بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله و بركات
Hari ini bukan hari wanita.
oh tahukan hari wanita bukan setahun sekali di sambut....
tapi setiap hari.
hari ini aku menulis ini dari wanita untuk wanita...
mungkin juga separa wanita...
atau lelaki boleh ambil pedoman
untuk ibu
untuk isteri
untuk anak perempuan
untuk adik beradik perempuan
dan rakan rakan perempuan.
wanita,
ibarat sekuntum bunga,
tapi jadilah bunga yang indah,
bunga yang mekar mewangi,
sekuntum bunga mawar yang berduri
yang harum baunya hingga menusuk ke kalbu,
hanya yang berani mampu memetik,
yang dirinya seorang pejuang,
yang mana ia memang layak mendapatkan dirimu!
wanita,
mungkin ramai yang belum sedar
dalam dirimu telah dititipkan kemuliaan...
sejak dari azali...
kemuliaan demi kemuliaan
jagalah agar ia sentiasa indah....
sepanjang waktu...
wanita,
tanganmu tergenggam nasib anak bangsa
mendidik dan melindungi insan yang lain
biar pun terluka
biar pun terguris
tetap bangun dengan tabah
wanita,
pekerjaanmu bukan hanya di dapur,
bukan hanya di rumah,
pekerjaanmu yang mulia...
mendidik generasi
mendidik anak bangsa
dari rahimmu hingga ke dewasa...
terlahirlah pejuang pejuang
terlahirlah pemberani menjaga keamanan
terlahirlah insan yang akan mengharumkan setiap pelusuk negeri ini.
wanita,
sedarlah...
biar pun kita sering kalah dengan hati dan perasaan
biar pun kita mengundur demi kebaikkan...
tapi kita tetap wanita yang sentiasa memperjuangkan kehidupan setiap anak bangsa!
untuk kaum adam,
kami tak minta banyak.
cukuplah mencintai kami dengan ikhlas,
cukuplah mengasihi kami dengan sepenuh hati,
cukuplah menghormati kami dengan jujur.
kerana kami wanita yang akan setia di sisi anda biarpun anda jatuh dan bangun!
love,love,love
Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)
sekian,
Terima kasih sudi baca...
dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...
Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak dan doakan kami supaya dapat anak kembar!Aamiin ^^
No comments:
Post a Comment