بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركات
Dalam hidup kadang kala kita kan rasa macam tertipu.
kita jatuh dan cari kembali tangan untuk memaut kita supaya bangun.
jatuh kemudian bangun.
bukan mudah.
bukan senang,
bukan dengan kata-kata,
tapi dengan jiwa juga,
dan hari ni
bukan sedikit kecewa
tapi terlalu kecewa.
setelah berusaha sesungguh hati...bersusah payah untuk semuanya tapi mungkin bukan masa untuk dihargai.
ataupun memang langsung tiada harga untuk setiap semua itu.
Ya Allah,bantulah hambamu ini...
sungguh aku letih dengan mereka!
La Takhaf Wa La Tahzan Innallaha Ma'ana..Janganlah kamu takut dan janganlah kamu bersedih hati..Sesungguhnya Allah S.W.T ada bersama kita..:)
Jom share sedikit kisah...
Ada aku peduli isteri dan anak-anakku sudah makan atau belum...
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram...
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam...
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar...
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa...
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku...
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....
Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan...
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...
Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?
P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.
kisah ini tak kena mengena dengan hubungan suamisteri ye.
cuma share untuk kita semua.
aku dan lelaki kacak baik baik sahaja.
tiada apa yang pernah mengugat kasih aku terhadap dia....
semoga dia pun begitu....
semoga Allah swt jauhkan kami dari dugaan insan ketiga dalam rumahtangga.....
Aamiin.
love,love,love
Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)
sekian,
Terima kasih sudi baca...
dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...
Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak dan doakan kami supaya dapat anak kembar!Aamiin ^^
No comments:
Post a Comment