✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

‎" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Showing posts with label naik gaji. Show all posts
Showing posts with label naik gaji. Show all posts

Sunday, July 29, 2012

mclaren and quinny zap

Assalamualaikum ^^

Memula dulukan aku memang teruja habis dengan quinny ni...tapi bila belek spek dia...adoii....nak letak dalam kereta tuh...non adooo space lorh...
bentuk memang aku berkenan habis nampak stail je...bila aku tengok kereta kecik ku tu...matilah niat tersebut.
aku ni suka tengok lelaki tolak stroler nampak gagah perkasa je kan...
so memang ada stroler tu khas untuk lelaki gagah tu tolak tolak je...
aku tak boleh tolak dah hahaha sebab nanti tetiba nampak gagah perkasa pulak!

aku pun ushar ushar la dengan lelaki kacak tu...memang kami ni sangat suka dengan 3wheel...tapi bila fikir jangka masa panjang...says no la terus...
yelah...bak kata orang biar alah membeli menang memakai...
insy.allah...stroler tu akan digunakan pulak untuk adik adik anakanda nanti...
mana tau kan rezeki dari Allah swt....
bukan mudah nak membeli...jadi bila dah membeli kita kena gunakan sepenuhnya...

pada aku sangat penting stroler,
sebab aku adalah seorang yang sometime suka berjalan...tapi bila berjalan kan,kami dua beranak je...maklumlah walid kerja...jadi nak mana nak hangkut beg beg shoping...hahahha
mana nak gendong anak...makanya aku pun decide beli stroler...
praktikal sangat!
sesuai untuk single parents yang duduk berjauhan macam aku kan.
aku ni bukan jenis suka menyusahkan orang...
takan la setiap kali aku nak ke mall nak hangkut nanny baby skali...sudah....dengan si budak mak cik qaseh tu...hancus mall tu...hahaha
nak hangkut nenek baby...nak jalan pun dia letih...mau nak gendong baby...buatnya baby 7/8kilo mau mengah orang tua tu....fikir secara berpanjangan adalah lebih baik di sini.

lagipun...nanti aku boleh feling feling romantika di amorrr dengan walid baby jugekkk...
yelah dia tolak stroler boleh le aku jalan kepit kepit tangan dengan walid dia...hahaha...*hambik...nak jugakkkk menggatal di sini*
motippp aku nyahhh beli dok menyanyi dekat lelaki kacak tu beli stroler....

pada aku sekarang bukan soal mahal atau murah sesuatu barang tapi..soalnya adalah penggunaan dan kegunaan....
for me...kalau boleh pakai dalam jangka masa yang panjang apa salahnya beli yang mahal sikit dan berkualiti.
biar keluar duit sekali bukan berkali-kali...jadi lebih mahal lagi..rugi kot macam tu...

zaman sekarang semua kena fikir secara panjang jelah kan.....

cantik sangat kan...tp tula...tak praktikal..kena pakai kereta besauuu dulu baru boleh pakai ni...mpv ke....hilux ke..boleh la..banyak space....
cantik jugek kan....hehehe tak kisahlah asalkan boleh tutup macam payung tu dah ok dah.,..jimat space nak letak nanti!and baby boleh duduk dalam ni until 5years old!


ok,bai....

Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamin... 

Thursday, March 8, 2012

sbpa dibatalkan,ssm ditambahbaik.gaji naik lerrrr

Assalamualaikum ^^

sebut naik gaji je semua orang mesti suka kan....mesti senyum lebooooor je...
aku pun suka...
Alhamdulillah tu tandanya rezeki anak-anak....
syukur kepada Allah swt dengan rezeki yang diberikan ...amin...


berikut info yang aku dapat :~



  • Datuk Najib mengumumkan Struktur SBPA BATAL. Akhirnya……
  • Tetapi SSM akan ditambahbaik
  • Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji & mempertimbangkan sebarang bentuk cadangan pada masa akan datang untuk penambaikan perkhidmatan awam
  • Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
  • Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu melibatkan pelaksana & P&P (kenaikan 13%), gred khas Utama A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), Turus 1 & juga Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
  • SSM diubah daripada struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing sama seperti yang terkandung dalam SBPA dahulu…
  • Jusa naik ikut tangga gaji setelah dibuat pelarasan kenaikan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54
  • Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
  • COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)
  • Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
  • Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan daalm pembentangan Bajet 2012



    Alhamdulillah,bersyukurlah..tak banyak sikit pun semua dapat merasa....lebih baik ada dari tiada bukan.


    sekian,
    terima kasih sudi baca...



    ikhlas dari hati,
    Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,bonda dan walid kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah...

Thursday, February 9, 2012

boleh tak jangan hina orang yang masih belum diberikan rezeki dari Allah swt..

Assalamualaikum uols ^^

oh hari ni aku ada nak share sesuatu dengan semua.
tadi ada sembang dengan seorang kawan,
sembang punya sembang dia tanya...

"rai betul ka ampa dah pregnant"
masa ni rasa berbelah bagi sangat nak reply,sebab dia pun tengah menanti kehadiran yang sama...aku paham perasaan dia...sebab aku juga pernah melalui situasi tu.

"a'a,alhamdulillah syukur,baru lagi,lepas ni turn ampa pulak kan...kami doakan ampa pulak lepas ni tau"

then terbukak la cerita,
"semalamkan masa dok sembang-sembang dengan sorang kakak ----- dia ada sebut pasal ampa,dia kata dekat kami semua RAI TU DAH LAMA DAH KAWIN TAPI DOK TAK DAK ANAK LAGI,TAPI TAK KATALAH DEKAT DIA,DIA PERNAH LEKAT CUMA LAMBAT JA...masa tu kami terasa sangat,yelah kami kan kawin lagi lama dari rai"


lepas aku baca ni take time jugaklah nak membalas.
yelah,aku nak reply sambil tak akan buat kawan aku ni terasa.
sampai hati akak tu kan...boleh dia keluarkan ayat macam tu,sedangkan saat dia keluarkan ayat ni dia sendiri pun sedang sarat mengandung.
kenapalah dia tak sebut yang baik-baik je...
ke dia nak buat kawan aku ni terasa,sedangkan pada hari tersebut dia memang dah tau yang aku prgnt.

haishh...
sungguh naluri kecil hati aku sentiasa mendoakan kawan-kawan yang masih menanti supaya akan mendapat rezeki sama seperti aku.
moga-moga ada rezeki mereka.

aku juga pernah melalui saat menanti yang sama.
kadang-kadang bila difikirkan balik...indahnya saat menanti tu...
buat kita lebih bersabar,mengajar kita tabah.
orang lain mungkin tadak masa nak manja-manja dengan husband dah tapi Alhamdulillah Allah swt bagi kita ruang waktu untuk dihabiskan berdua dengan husband.

sebelum aku tau yang aku prgnt kali ketiga ni bermacam-macam kata-kata yang aku dapat,darilah yang baik hingga ke tak baik.
kalau ikutkan usia perkahwinan aku baru sangat....baru setahun lebih.
masih muda.masih lagi dalam sesi mengenal erti hidup berdua.
Alhamdulillah,sebab sepanjang tempoh sebelum kehadiran permata hati ini aku dengan suami dapat menyelesaikan semua masalah dalam rumahtangga kami.

biasalah mana ada suamisteri yang tak bertekak,tak berbalah pendapat.mesti ada!
tambahan pulak kami jauh,tapi bertekak,bergaduh macam mana pun kami tetap saling memerlukan satu sama lain.

itu lumrah dalam suamisteri.

jangan sesekali rasa kesal kerana Allah swt belum memberi kita rezeki seorang zuriat,anggap aja semua ni satu bonus untuk kita nikmati dengan suami.
boleh kemana-mana berdua,menonton wayang,bercuti,berdating sakan sampai lewat pagi.semua tu adalah anugerah okeh!
sebab apa saja yang kita lalui itu adalah keindahan kehidupan.
nikmati dan enjoy la!
kalau yang dah punya rezeki zuriat enjoy cara yang ada zuriat tapi tolonglah jangan sesekali menghina orang yang masih belum punya kesempatan seperti kamu.
lebih baik kuta mendoakan"semoga dia juga akan diberikan kesempatan seperti diriku,Ya Allah,kau kurniakan si dia rezeki seorang zuriat"
itu lebih baik.

dari kau asyik tanya dia dah ada isi ke belum bila kau jumpa dia.
weii kalau orang dah ada isi kau sendiri boleh nampak.
konpem la dia post dekat fb dia.
sapa yang tak seronok habaq mai sat?
orang yang takmau anak ja yang rasa tak seronok!
jangan la setiap kali kau chat,kau jumpa,kau tweet dia ke,kau sms ke apa ke..asyik kau tanya ja dia dah ada isi ka belum.
kalau dah kau ni kpoci sangat pun,kau tanya je dekat kawan-kawan rapat dia..
konpem lah depa tau hal pasal dia.
jangan kau nak sakitkan hati dia pulak.
semua tu kena fikir la...
mungkin hari ni kau bernasib baik,tapi ingat bukan semua benda kita nak kita dapat,jadi lebih baik jgn asyik menghina semua orang je...
Allah swt maha adil!

semoga kita semua sentiasa dirahmati olehNYa.
dipohon supaya aku dijauhkan sifat tersebut :)


uols doakanlah aku dengan baby sihat sempurna,selamat hingga 9bulan ye.






sekian,
terima kasih...




ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah...






Thursday, January 19, 2012

kebaikan dan keburukan kopi

Assalamualaikum uols ^_^


Selamat petang semua...tak kisahla baca time tengah malam ke pagi ke,disebabkan entry ini ditulis time waktu petang maka selamat petanglah ucapannya...hehe

Petang-petang macam ni cuaca diluar agak mendung.
time dok hujan gni la teringat ubi kayu rebus dengan ayaq kopi panas-panas....
makkk aiiiiii sedapnya...terliur ai nokssss

Berbalik kepada topik entry ini,aku ada kenal dengan seorang kawan dia sangat menggemari kopi ni...aku juga pengemar kafein!tapi tu tak bermaksud aku seorang perokok ye....Teh,nescafe dan kopi pun ada kafein jugak tau tapi dalam kadar yang berbeza-beza la...aku suka minum teh kosong kot mana pun hari2 mesti pekena jugak la air teh ni.kalau sehari tak minum konpem rasa tak sedap badan,mulalah nak demam bagai kan..
tapi kita bukan nk cerita pasal teh pasal kopi ye adik-adik(eh adik-adik ke ni)ngeee

APA ITU KAFEIN?
75% kafein datangnya darinya dari kopi,sumber kafein yang lain daripada coklat,teh dan minum bergas.Kafein ni bukan nutrien,seperti vitamin dan mineral tetapi bahan kimia yang boleh dikelaskan sebagai dadah.Sama seperti dadah-dadah yang lain.Kebaikan dan keburukannya bergantung kepada penggunaan la.

BERAPA BANYAK KAFEIN AKAN MEMUDARATKAN KESIHATAN?
Macam biasa,kalau dalam sehari pun paling banyak minum air kopi pun dalam 3-4 cawan sehari kan...jadi lebih kurang 300mg kafein.Jumlah ini tidak akan memudaratkan kesihatan.Badan kita akan menyingkirkan 20% per jam Dos yang membunuh kafein adalah sebanyak 10g kafein bersamaan dengan 100cawan kopi dalam masa 4jam!Jumlah kafein jugak tertakluk kepada cara penyediaan air kopi tulah kan...
Mana mungkin kopi di Starbuck sama dengan kopi di kedai mamak kan...hehe

oklah meh kita lihat kebaikannya berdasarkan kajian

1.Pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita.

2.Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit parkison,25% kurang risiko barah usus dan 80%kurang risiko kerosakan hati.
*sapa ada kengkawan hati busuk elok bagi makan kopi hari-hari ni*

3.Kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih,merangsang aktiviti otot dan meningkatkan keupayaan seseorang atlit.

4.Kajian di Brazil menunjukkan bahawa kanak-kanak yang minum secawan kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan,lebih aktif serta mudah meneriam pelajaran.

Antara kesan buruk minum kopi secara berlebihan pulak ialah rasa berdebar-debar,menggigil/ketar tangan,meningkatkan paras kolestrol,gangguan tidur dan tulang cepat reput.

kafein yang terdapat dalam secawan kopi adalah berbeza dengan rokok ye!

Oleh itu jauhi rokok dekati kopi....ngeeeee


sekian,
terima kasih sudi baca.




ikhlas dari hati,

Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...