✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, March 19, 2015

isteri kedua itu.....

Assalamualaikum ^^

bercerita tentang jodoh...
semua orang nak yang terbaik atau paling tepat...yang paling baik untuk diri masing-masing...siapa tak nak bahagia kan.
dan berharap perkhawinan tersebut kekal hingga ke alam syurga....itulah impian semua orang....

baiklah.....

tentang viral yang tersebar luas di fb...
kisah bercinta dengan suami orang.
ini adalah normal.
yang tak normal adalah bercinta dengan isteri orang ye.

ini adalah buah fikiran aku.
pendek kata semua datang dari otak aku...jadi mestilah tak sama dengan orang lain kan.

kalau tanya akulah...sebagai seorang perempuan aku sendiri tak nak bergelar isteri kedua atau dimadukan.ini memang tak!
tapi
tapi
tapi

kadang-kadang Allah swt beri apa yang kita tak nak sangat tu sebagai satu hadiah ujian dalam kehidupan.

buat masa sekarang...aku bukan mana mana satu diatas ye...dan aku berdoa supaya Allah swt tidak memberi ujian tersebut pada aku.

okay.

bagi aku lah,

mungkin kita kena berfikiran positif,
atau sedikit positif.

jodoh ni bukan kita yang tentukan bukan,
sometime kita elak gila gila pun...tapi andai itu jodoh kita...nak tak nak kita kena terima jugak.lumrah kehidupan.mana ada manusia sempurna...setiap kehidupan mesti ada duka..bukan semuanya suka sahaja.

tapi...sampai bila pun...mereka mereka ini akan digelar perampas...tak kiralah sama da mereka diberi keizinan ataupun atas kerelaan pihak pertama kan.

ini adalah bad record dan nak tanak kena hadap sampai bila bila la kan....sampai ke anak cucu cicit pun.

aku tak kata orang yang menjadi isteri kedua,ketiga ,keempat waima orang yang menjadi penyebab -perceraian itu terjadi jahat...sebab aku percaya itulah kuasa jodoh dan itu terjadi sebab memang dah ditakdirkan.
kadang kadang perceraian ni terjadi disebabkan sebab yang simple je macam tak logik akal pun ada jugak.
itulah dikatakan jodoh tak panjang...bukan tiada jodoh...jodoh tu ada..kalau tak manakan sampai dah kawin beranak pinak(ni macam kata dekat diri sendiri.hahaha)
okay aku sendiri tulis sendiri sentap.

bab jodoh ni,aku rasa semua pihak kena redha.
terima dengan hati yang terbuka.

itu sahaja.

tapi ingat tentang karma.
dan aku sangat percaya pasal karma.
jika kita merampas hak orang lain...tak mustahil suatu hari nanti hak kita dirampas.
sama juga seperti kita meruntuhkan rumahtangga orang lain.
tak kena pada kita mungkin pada orang orang yang sangat rapat dengan kita.
Allah itu sangat Adil.

dan yang dahulunya menjadi pihak kedua,
wajiblah bersedia dengan ketidaksetiaan pasangan anda.
ini adalah normal.

dia beri kita merasa kesusahan dan kesenangan dari banyak segi.

dan sejauh mana kita mengeji orang yang menjadi isteri kedua atau menyebabkan perceraian ni aku rasa bagai tidak adil..kerana...yang pastinya...punca bukan UTAMA adalah dari insan yang bergelar LELAKI.

kenapa aku kata LELAKI.
yelah...
kau yang nak salam tangan tok kadi,
kau yang nak bernikah.
bukan orang letak pistol dekat kepala kau ajak paksa kawin ye dak?
pendek kata...hak lafaz NIKAH dan CERAI yang mutlak dan asasnya pada lelaki.

kalau lelaki yang setia dia takan sesekali menggatalkan.
normal la tu kalau jeling jeling bila tengok awek seksi.
alah...orang perempuan pun...kalau tengok hero hensem macam zul arifin,fahrin ahmad...atauuuuuu abang Sharnaz tuu pun teruja lebih wei....
inikan lelaki...yang sah sah memang dah sebati mungkin dengan gelaran BUAYA.
dan sesungguhnya...
buaya bukan sahaja jantan,
tetapi buaya betina juga wujud.
hahaha

ini asasnya.

eh,
apa cebik cebik...
kau nak kata sebab apa aku rilex buat entry pasal jadi isteri kedua ketiga...sebab aku bukan ditempat yang orang yang haknya dirampas itu?
opsss....kau tau ke apa yang aku alami selama ini.
tak perlu cerita.

sebab aku redha lah.
kerana itulah jalan yang ini yang aku pilih.

dan aku sentiasa berdoa....semoga Allah swt jauhkan la aku dari dugaan berkongsi kasih sayang seorang insan yang bergelar suami dan ketua keluarga dengan mana mana perempuan lain.
kerana apa....
kerana aku tidak setabah dan sekuat insan hebat lain yang mampu berkongsi semua itu.

ini sangat PASTI!




sekian,
terima kasih sudi baca.


Raihana Humaira,
Aydina Malaeka Tihany,
Alexander Seth Ukasyah.

Doakan kami sekeluarga bahagia di dunia dan akhirat sentiasa dan dilimpahi nikmat rezeki yang tak terhingga.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...