✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

‎" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Saturday, July 7, 2012

peranan seorang suami di saat menanti kelahiran.



Assalamualaikum^^

Today nak share tentang peranan suami saat isteri sedang menahan sakit melahirkan permata hati...
pssstttt...entry ni bukan sahaja untuk lelaki kacak tu tapi untuk semua suami-suami ye uols...


Apabila isteri memasuki minggu terakhir kehamilan, kehidupan anda turut berubah. Kehidupan sosial semakin terhad, hubungan kelamin tidak sepenting dahulu dan perbualan anda dan isteri juga banyak berkisar tentang kehamilan dan kelahiran. Saat-saat itu anda perlu memainkan peranan sebaiknya.

• Kelas Antenatal
Teman isteri anda ke kelas antenatal yang biasanya bermula sekitar 32 minggu kehamilan. Di kelas tersebut, bakal ibu dan bakal bapa diberikan pelbagai maklumat tentang kehamilan, kelahiran dan keadaan selepas bersalin. Kelas ini turut memberi peluang kepada anda berkongsi pengalaman dengan bakal bapa yang lain.

• Berikan Sokongan
Anda mestilah sentiasa peka terhadap keperluan fizikal dan emosi pasangan dan tunjukkan simpati. Bermula dari hari pertama kehamilannya, tubuh isteri sedikit demi sedikit mengalami perubahan. Menjelang tiga bulan terakhir kehamilan, berat badannya semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan isteri tidak selesa dan sentiasa letih. Galakkan isteri meluahkan perasaannya. Bersabarlah sekiranya dalam tempoh tersebut isteri anda cepat marah dan sensitif. Semua ini berlaku disebabkan perubahan hormon yang dialaminya. Selain sokongan emosi, anda juga harus memberikan sokongan secara fizikal seperti membantunya menyiapkan kerja-kerja rumah tanpa diminta.

• Kelahiran
Setiap kelahiran bayi tidak sama. Oleh yang demikian, anda mestilah bersedia untuk menyambut kelahiran anak walaupun itu bukan bayi pertama anda. Di bilik bersalin, anda mestilah bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang mendatang. Tugas utama anda ketika itu ialah :

•Memberikan sokongan padu pada isteri.
•Membantu isteri meredakan kesakitan yang dialaminya dengan menggosok-gosok bahagian belakangnya.
•Membantu isteri ke tandas.
•Menyediakan minuman untuknya.
•Memberitahu isteri tentang apa yang sedang berlaku.
•Memegang tangannya sambil menenangkannya.

Perkara yang sering dikhuatiri oleh setiap bakal bapa ialah bilakah isteri mereka akan bersalin. Sebagai jawapan kepada soalan tersebut, lihatlah tanda-tanda seperti yang tercatat ini.
• Air Ketuban Pecah
Cecair amniotik yang mengelilingi bayi akan keluar sebelum kelahiran bermula..

• Kontraksi Tetap
Apabila kontraksi semakin kerap iaitu di antara 15 hingga 20 minit sekali bermakna semakin hampir saat isteri anda untuk bersalin.

Apabila serviks terbuka kira-kira seluas 10sm, maknanya tahap kelahiran bayi anda sudah sampai ke tahap kedua kelahiran. Keadaan ini bermaksud bayi anda sudah bersedia untuk keluar. Ketika ini, bantulah isteri mendapatkan kedudukan yang diingininya untuk melahirkan. Bermula dari saat ini, isteri anda akan mula meneran setiap kali berlakunya kontraksi. Inilah masanya isteri anda perlukan sokongan padu daripada anda. Sebaik sahaja bayi telah selamat dikeluarkan, doktor yang bertugas (di kebanyakan hospital swasta) mungkin akan menawarkan anda menggunting tali pusat anak.

Saat bayi dilahirkan selalunya menjadi saat yang paling menggembirakan anda. Kegembiraan itu juga biasanya disambut dengan linangan air mata yang hadir tanpa disedari. Sematkan saat-saat manis itu dalam kotak fikiran anda sebagai kenangan terindah ketika pertama kali bergelar papa.

credit :  krangkraf


Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamin..

Tuesday, July 3, 2012

alahai terlupa besday la pulak...

Assalamualaikum ^^

Kejap je kan masa berlalu dan 24tahun umur aku...
sometime rasa macam kecik lagi...
tambah-tambah bila semua orang suka manjakan aku kan...ke aku yang suka manja dengan semua orang ni..hakhakhak

Alhamdulillah,Syukur sebab masih berpeluang bernafas sehingga di usia 24thun ini....
pada usia 24tahun ni,banyak dah impian aku termakbul dan wishlist terlaksana dengan jayanya.

teringat pulak masa tahun 2009 time tu baru-baru lagi kenal dengan lelaki kacak tu...dia pun wish besday gitu-gitu je...kami tadaklah rapat mana...tuptup...tahun 2010 tetiba je dia sambut besday as tunangan dia...
cepat kan...
last year,as wife...syukur....
tahun ni merasa sebagai seorang bonda to be...Alhamdulillah...
tahun depan insy.Allah sebagai bonda,tahun depan lagi sekali mungkin kepada anak-anak...hahaha boleh kau  verangan sampai macam tuh!

apapun...rasanya tahun ni sedih sangat.
terlupa besday sendiri!tragedi kot...tetiba lelaki kacak tu yang ingatkan.oh ngeri okey..
"oh...sayang tanak tidur lagi tau la besday gurl"
aku stil blur-blur lagi masa tu tak dapat pick up...then jawab "taklah"
padahal tak paham lagi hahaha...ngok ngek kan...
when mama msg wish besday,papa call...baru aku tau teringat besday aku la weiiiii
sentap tau noks!
macam mana aku boleh lupa ni..kalau tak boleh aku buat wishlist bagai-bagai dekat depa dah..haha

and paling tak diduga bila baba call tengah malam semalam.
my oh my,sedih tau...
"selamat hari lahir raihana humaira"
"baba...."*aku kan ober acting nangis la...hahaha
"ishhh apa nangis-nangis ni hari lahir sendiri..tak elok tau dak"
"baba ingat jugak besday adik kan..."
"mestilah baby ingat,anak baba sorang ni jelah yang lahir tak cukup bulan tau dak...baba minta maaf tau adik sebab tak dapat jaga adik dari kecik...jaga cucu baba baik-baik ye sayang"


hoiii masa ni aku dengar baba pun nangis-nangis sedih...aku pun sama...haishh...gilala...semua bikin aku tacing je...

bukak fb tengok lelaki kacak tu,kawan-kawan semua dah wish...
tapi wish dari sahabat yang paling rapat sangatlah buat aku makin tacing...
lea...lea...lea...
dari kecik sampai besar tak pernah lupa besday aku...
selalu je ada time aku susah ke senang ke...
aku doakan lea jugak akan happy dunia akhirat...semoga lea dapat lelaki yang terbaik untuk jadi pemimpin hidup dia :)

pagi-pagi buta tadi...
lelaki kacak tu call aku suruh bangun tidur...siyes aku memang malas pun...
anakanda pun malas jugak pagi ni hihihi
sejuk,nyaman je..rasa nak tarik selimut rapat-rapat...tapi bila tengok jam...alahai..kena bangun pergi kerja...
pegang perut...cakap dekat baby jom bangun mandi,teman bonda pergi kerja ye sayang....
huh...

kadang-kadang bila aku fikir balik,
sungguh tak adil pulak mama ni..masa aku kecik-kecik tatau nak mintak itu ini..kemain dia buat besday party aku...ni time aku dah besau panjang nak jadi mak budak tak pulak..hahaha
*agaknya mama pun tau aku akan demand lebih kot kan...kecik-kecik dulu tak heran..kek macam mana ka apa ka...*

Terima kasih pada semua yang bagi ucapan sempena ulang tahun kelahiran aku ni...terharu tau...rasa macam retisss je...hakhakhak
*feling nak baguih jaaaaa....sekeh laju-laju diri sendiri baru tau*


untuk anakanda,
terima kasih kerana hadir dalam hidup bonda ye sayang,
terima kasih sebab beri bonda kesempatan merasai nikmat menjadi seorang bonda,melalui detik-detik manis ini...
semoga anakanda lahir nanti menjadi seorang yang soleh/solehah...
dengar cakap bonda dan walid...sentiasa menjadi teman bonda macam sekarang ni :)


untuk Tariq Huzairi,
awak,
saya mungkin bukan yang terbaik di mata semua orang tapi cukupla menjadi yang paling baik di mata hati awak...
jutaan terima kasih untuk awak kerana mencintai,sayang,setia serta sentiasa ada bersama saya...
saya tak perlukan sebarang hadiah untuk hari lahir saya...cukupla dengan kasih sayang,kesetiaan serta cinta awak untuk saya...
terima kasih kerana sentiasa menjadi suami yang sangat hebat!

untuk mama,
tanpa mama kakak tak mungkin akan lahir ke dunia ini,
mama sangat kuat dan hebat di mata kakak...
terima kasih mama kerana melahirkan kakak...mengandungkan kakak selama 7bulan...
kakak akan cuba sentiasa bahagiakan mama...

dah 24tahun dah aku...
tua sudah......
haishhh....


sob...sob...sob...aku sedih lagi hahaha
ok,baiiii....




Sekian,
Terima kasih sudi baca...


Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamin.. 

Monday, July 2, 2012

update checklist anakanda :)


Assalamualaikum ^^

tadi aku check barang dalam checklist aku kan...ni sekarang turn checklist budak kecik ni...


checklist anakanda.

 cloth,bed time.
1. baju new born siang 5helai - rm70.00 - done lebih dari helai kira rambang semua 9helai kos rm50.00
2. baju new born malam 5helai – rm70.00- done 2helai kos rm15.00
3. Bedung moden 2pasang –rm 70.00 - done beli 1 rm7.00
4. Bedung biasa 3pasang – rm 50.00 (pakai je kain batik atau lampin hehe)- pakai kain pelikat dan batik bonda je tak pun pakai lampin.
5.Topi 3pasang – rm 50.00- done satu rm7.90
6.Barut (jahit sendiri ) kos rm20.00 untuk 20helai saiz besar sikit - done
7.barut kecik untuk new born beli readymade 4pcs rm20.00-done beli 1 je rm5.00 yang lain dapat free gift.
8. Pampers new born myb beli 2pack rm50.00
9. Selimut baby 1pcs rm 20 (kotor ganti kain batik atau pelikat kami jelah)- dapat free gift dari anmum..ingat nak beli jugak satu nanti ^^
10.bootie+mitten 5pasang rm 50.00-done 2pasang rm10.00
12.bootie+mitten outdor 5pasang rm 50.00(lepas pantang boleh beli -done rm31.00 
13.sapu tangan rm 5.00
14.. Seluar getah lepas pakai lampin 3helai rm10.00 - entah xbeli kot hahaha
15. Tuala 2pasang –rm 50.00
16.baby wipes 1 yang dalam bekas – rm15.00
17.baby wipes pek add beli 7pek –rm50.00
18.lampin – 1pack rm30.00
19.Tilam kekabu – rm150.00 - rm100 sekali cadar baru...done
20. Tilam span biasa – rm 50.00
21. Bakul isi barang baby 2 bakul – rm20.00
22. Cotton balls rm 10.00
23. Sikat baby rm 5.00
24. Bedak baby rm10.00
25. Minyak baby (baby oil) pakai bonda punya dah la ye..-dapat free gift set NR
26. Cotton bud  beli 1pek rm5.00
27. Losyen baby rm 10.00
28.katil baby-rejek…tak perlu.
29. Kelambu baby rm15.00
30.chaging mat (nk letak bawah kain batik atas tilam) rm 15.00
31. bakul baby kecik simpan baby care – rm5.00
32. Beg baby rm 30.00
33. Baby sling rm100.00
34. Car seat –lepas bersalin je
35. Stoller – lepas bersalin je-done rm900.00
36. Bottle – tatau nak beli set apa lagi…bajet rm 100.00
37. Besen mandi –tak perlu.
38. Sabun+syampu (rm15.00)
39. Detergent untuk cuci baju baby rm 20.00
40. Powder puff (letak dkt lampin sblm pakai) – rm10.00
41. Putting baby rm10.00 - done dah ada dapat hadiah.

Medicine+tahnik
42. Kurma  nabi untuk bertahnik – rm 5.00
43. Gripe water(untuk mgelakkan baby kembung ) rm10.00
44. Nappy rash cream rm10.00
46. Nasal aspirator untuk baby selesema rm20.00
47. Methylated spirit utk tali pusat baby rm15.00*yang ni dapat free dari hospital*
48.syringe for medicine –nanti mintak dkt nurse jelah..freee hehehe
49. Tungku baby rm5.00
50. Termometer-dah ada.done.
51. Vicks – Rm5.00
52. Pengepit kuku(nail cliper) rm 10.00
53.minyak telon 2botol rm 20.00


aku rasa macam dah banyak beli padahal..banyak yang tak beli lagi..hahaha
mak aii sekali tengok check list banyak lagi yang tak beli..hahaha
kena gigih lagi p membeli bila lelaki kacak balik kalau macam ni...
kalau mana boleh on9 aku beli on9 je..kihkihkih
tu pun kalau yang on9 lagi murah dari pasaran la ye uols...sekarang kena bijak berbelanja demi masa depan kami sekeluarga...chewah ^^


kos semua rm245.90sen...tak masuk stroller ye...sbb stroller tu terbeli je..hahaha
kalau aku terberanak dalam masa terdekat ni..trial pack set mandian lengkap baby dah ada...aku beli untuk bawa jalan-jalan dan ke hospital...harap-harap taklah...ikut due 10.10 ni...


ok,baiiiii....

Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamin.. 

update checklist barang bonda


Assalamualaikum ^^
Ini review hapdet checklist dari apa yang aku dah senaraikan..so far alhamdulillah sikit sebanyak dappat berjimat...kalau lah boleh jimat lagi...lagi aku suka kan...



Checklist untuk bonda.
Berpantang.
1. Bengkung (siap diupah) kain 6m+upah rm15.00-done
2. Bengkung moden (dah ada)-done
3. Set bersalin (tak fikir lagi,tapi rasanya NR bajet rm 300.00)-done 
4. Kain batik ada dah 3helai tapi akan dibeli lagi 2helai – rm 30.00 (tak beli papa bagi f.o.c)-done
5. Maternity pad (rasanya aku pakai yang biasa,balance ritu ada lagi 4pack)-done
6.Tungku –ambil yang tok punya,sebab survey yang baru ritu besi dia tak ok,tak panas macam dulu.-done
7. Baju sejuk – reclyle yang lama je.-done
8.Stokin 3helai –rm10.00 beli lelong sudah..kalau payah rembat stoking asben aku..hahaha
9.Baju T besar- pakai baju walid jelah…cut cost - done tak beli pakai yang mana ada je baju lelaki kacak tu kan besau-besau hehehe
10. Jeli gamat,pati ikan haruan – rm50.00
11.param  5paket – rm5.00 (lumur satu badan) -done tak beli dapat free dlm pakej NR
12. Pilis 3paket – rm 5.00 -done tak beli dapat free dlm pakej NR
13. Bedak herba bunga tanjung-tonyoh daki – 2pkt dah ada- done
14.herba mandian – rm10.00
15. Pati halia mustajab rm20.00 (untuk pecah lemak…kalau ye lah) -done tak beli dapat free dlm pakej NR
16.stokin HPA rm 42.00(stoking tu buang angin.nnt aku cari sesapa ada mbr card hpa..murah ckit)-done mbr jual jenama DCL rm15.00 tapi nanti kalau ada duit lebih beli jugak HPA
17.femme pad – rm 75.00 (untuk letak dkt tut2 kita bagi sejuk lepas luka bersalin.)kalau ceaser ltk dkt tmpt jahit.-tengok dulu kalau ada bajet lebih beli la...kalau dak tak payah pun takpe.

Barang nursing bonda.
1. Maternity bra – 3helai rm100.00- baru beli sehelai avon punya rm28.00 lagi 2 nanti-nanti lah :)
2. Breast pump – done medela double pumping price aku dapat rm400.00 - done
3. Nursing Breast pad – beli 2kotak rm40.00
4. Nipple Cream – rm20.00
5. Nursing pas washable 3 (rm20.00)- done beli 6 kpg rm15.00 f.o.c 8keping
6. Warmer checking +car and home skali sterilizer rm 170.00- done beli rm108.00 satu pakej dgn sterilezer
7.Sterilizer (sama sprt diatas ) beli lepas pantang nanti- done s.d.a ( jenama auntumz)
8.milk storage (bottle)-rm30.00 6botol
9.milk storage (plastic) 2pack 80plastk –rm 40.00 beli lepas pantang je -done beli rm35.00 dapat 210pcs.foc 12kpg.
10.Selipar-pakai yang dah ada je.-done
11. Nursing cover rm20.00
12. Cooler bag – rm70.00
13. Ice pack rm 50.00



banyak barang yang aku dah beli....
Alhamdulillah...kebanyakkan semua adalah cut kos aku.
syukur sangat.


kos semuanya rm915.00sen daripada 1080.30sen jimat rm165.30sen....tinggal sikit-sikit je lagi...insy.Allah akan disetelkan dalam masa terdekat...tapi macam nursing cover,coler bag dan ice pack tu mungkin aku akan beli selepas atau semasa pantang...itu pun kalau ada sale sekarang ni,jika dimurahkan rezeki aku akan beli sekarang...bajet untuk barang-barang yang tak beli lagi,dalah rm441.60sen,aku akan menjimatkan lagi keadaan...

kot kalau ada yang nak sponser lagi baguih kan....hahaha
sekarang ni aku memang sentiasa alert dengan barang-barang ni...aku harap semua akan setel sebelum bulan depan kan..
nak tumpu pada yang lain pulak.

uols,doakan kami sekeluarga murah rezeki ye...

ok bai...

Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamin.. 


kebaikan air barli untuk kita semua.

Assalamualaikum ^^

Baru-baru ni aku kena bebel dengan tok pasal malas minum air barli.
time pregnant gni je baru aku test minum barli tu..kalau tak jangan mimpi la wei..
entah kenapa aku tak lalu...aku kan spesis pelik sikit bila makan minum ni hehehe

so aku pun tanya la pakcik google tentang kelebihan minum air barli ni...
 tok aku kata elok minum air barli ni,selain elak kencing kotor,bagus jugak bagi kembar air nanti tak kembar darah...tu satu lagi aku tak paham(ayah mertua aku pun pernah pesan macam tu...jadi untuk kebaikan aku minum jelah..mana tau tips ni menjadi kan..Insy.Allah)

moh kita tengok kelebihan air barli ni.


  • Barli ni sebagai penyejuk badan,bagus untuk orang demam.Rasullullah pernah memberi minuman/sup barli kepada orang yang demam untuk menyejukkan badannya.
  • BARLI BAKAR::khasiat utama ialah untuk menjaga dan membersihkan buah pinggang terutamanya melancarkan proses pencernaan dan pembersihan darah.*elok ler minum kalau ada sembelit*
  • Melawaskan kencing*kalau pregnant selalu dapat kencing kotor kan..so minum la barli untuk elakkan*
  • Mencegah dan merawat penyakit batu karang.
  • Memekatkan air mani.*bagus untuk pasangan yang sedang merancang nak mempunyai anak*


selain tu petua yang ayah mertua dengan tok aku bagi adalah untuk mengelakkan kembar darah masa bersalin...bagi kembar air.keraplah minum pada usia kandungan 6bulan ke atas.
*yang ni petua je...aku pun ikutkan jelah...hehehe tak baik melawan kata orang tua-tua yang lebih berpengalaman kan..*


so aku sekarang memang selalu minum barli,
rebus siap-siap satu periuk,time nak minum bancuh sikit je air gula campur...sebab aku tak suka minum manis,makanya sikit jelah kan...
lebih afdal kan?
kata nak buat ubat penyakit..kalau manis-manis bukan ubat penyakit namanya..tu cari penyakit...kuikuikui

so,uols kalau rasa nak ikut tips ni silalah buat ye...
semoga kita semua dilindungi Allah swt.Aaminn...
lagi satu aku buat air barli sendiri,sebab lebih jimat dan murah kan!*aku kan bonda to be yang agak kedekssss hahaha*


ok,baiiii.....
selamat menjamu selera dengan air barli yang super duper sedap ni*pujuk hati sendiri*




Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal...Aamin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...