✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

‎" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Monday, September 29, 2014

doa itu sangat bermakna.

Assalamualaikum ^^


Lama kan tak gosip disini...

dun wory masih hidup dan bernapas lagi.
tak sengaja membiarkan blog kecintaan ni bersawang dan berhabuk sedemikian rupa.

rindu sangat nak bercerita disini.

sebolehnya nak bercerita kisah kisah yang indah.

sejujurnya,
dari bulan dua belas last year hidup jadi lintang pukang.
dah macam tak ketahuan.
hidup kami bertigalah.

until now.

harapan sangatlah tinggi untuk bahagia sepertimana satu ketika itu.

hanya mampu berdoa sahaja kini.

nak bomoh bomoh memang tak ada dalam kamus hidup lagipun Allah maha berkuasa...doa doa kami anak beranak insyallah dimakbulkan allah swt.

kami yakin.
sangat yakin.

dan....mungkin aku jugak perlukan doa doa dari uols untuk kami...
apa kata.... ambiklah sedikit masa dan tadahkanlah tangan berdoa untuk kebahagiaan kami sekeluarga...

aku tak mampu balas jasa baik ampa semua dengan sedekah kami dengan sedikit doa...
sungguh...

kuasa doa mampu mengatasi segala-galanya bukan.

mana tahu doa ampa antara yang allah swt makbulkan...

doakanlah kami sekeluarga bersatu dan bahagia hingga bila bila. itu sahaja.


*terhenti*


kasih sayang dan cinta yang tak pernah kurang dari hati ini...sungguh...semoga beliau sentiasa memahaminya....

anak anak dan aku sangat perlukan beliau sampai bila bila.


we love you so much!!!


ikhlas dari kami,

Raihana humaira
Aydina Malaeka Tihany
Alexander Seth Ukasyah


Saturday, July 12, 2014

kisah ngeri ini terjadi padaku

Assalamualaikum ^^

Selamat pagi sabtu yang super duper bahagia.

Aku sebenarnya malas nak cerita dekat sini tentang kisah ngeri yang telah terjadi terhadap diri aku.
Baru aku perasan setelah 31hari hal tersebut terjadi terhadap aku.

Sangatlah aku rasa keliru.
Dan terfikir
Why me
Tell me whyyyy
Whyyy
Whyyy

Rasa macam nak nangis hentak hentak kaki sampai pecah lantai rumah...tapi malangnya yang pecah cumalah tumit kaki sendiri hahaha
Weiii tu dulu aaa sekarang tumit kaki iols dah cantikkkkkk sapu ubat gigi hari hari tauuu...nampak sempat lagi kasi petua.

Baiklah sambung sambung

Okay...kisah ngeri tersebut terjadi bila aku test baju sebelum pregnant.
Aku test banyak helai baju...yelah sebab takut tak muat kang tak memasal nak membeli belah baju baru lagi.
Dah tak lama nak mula kerja.

Maka aku pun ngetest la baju bajan tersebut dengan perasaan yang rasa mungkin sendat laniii
Akan tatapiiiii.silapppppp
Silapppp
Silaappp
U know whattt

Baju tu besarrrr
Hahaha

Alahhh uols ni....paham la kan apa yang hendak disampaikan.
Iols tak kata iols kuruih...uols yang fikir...
Haaa tak mengaku lettewwww
Nyampah.
Tak yah nak malu malu....tak pe aku paham.hahaha

Apapun aku rasa aku kena kecikkan lagi jumlah lemak tepu dalam badan ni.
Baru lebih sihat.

Ishhh ni yang malas nak menaip ni...tengokkkk jari jemari pun habis kuruih.

Okay lah...
Nanti kita sambung lagi.
Aku nak sambung berlari keliling rumah jap. Nak bagi kurusssssssss....hahaha

Nanti abang john bawak ride naaaa pasai dah kuruih!


Okay baiii



Ikhlas dari...
Raihana humaira
Perempuan kurus yang sangat cantik dan kaya! Kihkihkih

Wednesday, July 9, 2014

perempuan paling cantik!

Assalamualaikum ^^

Jangan sentap.
Ye tu gambar aku...
Fresh and hot serta spicy lagik.
Mencik tauuu tadan aku nak renyihhh sungguh sungguh dah snap.
Tapi apapun aku suka...sebab elokkk jugak.
Biasalah sapa lagi nak puji diri sendiri kalau bukan kita kan.
Hat tu paling ikhlasssssss....

Tujuan ambik gambar?
Bukanlah nak tolong suami isi borang bermadu malah kalau dia rasa nak kena cekik sampai mati dalam mimpi sila la cuba cuba bagi sign...we will seee ya!
Ahakss....hahaha

Giteeww

Baiklah.
Nak buat lesen bergambo.
Malas betui...
Depa tu suka tau minta gambar retissss...

Walau tudung terlebih moncong kak kiah tatap feling wanita paling segak tawwww
Yelah yelah ampa tak payah la kata aku segak kalah Angelina juling.
Sebab aku dah tau kebenaran tersebut. 
Hahaha

Kedai gambar peberet aku di parit buntar.
Layanan tip top.
Siap tanya aku pantang berapa hari depan depan mamat mamat ensem...saja la tu nak kasik jatuh saham . hahaha


Okaylah baiiiii

Yang ikhlas, 
Raihana humaira. 
Doakan kami sekeluarga bahagia di dunia dan akhirat serta murah rezeki. 

Tuesday, July 8, 2014

jom belajar jurus taici.

Assalamualaikum ^^

Pagi tadi bangun tidur.

Dapat mimpi ini semalam.
Terus praktikan.

Guling kiri
Guling kanan
Angkat kaki kiri
Angkat kaki kanan
Angkat tangan kiri
Angkat tangan kanan
Senget mulut ke kiri
Senget mulut ke kanan
Gerak gerak jari kaki
Gerak gerak jari tangan
Kendian
Pejam mata....

Dan sambung zzzzzzz

Hahaha
Amacam jurus taici aku ajar rini?

Syokkan.

Sajiaaaa nak habaq....cuti bersalin memang indah sebab tu aku nak tujuh orang anak.
Hahaha
Sudahhh apa hal kau sentap.
Suka hati aku la nak taip apa pun ni blog aku kan...kau suka kau baca je....sambil senyum tak suka sila totoppp!

Sayang,  jangan lasak lasak sangat nanti sakit abang yang susah tau!!!!


Okay baiiii

Yang benar lagi membenarkan.
Raihana humaira
Perempuan yang bertuah kaya lagi cantik dan disayangi semua...
Dan dan dan
Sedang menikmati keindahan cuti bersalin.
Hahahaha
*saja nak bagi dengki*

Monday, July 7, 2014

nusyuz aku.

Assalamualaikum ^^

Tajuk gempak kan.
Sapa sapa nusyuz.
Artis mana.

Ahaks.
Sebenarnya aku nak cerita pasal new shoes.
Biasalah orang kampung naaa uols sesuka suki ja mai bahasa kampungan dia.
Hahaha


Apesal kau dah sentap baca blog aku...konpem kau risau aku cerita dekat sini hal hal gitu kan.

Baiklah.

Sepanjang aku mengandung aku cuma pakai dua pasang sandal.
Kali ni kaki aku tak membengkak sangat.
Agak slim ler.
Selama 9bulan aku tak mampu nak pakai heel noks.
Tetiba aku try heel tuari rasa macam nak tergolek dog je.
Susah benau nak balance bila berdiri berjalan.
Rasa kekok bagai...
Tak boleb imbang badan...
Padahal dulu kemain kau jalankucing (catwalk) kasut tinggi lima hinciiii lani pakai 2inci pun rasa macam tak mampu nak melangkah.

Kasut aku memang agak nazak tunggu masa nak arwah je tu...jadi nak tanak memang kena beli kasut baru la kan.
Oleh itu aku telah membazirkan duit mengorder kasut baru.
Mintak maap kasut lama memang stock aku takan pakai dah...
Sebab rasa macam tunggu masa nak kebumikan jugak.
Takut sat lagi jalan jalan jalan last last tapak tinggai tang belakang aku dok jalan syiokkk jaaaaa kaki ayam.
Choiii sangat!
Ini bikin reputasi aku jatuh menjunam junam bagaikan jet pejuang tengelam dilautan hindi.

Dulu...
Sebulan wajib aku beli paling kurang 4pasang kasut.
Kalau tak beli tu memang pelik la...tapi sejak kawin aku beli 3 4 bulan sekali.
Kira insap la kot kan.

Sekarang...
Selepas pantang baru 2pasang kasut baru aku beli.
Dan itu bukan kasut raya na.
Sory uols kasut raya mesti gempak.
Iols pun nak shoping raya jugak.
Kasut raya en arjuna setel ada 3pasang.
Aku dengan cik princes opkos la nak cari heel gitewww.
Nak jalan lengang ayu ayu.

Mungkin aku akan beli kasut yang mana boleh baling dekat orang sampai pengsan.
Kira macam buat lontaran peluru.
Uols jangan tatau iols juara lontar peluru naaa.
Pemanah tepat.
Jarang iols buat balingan tak tepat na...bukan hapaaa lani banyak kes ragut.
Lagipun nak mengelak hati iols kena ragut elok jugak beli kasut ni...boleh la kot sapa sapa nak rasa kasutku dimuka mu kan.
Tapi yang pastinya...kasut aku mesti meletop vas vas vas

Dan aku rasa kalau pakai kasut lima henci tu p paso mesti seksis kan.
Silap silap dapat ikan free.
Mana tak dapat ikan free dahhh jalan terus tersungkur ikan masuk handbag hahaha.

Okaylah...apapun doakan aku tak terpeleot bila catwalk nanti ye uols
Hahaha

K baiii

Doakan semoga kami sekeluarga bahagia di dunia dan akhirat serta murah rezeki ;)
Aamiin aamiin aamiin

We love you.
Raihana humaira
Aydina malaeka tihany
Alexander seth ukasyah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...