✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Wednesday, January 22, 2014

jumpa adik baby ^^


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات


Alhamdulillah
semalam scan 4d
bawak princess tengok...dia teruja sangat siap sebut adik bila tunjuk di screen.
gender pun doctor dah detect.
rasa lega sangat tengok semua sihat.
18hb ni repeat scan lagi.
tak sabar okay.
rasa fall in love sangat.

seronok dapat tengok baby gerak gerak kiri kanan.
doctor kacau dia suruh bagi mengiring nampak muka.
oh sungguh...bila tengok di screen seiras dengan walid.
okay la kan.

jadi tutup spekulasi nurse dan doctor di kd dan kk yang tak dapat detect bunyi jantung baby.
mungkin patut tukar kot peralatan tu...dah lama kot kan.hehehe

nama dah siap.
hehe laju kan.







semoga allah swt permudahkan segala urusan kami anak beranak dia dunia dan akhirat.
tak sabar nak tunggu bulan 2 nak shoping baju adik baby dan semestinya kain baju princess jugak la kan.
baiklah round ni kena shoping baju again.

Tuesday, January 14, 2014

cerita tentang esok.


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات



Kadang kadang kita selalu lupa...kita selalu anggap kita penting dalam hidup seseorang tapi sedangkan yang sebenarnya itu adalah angan angan atau sebab terlalu banyak baca novel lalu taksub...paling tepat tengok drama kot!
Hehehe

Aku akan potong banyak benda dan hal sekarang. 
Sebab?
Sometime tanpa sebab atau alasan pun.
Life must go on kan.
Adik baby sangat buat aku teruja dan rasa macam pregnant princess. 
Movement dalam perut.
Bila dia behave...
Bila aku sedih...
Dan
Sama macam kakak aydina.
Hugs and kiss me...
Bila aku rasa nak jatuh dia ada depan mata jadi mana mungkin aku tewas bukan.

Sekarang berpisah sekejap pun aku rasa stress je...nak princess sentiasa depan mata sebab itu buat aku tenang dan selesa.
Bila teman dia main main kendian bergelak ketawa sambil peluk aku...oh indah...rasa luruh semua beban yang tertanggung.
Ajaib sungguh.
Tapi inilah yang terjadi.

Esok nak ke klinik appoiment dengan doktor.
Siyes rasa lemau je...
Apa pulak la nak jadi....
Tak apalah...berkorban untuk anak.
Insyaallah besar ganjarannya.
Allah swt maha mengetahui....ada yang tersembunyi.

Apapun dalam hati sentiasa doakan semua yang paling baik sahaja.

Thursday, January 9, 2014

kerana dia hidupku


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات



Andai semalam terpalit dosa,
aku duduk berlutut memohon ampun

aku mahu ingin segala yang indah...
agar resah hilang dan yang timbul hanyalah kedamaian.

naluri rindu ini semakin menyengat...
terkadang aku tersalah sangka dalam menilai...
pada setiap debaran yang mengoncangkan dada

aku semai cinta sejujur dan seikhlas rasa...
hingga terpahat di jiwa dan raga
andai kau mampu mendengar suara tangis lara ini...tak mungkin kau sanggup untuk hingga begini.
untuk berpaling pergi dari cintamu itu bukanlah aku.

dalam setiap nafasku tersimpan segala rindu.
masih jelas dibayangi segalanya...
bila dikenang setiap kisah yang lalu...

*pause*

terhenti segala penulisan ini...

Selama nafasku masih berada disini...
Ku rindukan dirimu...
rapuh aku tanpamu...

love,love,love

Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)




sekian,



Terima kasih sudi baca...






Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.doakan kami supaya dapat anak kembar dan semoga dipermudahkan bersalin zuriat kedua kami dengan sihat sempurna serta dimurahkan rezeki yang halal,dipermudahkan kehidupan di dunia dan akhirat serta bahagia senantiasa!Aamiin ^^








Thursday, January 2, 2014

semoga esok memberi sejuta sinar.


Alhamdulillah semoga esok adalah rezeki yang terbaik buat kami sekeluarga.
Allah swt dah aturkan semuanya dengan sempurna tiada sedikit pun cacat celanya...

Pada aku...
Bila sesuatu dugaan itu datang mesti allah swt dah aturkan cara jalan penyelesaiannya...sebaliknya kita sahaja yang menyulitkan atau menyukarkan keadaan.

Kekuatan itu penting buat kami anak beranak sekarang
Aku kena kuat demi princess
Aku kena kuat demi adik baby.

Move on untuk semuanya...

Berniaga macam biasa...walau terpaksa la sikit susahkan parents...yelah keadaan memboyot nak angkut barang berkotak memang tak dapat.

Dah ler depa selalu je pujuk si aydina tu hehehe

Dia pula hari ni sangat behave.
Aku rasa sedikit tenang.
Biarlah...
Ini rahsia allah swt.

Sesungguhnya perasaan sayang , cinta dan rindu ini tak pernah pudar walau seketika pun.tidak terdetik dalam hati ini...cuma allah tahu yang kami perlu survive...jadi diberikan kami keredhaan dan kekuatan sebegini seperti yang diajar dan dikehendakki.

Kau tahu...
Aku tak pernah rasa sunyi sehingga sebegini.
Mahu sahaja aku cari bahu untuk aku letakkan kepala...
Cari tangan yang selalu bantu aku dalam semua hal...
Bila sakit ditengah malam...
Bila tak mampu nak bergerak...
Allah swt sahaja yang tahu...
Betapa saat itu aku perlukan kau...
Rasa lelah ini siapa yang mengerti...

Semoga allah permudahkan segalanya. Sungguh....rasa ini sangat menyakitkan...bukan sahaja aku tapi mereka...

Doakan kami sentiasa bersatu hingga ke alam syurga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...