✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, March 8, 2012

sbpa dibatalkan,ssm ditambahbaik.gaji naik lerrrr

Assalamualaikum ^^

sebut naik gaji je semua orang mesti suka kan....mesti senyum lebooooor je...
aku pun suka...
Alhamdulillah tu tandanya rezeki anak-anak....
syukur kepada Allah swt dengan rezeki yang diberikan ...amin...


berikut info yang aku dapat :~



  • Datuk Najib mengumumkan Struktur SBPA BATAL. Akhirnya……
  • Tetapi SSM akan ditambahbaik
  • Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji & mempertimbangkan sebarang bentuk cadangan pada masa akan datang untuk penambaikan perkhidmatan awam
  • Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
  • Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu melibatkan pelaksana & P&P (kenaikan 13%), gred khas Utama A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), Turus 1 & juga Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
  • SSM diubah daripada struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing sama seperti yang terkandung dalam SBPA dahulu…
  • Jusa naik ikut tangga gaji setelah dibuat pelarasan kenaikan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54
  • Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
  • COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)
  • Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
  • Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan daalm pembentangan Bajet 2012



    Alhamdulillah,bersyukurlah..tak banyak sikit pun semua dapat merasa....lebih baik ada dari tiada bukan.


    sekian,
    terima kasih sudi baca...



    ikhlas dari hati,
    Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,bonda dan walid kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah...

2 comments:

Adam 'Amar said...

dapat back dated bleh beli brg babyyyyy~

Raihana Humaira said...

Allhamdulillah rezeki anakanda :)
syukur...sangat.
lepas ni kita shoping barang anak jelah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...