✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, January 19, 2012

kebaikan dan keburukan kopi

Assalamualaikum uols ^_^


Selamat petang semua...tak kisahla baca time tengah malam ke pagi ke,disebabkan entry ini ditulis time waktu petang maka selamat petanglah ucapannya...hehe

Petang-petang macam ni cuaca diluar agak mendung.
time dok hujan gni la teringat ubi kayu rebus dengan ayaq kopi panas-panas....
makkk aiiiiii sedapnya...terliur ai nokssss

Berbalik kepada topik entry ini,aku ada kenal dengan seorang kawan dia sangat menggemari kopi ni...aku juga pengemar kafein!tapi tu tak bermaksud aku seorang perokok ye....Teh,nescafe dan kopi pun ada kafein jugak tau tapi dalam kadar yang berbeza-beza la...aku suka minum teh kosong kot mana pun hari2 mesti pekena jugak la air teh ni.kalau sehari tak minum konpem rasa tak sedap badan,mulalah nak demam bagai kan..
tapi kita bukan nk cerita pasal teh pasal kopi ye adik-adik(eh adik-adik ke ni)ngeee

APA ITU KAFEIN?
75% kafein datangnya darinya dari kopi,sumber kafein yang lain daripada coklat,teh dan minum bergas.Kafein ni bukan nutrien,seperti vitamin dan mineral tetapi bahan kimia yang boleh dikelaskan sebagai dadah.Sama seperti dadah-dadah yang lain.Kebaikan dan keburukannya bergantung kepada penggunaan la.

BERAPA BANYAK KAFEIN AKAN MEMUDARATKAN KESIHATAN?
Macam biasa,kalau dalam sehari pun paling banyak minum air kopi pun dalam 3-4 cawan sehari kan...jadi lebih kurang 300mg kafein.Jumlah ini tidak akan memudaratkan kesihatan.Badan kita akan menyingkirkan 20% per jam Dos yang membunuh kafein adalah sebanyak 10g kafein bersamaan dengan 100cawan kopi dalam masa 4jam!Jumlah kafein jugak tertakluk kepada cara penyediaan air kopi tulah kan...
Mana mungkin kopi di Starbuck sama dengan kopi di kedai mamak kan...hehe

oklah meh kita lihat kebaikannya berdasarkan kajian

1.Pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita.

2.Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit parkison,25% kurang risiko barah usus dan 80%kurang risiko kerosakan hati.
*sapa ada kengkawan hati busuk elok bagi makan kopi hari-hari ni*

3.Kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih,merangsang aktiviti otot dan meningkatkan keupayaan seseorang atlit.

4.Kajian di Brazil menunjukkan bahawa kanak-kanak yang minum secawan kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan,lebih aktif serta mudah meneriam pelajaran.

Antara kesan buruk minum kopi secara berlebihan pulak ialah rasa berdebar-debar,menggigil/ketar tangan,meningkatkan paras kolestrol,gangguan tidur dan tulang cepat reput.

kafein yang terdapat dalam secawan kopi adalah berbeza dengan rokok ye!

Oleh itu jauhi rokok dekati kopi....ngeeeee


sekian,
terima kasih sudi baca.




ikhlas dari hati,

Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...