan suami utk bertugas memburu pengganas komunis diera 70an dan 80an yg lalu... ditinggalkan oleh suami selama berbulan kerana suami memasuki hutan belantara memburu dan memusnahkan pengganas komunis...keadaan yg ditempuh oleh suami didalam hutan pun dah cukup untuk menyedihkan....tidur berbantalkan ularsawa!!! Makan hanya dgn sambal bilis kering...kerana tak dapat membawa makanan tin..berat dan tak ada ruang sbb suami adalah operater wireless...set peralatan masa itu besar dan berat melebihi 5 kg....bayangkan...baju seluar tak bertukar ....

Isteri dan anak2 dirumah juga menanggung derita dgn tekanan perasaan, menjadi ibu dan ayah kpd anak2, mengambil berat hal ibubapa dikampong termasuk mertua, pelbagai urusan rumahtangga, urusan kejiranan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing... Mereka tiada pilihan melainkan tolong menolong antara mereka...masing2 ditinggalkan suami....

Ini semua adalah coretan rasa yg tidak disedari oleh orang ramai, malah ada dikalangan sesama anggota dan pegawai polis yg tidak pernah menyertai VAT69, maupun PPH/PGA dan unit khas dari Cawangan Khas tidak dapat menyelami keperitan ini....seolah2 lebihkurang saja dgn cabaran polis yg berdepan dgn musuh dibandar ini....orang politik lagilah jauh untuk merasainya dari sudut penderitaan yg ditanggung oleh anggota polis itu sendiri dan yg ditanggung oleh anak isterinya.

Bilakah mereka ini akan mendapat keadilan sosial dan mendapat pembelaan yang sewajarnya. Bilakah keadaan ini akan berubah. Setelah komunis berjaya dihapuskan dan mengungkap sejarah, diantara personaliti yg menjadi wira dibelakang tabir dan tidak pernah didendangkan ialah TS Rahim Nor dan TS Norian Mai serta beberapa individu lain dari Cawangan Khas....yg menyusup dan berulang alik kenSelatan Thai untuk memujuk dan berunding dgn pucuk pimpinan gerombolan komunis ini.

Selepas dari itu kita mengecapi keamanan, negara terus membangun, kemewahan mencurah2, ramai yg rajin dan yg licik menjadi kaya raya....tetapi wira2 polis, mereka yg berbantalkan ular sawa, mereka yg putus kaki, keluarga yg kehilangan tempat bergantung ini, melalui sisa2 hidup ala kadar, tiada siapa yg bertanya khabar....malah meminta tanah dibawah Rancangan Revolusi Hijau, atau sebuah rumah projek kerajaan pun sukar untuk mendapatinya, mengapa kita mudah lupa dan susah nak menghargai.

Kini peristiwa berdarah berlaku di Lahad Datu, maka gugurlah lagi mereka yg berdepan dengan musuh untuk mempertahankan negara yg tercinta ini.msekalimlagi negara terkejut dari lamunan, semua tertumpu di Sabah, malah ada yg berkampung disana...atas nama kemanusiaan, simpati, kasihan, malah atas nama mencari nama untuk hidup dan meneruskan perjuangan politik... Polis dan tentera menjadi sanjungan semula pelbagai bentuk pertolongan dan bantuan dihulurkan, pelbagai skim dilancarkan, dan pelbagai janji ditaburkan.....berapa lama?? Sampai bila?? Tak terasakah untuk menoleh kebelakang, bertanya khabar wira yg diabaikan, sisa2 dari perjuangan menentang komunis dulu yg masih bertugas, yg mungkin hanya berpangkat kopral lagi??? Atau tidak dihargai walaupun telah membunuh berbelas pengganas komunis ketika itu tetapi kini menyara hidup dgn sedikit wang pencen, lainkan datang dari menoreh getah...SM Abot dimanakah gerangan tuan...adakah yg menjengok... Bagi PDRM mereka ini tidak dilupakan, tetapi masyarakat umum...apakah sumbangan anda kpd mereka. Terima kasih PDRM kerana menganjurkan majlis mengenang jasa para penerima Bintang dan Pingat Gagah Berani pada 23/3/2013 ini di Maktab Polis, Cheras, Kuala Lumpur..... Hanya Allah jua yang maha adil, pengampun, pemurah dan penyayang . AlFatehah untuk mereka yg mendahului kita.... Selamat Menyambut ulangtahun Hari Polis yg ke 206......

sumber dari : Dato Kamaruddin Mat Desa.

aku menangis bila membacanya.
betapa beruntungnya aku menjadi isteri polis pada zaman sekarang.
sekurang-kurangnya jika apa-apa terjadi berita pantas sampai.
mungkin ini yang di rasa oleh emak bila ayah ke operasi berbulan lamanya.
dan kini aku menjadi sebahagian dari hidup emak.

emak lebih kuat.

dan mungkin negara juga perlu mengambil langkah yang lebih wajar bagi menghargai wira-wira negara.
dimana mungkin yang tinggal sekarang balu atau pun mungkin anak-anak yang kehilangan ayahnya yang sepatutnya menjadi tunggak keluarga.

kita mungkin akan ingat jika yang meninggal seorang yang popular seperti golongan artis atau bangsawan,ramai yang akan ingat.ingat sehingga ke hari tua.
tapi mereka...hanya seketika.ketika diperlukan,ketika keadaan yang memaksa kita untuk ingat siapa yang pernah menjadi wira negara.
mungkin juga kita hanya bersandarkan,isu semasa.
kalau tiada pergolakkan di Sabah,mana mungkin semua ini akan disanjungi kembali.
pengorbanan mereka tidak setimpal dengan apa yang mereka dapat.

hari ini dari pagi memang ditakdirkan air mata aku murah..........

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...