Assalamualaikum ^^
Syukur ke hadrat ilahi kerana masih berpeluang bernafas di muka bumi ini.
hari ini telah membuat satu keputusan yang sukar tapi rasanya ia adalah satu yang terbaik untuk diri sendiri dan kawasan persekitaran.
dari biar diri terus dalam kancah bersubahat lebih baik kita elakkan bukan?
ye,aku telah mendelete kawan yang dulunya rapat dengan aku.
bukan sebab benci atau tak suka cuma perlu berbuat demikian kerana itu yang terbaik.
lebih baik dari kita anggap kawan tu musuh kita kan.
yelah depa bukan tak baik ke apa ke...aku pun selalu share everything dengan depa cuma dah sampai masanya aku ignore depa dalam hidup aku.
harap-harap lepas ni tak keluar la cerita yang aku amik tau hal depa lagi.
Alhamdulillah sekarang aku rasa hidup aku sangatlah gembira dan tenang selepas ketiadaan semua itu.
rasa lapang dada.rasa lega sangat.
salah seorang delete aku sebab aku baru bukak fb since balik dari terengganu,then nak delete tup3x aku dah terdelete...so alhamdulillah lega sangat dalam hati...
doa aku Allah swt dah makbulkan...cuma tugas aku block je beliau.
so aku pun block segala semua acc beliau.sebab itu lebih baik dari biar beliau kata aku jadi stalker penyampia cerita beliau pulak.
so biarlah dia teruskan dengan dunia dia.
secara jujurnya aku paling benci ditipu,dan kalau sekali aku ditipu memang aku takan percaya lagi.
aku kena tipu lama jugak dengan seseorang ni.
biarpun hal personal dia..tapi hari-hari dia dok cerita pasal orang lain tup tup tiba orang lain pulak timbul tanya aku itu ini,sampai satu tahap aku terdiam sebab dia terlalu banyak menceritakan rahsia aku pada insan tersebut sedangkan rahsia dia aku simpan kemas.
so pada hemat aku diamkan diri dan dengar je cerita dari buah hati beliau tetiba nama aku pulak dipetik pembawa cerita.
so layankan je telemovie tersebut.
malas mau panjang-panjang lagi.
dengan niat aku dah langsaikan semua.
dah bagi apa yang aku pernah tercakap nak bagi.
setakat yang aku mampu.
itu je dapat aku beri dengan ikhlas hati.
cukuplah sampai di situ.
bukan aku penakut atau bersalah cuma aku dah malas nak panjang-panjang cerita.
sebab lama-lama see u in court kang...
dah tak pasal-pasal bukak aib orang p bercuti,berhanimon sakan sana sini siap mandi bagai dengan yang bukan muhrim.kang kata aku ni macam-macam.
maka lebih baik unfriend dari berfriend.
senang aku tatau cerita uols,uols pun tatau cerita aku.
kalau tau jugak tu maknanya uols amik tau la kan.
pada aku yang lepas-lepasla.
hope lepas ni beliau jujur,setia serta tidak menipu dan kaki propa sana sini.
buat orang sana musuh dengan orang sini sebab takut rahsia beliau terbongkar.
haish....
semoga Allah swt jauhkan aku dan keluarga dari sifat sedemikian.
aku bukanlah baik tapi belum sampai di tahap menipu orang berzaman lamanya.
aku bukanlah wanita islam yang bertudung litup tapi sekurang-kurangnya aku tak menyindir atau mengata orang bertudung atau tidak bertudung.
semoga di jauhkan aku dengan perkara sedemikian.
aku memang tak mampu dari segi harta benda tapi dari segi maruah diri Alhamdulillah masih menjaga maruah suamiKu.
macam-macam ragam.
semoga dalam hati aku tiada dendam dan sikap macam tu sebab tak baik kan untuk baby.
sekian,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,bonda kepada zuriat kami yang soleh dan solehah.
✿ The Followers ✿
✿tabung pahala✿
✿ Doa buat anakanda ✿
" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Tuesday, January 31, 2012
lebih baik unfriend dari friend kan.
Labels:
apa kata saye,
folower,
friend,
percutian hebat,
pregnancy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment