✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

‎" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Showing posts with label percutian hebat. Show all posts
Showing posts with label percutian hebat. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

lebih baik unfriend dari friend kan.

Assalamualaikum ^^


Syukur ke hadrat ilahi kerana masih berpeluang bernafas di muka bumi ini.

hari ini telah membuat satu keputusan yang sukar tapi rasanya ia adalah satu yang terbaik untuk diri sendiri dan kawasan persekitaran.

dari biar diri terus dalam kancah bersubahat lebih baik kita elakkan bukan?

ye,aku telah mendelete kawan yang dulunya rapat dengan aku.
bukan sebab benci atau tak suka cuma perlu berbuat demikian kerana itu yang terbaik.
lebih baik dari kita anggap kawan tu musuh kita kan.
yelah depa bukan tak baik ke apa ke...aku pun selalu share everything dengan depa cuma dah sampai masanya aku ignore depa dalam hidup aku.
harap-harap lepas ni tak keluar la cerita yang aku amik tau hal depa lagi.
Alhamdulillah sekarang aku rasa hidup aku sangatlah gembira dan tenang selepas ketiadaan semua itu.
rasa lapang dada.rasa lega sangat.

salah seorang delete aku sebab aku baru bukak fb since balik dari terengganu,then nak delete tup3x aku dah terdelete...so alhamdulillah lega sangat dalam hati...
doa aku Allah swt dah makbulkan...cuma tugas aku block je beliau.
so aku pun block segala semua acc beliau.sebab itu lebih baik dari biar beliau kata aku jadi stalker penyampia cerita beliau pulak.

so biarlah dia teruskan dengan dunia dia.
secara jujurnya aku paling benci ditipu,dan kalau sekali aku ditipu memang aku takan percaya lagi.
aku kena tipu lama jugak dengan seseorang ni.
biarpun hal personal dia..tapi hari-hari dia dok cerita pasal orang lain tup tup tiba orang lain pulak timbul tanya aku itu ini,sampai satu tahap aku terdiam sebab dia terlalu banyak menceritakan rahsia aku pada insan tersebut sedangkan rahsia dia aku simpan kemas.
so pada hemat aku diamkan diri dan dengar je cerita dari buah hati beliau tetiba nama aku pulak dipetik pembawa cerita.
so layankan je telemovie tersebut.
malas mau panjang-panjang lagi.

dengan niat aku dah langsaikan semua.
dah bagi apa yang aku pernah tercakap nak bagi.
setakat yang aku mampu.
itu je dapat aku beri dengan ikhlas hati.
cukuplah sampai di situ.
bukan aku penakut atau bersalah cuma aku dah malas nak panjang-panjang cerita.
sebab lama-lama see u in court kang...
dah tak pasal-pasal bukak aib orang p bercuti,berhanimon sakan sana sini siap mandi bagai dengan yang bukan muhrim.kang kata aku ni macam-macam.
maka lebih baik unfriend dari berfriend.
senang aku tatau cerita uols,uols pun tatau cerita aku.
kalau tau jugak tu maknanya uols amik tau la kan.

pada aku yang lepas-lepasla.
hope lepas ni beliau jujur,setia serta tidak menipu dan kaki propa sana sini.
buat orang sana musuh dengan orang sini sebab takut rahsia beliau terbongkar.
haish....

semoga Allah swt jauhkan aku dan keluarga dari sifat sedemikian.
aku bukanlah baik tapi belum sampai di tahap menipu orang berzaman lamanya.
aku bukanlah wanita islam yang bertudung litup tapi sekurang-kurangnya aku tak menyindir atau mengata orang bertudung atau tidak bertudung.
 semoga di jauhkan aku dengan perkara sedemikian.
aku memang tak mampu dari segi harta benda tapi dari segi maruah diri Alhamdulillah masih menjaga maruah suamiKu.

macam-macam ragam.
semoga dalam hati aku tiada dendam dan sikap macam tu sebab tak baik kan untuk baby.



sekian,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,bonda kepada zuriat kami yang soleh dan solehah.

Thursday, September 29, 2011

indahnya sungai 5warna


Dinamakan sebagai Cano Crystals, ia diiktiraf sebagai sungai tercantik di dunia…


Fakta ringkas: 
-Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana, ia merupakan negara jiran kepada Venezuela.
-Biasanya,Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna.
-Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.
-Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau shj. Lagi satu, anda perlu mahir menunggang kuda, kerana ia satu-satunya pengangkutan yg dapat membawa anda ke situ.
Lagi gambar-gambar menarik:













cun kan?
tapi tula...selepas lelaki kacak tu tunjuk dekat aku semua ni...aku cakap dekat dia...

A :: awak,awak,awak,nak p dekat situ...
D :: eh orang suruh dia tulis dalam blog bukan suruh g sana...

so kesimpulannya...sumber aku dapat ni dari lelaki kacak itu ye...
aku sendiri tak pernah menjejakkan kaki saiz gajah ni ke sana...
tapi aku dah buat request terbesar dekat beliau nak p sana...HAHAHA

eh..lupa nak cakap...

awak,
saya sayang awak sangat3x*ini goda sambil pujuk ye*

sekian,
terima kasih sudi baca....

Tuesday, September 20, 2011

trip ke bukit larut taiping yang ngeri

Assalamualaikum ^^

Baeklah..rasanya entry ini tidak terlalu lambat dan basi..alah...delay 2hari je kot dari tarikh kejadian....
jadi masih hot oke...
panas...panas...panas.....dari hotz fm!

hari ahad lepas...ahad lepas yer adik2 .adalah cuti umum makanya dengan rasa amat gumbira hingga melompat jejah langit aku pun binalah plan ke Bukit Larut ,Taiping,Perak.
perjalanana dari rumaha ku ke situ sebenarnya tak sampai pun 45minit tapi pasai berhenti makan,berhenti gosip bagai semua dekat 1jam kami dok dekat rnr bukit merah.(masa ni kepala dah pusing-pusing)

kami seramai 9orang ye beriang-ria gumbira bagaikan Bukit Larut tu kami yang punya....Aku(nama sendirik nak awal je)iema,syamil dan awek dia farah,aziz,abg man,nenek kebaya(ini nick name dia nama haram aku xtau hahaha),wak fadzlil,dan shah.cukop kan 9orang ke aku ada tertinggal?

seawal jam 6.00pagi aku bangun...ye sungguh aku kunci jam enam pagi okeh...tapi hampa jangan silap,aku tak bangun pun dari kawasan beradu masa jam dekat henpon aku bunyi...aku asyik pause suruh dia ulang lagi 5minit...pause lagi bagi dia ulang 5minit....sampailah lelaki kacak call

"sayang bangun cepat...dah pukul enam lebih dah"

terus cargas okeh..dengar ja sora lelaki idaman dunia semua jadi terang benderang tak payah pakai spedlight bagai.....cerah elok ja!

siap punya siap 6.52baru gerak p rumah iema..padahal janji 6.45 bagai..inilah dikatakan janji kurang palsu ye puan2.
sampai rumah iema tepat jam 6.54pagi...awai lagi tu...ceh time nilah ni nak patah balik kuasa dua p hambik kasut bagai..padahal tak pakaiiiiiii....hampeh buang masa okeh...*iema take note pelis!!*
sampai rumah aziz tepat jam 7.15pagi...gila babi bawak reta laju dak?eleh...pulun cerita macam jauh..HAHAHA

fine,parking reta naik reta aziz,jimat kan?kami bayar tol p balik itulah gunanya sharing is loving ye dak?bukan apa lani kempen alam sekitar,jadi share reta ni kuranglah sikit pencemaran alam sekitar kan...kan...kan...
lagi satu sebab ada driver,maka dengan rasminya diumumkan aziz adalah driver we'ols pada hari tersebut,cayalah aziz bawak reta sampai kena tinggai dekat belakang sekali!i likeeeeee....ngeee

sambung balik,malas nak merepek.pompuan ni kalau dia merepek mulalah merapu meraban...kihkihkih

dah hambik aziz kami pon bertolak dengan pantas dan sampai di RnR Bukit Merah padan jam 7.32.
macam biasalah...daten kenamaan dan warga keparat kan..mestilah ada orang yang setia menanti dekat situ...
mula-mula dalam hati dok berdoa biar lah abg man n da geng yg tunggu kami bukan kami tunggu depa...
padahal....haremmmmmmmmmm.....terbalik jugak...

yang tunggu kami adalah pasangan bahagia gitu...award ini ditujukan gedebok atas kepala Ahmad Syamil & Farah Farhana...cayalah depa bangun awai tuuuu depa mai dari kulim oke..bukan sebarang2 jalan tapi depa sampai awai dari kami.....dan yang penting kami pun lagi awai dari ABG MAN&DA GENG.(nak awai jugak depa)

aku sebenarnya dah suruh depa pasang pinkish carpet masa aku nak sampai tuuuu tapi biasalah...sat g orang ramai pulak mai serbukan...maklumlah kan...orang pofular kennnnn*sumpah perasan gila*

kami duduk dekat ctu..borak2,gosip2,makan2 sambil dok tunggu abang besar sampai...
adalah lebih kurang jam 8.47minit baru nampak reta yang konon2 feling enjin turbo besar gedabak padahal slow kalah kura-kura nak lintas jalan highway.

siap RnR tu dah jadi macam rumah kami dah...sampai iema dah nak terbaring tido,buat kuak lentang dekat situ*mati kena carut dengan iema sat g*
masa ni iema dah cool dah kami semua dok pulun pujuk dia supaya jangan buat aksi terlarang.
dah lega dari histeria dia terus order ayaq dan minum....
tak caya tengok muka farah sedang tahan napas kelegaan yang amat dasat....

masa ni semua baru sampai tengok pening macam mabuk laut....sebab baru turun jip yang ngeri tu...sebab tu semua posisi macam orang baru lepas kena todi ye...harap maklum kihkihkih

okeh semua gigih panjat bukit lepas naik jip yang gila bapak buat semua orang pening kepala macam rasa 1/2nyawa nak mati...semua pakat dok mengucap awai-awai....

muka ada senyum walaupon lutot macam ank terkeluar dari sendi dah...lepas naik jip yang mengerikan tu uols kena pulak jalan kaki sejauh lebih kurang 3km..tapi kalau tanak naik jip pon boleh jalan dari bawah sampai naik atas adalah 25km klu jalan 3km pun kau dah sempot bagai jangan ngade2 nak jalan 25km yooo...kang ada yang tetiba balik rumah sedara mara tak kenai pasai kurus....*aku rasa aku jalan 3km tu pun aku dah hilang 5kg hikhikhik*

tengok muka kerek syamil nak habaq dekat abg man...dia pakai baju raya kaler hijau beli sedondon dengan farah....eleh..dia tatau hanim dengan abg man pakai baju kaler merah menyala tahun ni..kan abg man kan...kihkihkih

konon-konon nak feling couple of da year lani..pakai sedondon bagai*jeles okeh napa laki i tak balik time ni sob.sob..sob*
farah tengah makan asam setelah selesai tonyoh muka kami semua ye...aksi ini bukanlah paksaan dari sesapa harap maklum...
Ni muka masing-masing baru lepas bersiap...muka suci je...disini nak ditegaskan bahawa baju kaler hijau adalah baju hasil sponser ye....aku dengan iema bukan tanak pakai baju hijau tapi rasa macam kureng pulak kalau sama kaler dengan depa kan..hahaha
*take note pelis raya ni dekat ober sea tu yang ketupat kaler hijau tua sikit y
e*


syamil sedang merasakan diri beliau sangat hensem,kacak bergaya dengan buat muka macam ni..padahal macam apek tua dekat kedai tu kot...HAHAHA...okehlah..puji sikit...ye mulut tu macam donald duck ye abg kering..kihkihkih
okeh fine...tatau mana jumpa tiga orang budak hijau ni..jejaka paling perasan kot...:p feling-feling depa model la tuuuuuu uweksssss
                   
 dan yang penting haruslah inteprem tuan punya blog...bukan apa takut uols lupa rupa aku...ini sebahagian dari sesi pembelajaran ye..hikhik

   
        ini adalah gambar diatas puncak...nampak macam dekat sangat degan awan ketul ketul tu kan?
masa ni ai tadak pasai ai la tukang snap pic tu kihkihkih
aziz apa dok pegang montot tuuuuuu eeeiiii...


hambik...p raya naik trektor...kau mampu?tadak kan?kami semua p raya naik menatang gedabak ni tauuuuu,kalau la real story orang p raya naik menatang ni..konpem tuan rumah cabut lari pasai ingat nak sodok rumah dia..HAHAHA
*aksi ini cuma boleh ditonton tidak dibenarkan meniru*

yang ni la abg man tuuu.....oit...jangan nak try ushar oke ni Hanim punya mau hanim mengamuk satu utara sat lagi kot..hikhikhik...dia salah sorang sifu kami yang dibuli pada hari kejadian*betapa gamaknya kami selaku anak didik membuli sifu*ampunkan kami ye....
boleh kau...sesi belajar dilereng bukit bagai...punya pulun nak belajaq sampai macam tu la...time nilah wak fadzil  tau kami memang agak ngek kot kihkihkih...kami merujuk kepada aku..iema teror sikit la kan..sikit je....jangan nak kembang-kembang yooo

ini titi gantung ye....mini titi gantung...kalau dok dekat cni boleh nampak semua...naik atas ni haruslah ada yang goyang-goyang bagai baru rasa macma gempak sikit nak jalan pun takut2...tp usah risau andai kata ye...andai je buakn betui betui kalau la tali gantung ni putus anda tak mati aih..cuma patah tangan,kaki dan sebagainya ataupun koma je...sebab buakn tinggi mana pong..hahaha agak2 tercabut gigi ja bila jatuh..kihkihkih


ini adalah menara yang ada dekat dengan titi gantung tu...limit menara tu naik 8org tapi kami semua 9org dok pulun rabat naik atas tu*tolong jangan bocor rahsia ni tauuu*...keadaan menara tu agak goyah sebab mmg kayu-kayu dia pun agak reput la kan...tapi bila dok atas tu rasa macam perghhhhhhhh dunia ini aku yang punya...cewah....
ini adalah gambar di bawah jambatan titi gantung..kan aku dah cakap kalau jatuh tak jadi pape...abes kuat patah riuk je....boleh kau claim insuran lepas tu share tauuu hikhikhik
inilah jip yang aku katakan tu....muat untuk 10orang naik tapi kami naik 9org pun rasa padat biasalah saiz gempak kan..hahaha..balik semua malas tukar baju...semua pakai baju raya je...feling ayu gitu....nasib baik pakcik drebar xinterprem kalau tak iema mesti dah manderam dia dah..sbb bawak jip macam cipan laut...iema yang paling teruk kot mabuk...HAHAHA
lagik posing atas rumput...kesian kau rumput jadi mangsa kami hahaha
okeh model bukit larut....kalau rasa pihak bukit larut nak buat  pamplet diharuskan ye...tapi royalti harus oke!
ok babai...kami dah nak balik..selamat hari raya maaf zahir dan batin...hikhikhik




sifu-sifu sedang berkasi.....teropong jangan tak teropong...*perut abg man tak dapat dibendung lagi*

kejadian menyayat hati wak terkena paku...nasib baik dah abis outing time ni...kalau tak mesti tadan nak mintak ilmu lebih-lebih...lepas ja kena paku ni wak terus bagi amanat dekat semua "ampa teruskan,aku nak balik rumah dulu"amanat yang sangat super duper kot...HAHAHA terkelu semua orang masa tu....


ok dah layan gambar kan....
hurm...memang bes aktiviti ini tapi kalau yang tak tahan mual semua jangan cuba-cuba nak join sebab  memang sangat mencabar ye...
lagi satu makanan dekat atas tu sangat super duper maha mahal..bayangkan teh o ais dia saja dah rm2.50 lepas ni sapa nak naik bawak ais kuib sendiri ye...hikhikhik
sebelum naik atas lebih baik makan dulu...
jangan silap mungkin uols akan rasa bila naik mual,pening 1/2 mampus...tapi masa nak turun lagi suku nak mampus....masa naik ramai yang masih menten....iema ja yang lost tapi masa nak turun semua orang lost...semua setengah pucat lesi hahaha...
kos naik jip adalah rm7.00 naik dan turun ye...
akhir sekali...salam satu Malaysia dari kami...moh ler lawat Malaysia


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...