Sekarang mood nak menulis aku kembali.
Cuma ada masanya macam tak sesuai.
Tapi mood tu secara auto akan on jam dua,tiga pagi tanpa sebarang bantahan.
Kebelakangan ni aku rasa pelik, pelik dengan perasaan sendiri.
Aku macam tak dapat nak rasa apa perasaan sendiri.
Macam tak kenal.apa rasa sendiri.
Macam mimpi dalam mimpi.
Jujurnya,
Semua manusia akan merasa leka dengan apa yang dirasakan baik bahagia atau pun derita.
Macam aku sendiri.
Baik contoh aku je.ni blog aku so mesti story pasai aku...hapraklah kalau aku cerita pasal orang lain lebih itu buang masa dan memberi glamer secara tak sengaja hahaha.
Baik baik...balik pada penceritaan asal.
Aku kalau cinta datang aku sambut.aku akan letak dekat dalam hati.
Simpan rapat-rapat.
Sampailah aku terleka dan lena diulit semuanya dalamn satu aduan cerita.
Bab ni aku malas fikir sangat pasal setiap tindakan yang aku buat.
Sebab pada aku bila kita dah jatuh cinta ni....biarlah sejuta orang pun kata pasangan kita tu kekwat nak mampus,jahat tahap iblis kita tatap akan dok syiok gila babas lepas tu feling feling ala ala cerita hindustan okay.
Jadi jatuh cinta buat diri sendiri rasa macam jalan tapi terbang.hakikatnya tidak berpijak dibumi yang nyata!
Itu kisah cinta.
Mai sini kisah sakit.
Seperti biasa subjek aku lah.
Sapa lagi melainkan aku kan.
Sakit datang aku raih,aku genggam rapat...
Memang aku mudah maafkan orang tapi nak lupakan tu sangatlah aku sukar.mungkij aku tak mampu nak lupakan setiap apa yang dilukakan dalam hati aku kot.
Aku akan pegang sampai bertahun....dan aku ingat lama lama akan okay macam tu je...rupanya ada ketikanya makin bengkak sampai rasa macam dicucuk jarum halus je...
Rupanya sendiri yang tempah maut.
Dan hari ini,
Aku tanya diri sendiri setelah sekian lama...
Bahagiakah aku?
Dibahagiakankah aku?
Cintakah aku?
Dicintaikah aku?
Kuatkah aku?
Teguh ke aku?
Betul ke jalan yang aku pilih ni?
Kau tau pada satu tahap dulu,
Kadang-kadang aku bangun tidur dan terus rasa macam tak ada apa apa rasa.
Macam zero.
Macam hilang je.
Sebab tu relevannya rasa dan aksi haruslah selari dan sepakat.
Kalau kau sayang kau tunjuk sayang,
Kalau kau rasa cinta kau tunjuk rasa cinta,
Kalau kau peduli kau tunjuk rasa kisah,
Bukan setakat omongan kosong dibibir je.
Kalau cakap bukak mulut luas luas hembus tanpa rasa semua orang boleh.
Cubalah sesekali kau show perasaan dengan perbuatan,
Kau sayang mak kau...apa salahnya belikan dia cincin emas sebentuk...atauuu kau beli jelah lauk kegemaran dia...off day masak kan tu pun okay sangat dah.
Macam tu jugak dengan kaum ayah.
Dan pastinya untuk suami atau bakal suami (ini mungkin dituju khas dan tepat)sila sila sila alert dengan perasaan pasangan anda.
Jangan sampai esok lusa ini semua point buat jadi rumahtangga serabut.
Macam tu jugak dengan cik puan,puan dan puan.
Dah apa salahnya sesekali manjakan pasangan...potong kuku,pakaikan stokin,shampo rambut...why not...ini semua kan tentang perasaan.
Apa yang pasti pada aku.
Kalau kita layan orang sebaik mungkin dan pastinya kita juga mahukan layanan sebegitu...bukan sekadar bla bla bla bla lepas tu kau endah tak endah.
Bagi lah bunga ke,
Coklat ke,
Kad ke,
Atau....just 1 msg yg kata i love you.
Itu pun dah buat rasa macam terbang tak jatuh jatuh.
Hahaha
Well,
Orang perempuan memang begini.
Dari segi hukum pun...
Kalau kau nak allah swt makbulkan permintaan kau doa kau yang tak terhitung banyaknya tu...kau kena sentiasa meminta...tunjukkan usaha dan kesungguhan tu...
Sama lah dengan manusia...
Ketika rentetan demi rentetan terjadi...baru aku sedar yang apa sahaja rasa sedia ada pada kita itu cumalah dipinjam olehNya,diambil semula olehNya.
Sebolehnya sekarang aku mohon tolong jangan soal lagi tentang rasa yang lepas...sebab pada aku jawapan cuma ada satu.
APA LAGI SAKI YANG TINGGAL.
---------------------------
Kini,
Segalanya bermula dari bawah.
Planning semula.
Letih itu memang letih.
Tapi aku rasa lebih baik dari rasa sebelum ini.
Lebih smooth dan terang.
Mungkin pengalaman lepas buat panduan lebih baik.
Ambik ke arah yang lebih baik.
Itu sahaja.
rasa dan aksi MESTI selari
MESTI sinonim
rasa tanpa aksi atau
aksi tanpa rasa
MESTI tak jadi
Ini hakikatnya.
Suka atau tidak ini memang jalan kerja.
Sementara mampu rasa ni buat lah apa yang patut.
Kot nanti dah kelabu asap masa tu nak gilap sukarlah 😅
Sekian,
Terima kasih sudi baca ;)
Love,
Raihana humaira,
Aydina malaeka tihany ,
Alexander seth ukasyah .
Doakan semoga kami sekeluarga murah rezeki dan bahagia sentiasa :)
1 comment:
angpa wat apaa tuuu?? 2 tiga pagi x lena..time2 lagu tu la mentol cahaya pulun nak tulus..
Post a Comment