Assalamualaikum ^^
Lama bukan aku tak menulis disini...
bukan lupa...
banyak...terlalu banyak nak diceritakan tapi...bukan semua aku mampu nak menulis apa yang ada dihati aku....
tahun ini adalah permulaan yang sangat baik buat aku.
Alhamdulillah akhirnya...aku boleh boldkan checklist aku lagi....
selesai sudah bayar duit kereta...syukur...aku berjaya bebaskan hutang aku satu lagi...dan semoga tak menambah hutang baru hahaha
Ya...
zaman sekarang semua mahal bukan.
kos sara hidup sangat tinggi...tapi tu bukan alasan untuk aku rasa penat dengan berusaha.
Sujud syukur sangat aku rasa kerana allah swt berikan aku dengan limpahan rezeki...
rezeki disini tak bermaksud duit ringgit dan harta benda sahaja...tapi rezeki kegembiraan serta rezeki ketenangan jiwa dan perasaan itu juga rezeki.
Aku rasa sekarang tidur aku lebih lena.
nikmat bukan itu?
Cinta sekarang lebih tertumpu pada kehidupan masa hadapan.
masa lalu bukanlah sesuatu yang sangat mengecewakan cuma banyak perkara buat aku rasa serik dan ngeri untuk berpaling dan bila terfikir terlalu banyak aspek yang buat aku fobia.
Terus hilang semua kenangan manis.
jadi lebih baik kita move on kan.
Lagipun yang paling baik allah swt dah letakkan depan mata.
cuma mungkin waktu dan masa tu belum tiba.
bila?
entah lah....tak pasti...
harapan...sudah pasti tinggi menggunung...
andai rebah....
pasti kali ni jatuh payah nak bangun.
Entah mampu entah tidak.
Cuma doa yang baik baik sahaja.
------------------------------
Sekarang bila hari cuti aktiviti semua berkisar tentang spend time dengan anak anak.
berjalan sana sini.
gembirakan hati kami bertiga.
rasa seronok tu lain.
Dina,seth and me....
kadang kadang rasa sunyi tapi sunyi tu bukan sunyi sebab sedih...sunyi bila dua orang bodyguard tu tidur dan sibuk.
sibuk mereka disini merujuk kepada bila diculik oleh nany dan tok pa.
haish.
bonda rasa macam single teruih.-baiklah ini memang mintak penampo!
hahaha
Berjalan dengan dina dan seth memang buat rasa tak puas.
walaupun kadang kadang letih nak handle depa dua.
adakalanya meragam serentak tapi masih dalam keadaan terkawal.
hurm...
minggu ni arjuna hati demam campak.
jadi kami tak kemana mana disamping satu sebab yang lain...
Jadi habiskan masa dengan aktiviti dalam rumah je ye.
walaupun taklah dalam rumah sangat...
next week punya plan nak melangkah dah ada dalam otak.
Haish.
sangatlah tidak sabar.
Raya cina ni pun sama.
ya...bonda over kan...tapi taklah over sangat.
hihihi
Okaylah...
tempek gambar sekeping dua...
Eh tadi kata sekeping dua kan...
sekali das berkeping keping
Aloh....
wa sajiaaa la nak bagi uols cuci mata...mesti rindu wa dekat blog kan...
gila bajet betui perempuan ni hahaha
tetttt
*tu gambar ke muzium 3d penang dan muzium perang
Sekian,
terima kasih sudi baca...
Doakan kami sekeluarga bahagia sentiasa:) serta murah rezeki di dunia dan akhirat.
aamiin
aamiin
aamiin
Raihana humaira
Aydina malaeka tihany
Alexander seth ukasyah
✿ The Followers ✿
✿tabung pahala✿
✿ Doa buat anakanda ✿
" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Saturday, January 31, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
amboi cik kak.
Dah bermadah helah bagai ni..
dh jadi penulis sastera niheheh
Post a Comment