✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Monday, July 7, 2014

nusyuz aku.

Assalamualaikum ^^

Tajuk gempak kan.
Sapa sapa nusyuz.
Artis mana.

Ahaks.
Sebenarnya aku nak cerita pasal new shoes.
Biasalah orang kampung naaa uols sesuka suki ja mai bahasa kampungan dia.
Hahaha


Apesal kau dah sentap baca blog aku...konpem kau risau aku cerita dekat sini hal hal gitu kan.

Baiklah.

Sepanjang aku mengandung aku cuma pakai dua pasang sandal.
Kali ni kaki aku tak membengkak sangat.
Agak slim ler.
Selama 9bulan aku tak mampu nak pakai heel noks.
Tetiba aku try heel tuari rasa macam nak tergolek dog je.
Susah benau nak balance bila berdiri berjalan.
Rasa kekok bagai...
Tak boleb imbang badan...
Padahal dulu kemain kau jalankucing (catwalk) kasut tinggi lima hinciiii lani pakai 2inci pun rasa macam tak mampu nak melangkah.

Kasut aku memang agak nazak tunggu masa nak arwah je tu...jadi nak tanak memang kena beli kasut baru la kan.
Oleh itu aku telah membazirkan duit mengorder kasut baru.
Mintak maap kasut lama memang stock aku takan pakai dah...
Sebab rasa macam tunggu masa nak kebumikan jugak.
Takut sat lagi jalan jalan jalan last last tapak tinggai tang belakang aku dok jalan syiokkk jaaaaa kaki ayam.
Choiii sangat!
Ini bikin reputasi aku jatuh menjunam junam bagaikan jet pejuang tengelam dilautan hindi.

Dulu...
Sebulan wajib aku beli paling kurang 4pasang kasut.
Kalau tak beli tu memang pelik la...tapi sejak kawin aku beli 3 4 bulan sekali.
Kira insap la kot kan.

Sekarang...
Selepas pantang baru 2pasang kasut baru aku beli.
Dan itu bukan kasut raya na.
Sory uols kasut raya mesti gempak.
Iols pun nak shoping raya jugak.
Kasut raya en arjuna setel ada 3pasang.
Aku dengan cik princes opkos la nak cari heel gitewww.
Nak jalan lengang ayu ayu.

Mungkin aku akan beli kasut yang mana boleh baling dekat orang sampai pengsan.
Kira macam buat lontaran peluru.
Uols jangan tatau iols juara lontar peluru naaa.
Pemanah tepat.
Jarang iols buat balingan tak tepat na...bukan hapaaa lani banyak kes ragut.
Lagipun nak mengelak hati iols kena ragut elok jugak beli kasut ni...boleh la kot sapa sapa nak rasa kasutku dimuka mu kan.
Tapi yang pastinya...kasut aku mesti meletop vas vas vas

Dan aku rasa kalau pakai kasut lima henci tu p paso mesti seksis kan.
Silap silap dapat ikan free.
Mana tak dapat ikan free dahhh jalan terus tersungkur ikan masuk handbag hahaha.

Okaylah...apapun doakan aku tak terpeleot bila catwalk nanti ye uols
Hahaha

K baiii

Doakan semoga kami sekeluarga bahagia di dunia dan akhirat serta murah rezeki ;)
Aamiin aamiin aamiin

We love you.
Raihana humaira
Aydina malaeka tihany
Alexander seth ukasyah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...