Assalamualaikum ^^
Ada tikanya.....
kita ingin memilih...
tapi kita tak akan mampu membuat pilihan yang kita tahu itulah pilihan hati kita....
kenapa?
sebab lebih baik tidak memilih dari seumur hidup kita akan menyesal dengan pilihan itu.
selepas berbulan lamanya...
entah kenapa 1.mac.2015 yang mesti menjadi titik permulaan.
tak mengapalah.
itu takdir.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Arjuna sudah sembilan bulan.
pantas bukan masa...
pejam celik...pejam celik...atau mungkin pejam tak celik celik dah hihihi
sudah pandai menapak...walau tak sepantas princess.
so far perkembangan sangat okay.
cuma berat sahaja yang perlu ditambah.
makan sokmo lalu...
asal bagi semua makan.
tapi tetap berat tak naik sangat.
tak apalah nak...
asalkan sihat semua okay...itu penting
habis isi kau beri pada bonda dan kakak dina ye seth...hihihi
------------------------------------------------------------------------------------------------
cerita tentang princess,
letih wei..melayan.
tapi letih itu letih yang sentiasa buat tersenyum sorang sorang.
bila teringat gelagat dia..kerenah...
cakap kemain macam orang tua.
dan dia bercakap agak lancar.
dah tak pelat la sangat.
ada sesetengah sahaja.
mudah menghafal.
bila tanya A untuk apa...dia akan jawab A untuk Allah.
B untuk bismillah
C untuk coklat ...hahaha
sebab nak coklat.
sekejapnya masa berlalu.....
----------------------------------------------------------------------------------------------
tentang aku?
masih belum ada kisah menarik nak dikongsi.
mungkin nanti nanti.
rutin harian macam biasa...
dan gigih untuk mencari duit lebih...
supaya matlamat zero hutang dan mencapai impian yang aku dah target dalam hidup.
sekarang kegilaan terhadap aidijuma pulak.
part fareeda dah letak tepi.
dah banyak sedekah pada orang sekeliling...nak jual macam tak sanggup pulak...sebab entah.
cuma tinggal koleksi kesayangan sikit sikit sahaja lagi.
itupun rasanya nak diberi pada orang orang terdekat...
dari tak pakai lebih baik bagi pada yang selalu pakai...
tapi dah macam cool down bila orang orang sekeliling tegur pasal asyik beli tudung setiap minggu...
kalau seminggu paling lekeh pun keluar duit rm200 sebulan dah berapa...
tak ke habis duit je.
cuma kejar yang betul betul nak je...
beli lengkap tapi jual balik yang tak nak...
payah la yang tak nak tu...hihihi
bisnes so far alhamdulillah,
boleh la buat duit poket.
lepas ni berazam nak menabung pulak.
kena nekad ni.
------------------------------------------------------------------
satu entry semua cerita aku tempek sekali kan.
entah bila pulak aku nak menulis aku pun tak pasti...
tapi yang pasti ada banyak hal yang aku sedang usaha untuk selesaikan.
harap harap semua yang akan terjadi cuma yang baik baik sahaja lepas ni.
bukan mudah nak cari apa yang dah ditemui sekarang.
baiklah,
sekian...terima kasih sudi baca.
doakan kami sekeluarga bahagia sentiasa :)
serta murah rezeki di dunia dan akhirat...
Aamiin
Aamiin
Aamiin
Raihana humaira,
Aydina malaeka tihany,
Alexander seth ukasyah.
✿ The Followers ✿
✿tabung pahala✿
✿ Doa buat anakanda ✿
" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Thursday, March 5, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment