Assalamualaikum ^^
hari ini aku masih lagi dalam era pening-pening suam kuku tapi masih under control.
berjaya memakan bihun goreng bersama telur goreng dan ayam masak merah tapi rasa kembang tekak bagai mahu terkeluar balik.
masih cuba memujuk tekak untuk bertahan...hahaha
setakat ini berjaya.
pagi tadi bangun dah minum air suam dengan folic asid tapi terlupa nak makan kurma dan kismis.
petang sikit la makan kan.makan epal merah sekali.
sebab sekarang dah kenyang sangat!
actly,masa mula-mula prgnt dulu aku suka minum kopi ais.
then ramai yang tegur kata tak elok la apala...
dan ada terkeluar mitos anak jadi gelap apala...
pada aku pasal tak elok tu aku akui la sebab kopi kan banyak kafien.
tapi kalau part anak gelap tu temberang la sangat.
macam mana pun rupa anak tu semua tu kejadian Allah swt.
Dia dah ciptakan semuanya.
jadi gelap ke cerah ke bukan atas faktor minum kopi makan kicap ye.
kalau dah kulit kami suamisteri kurang cerah,kang mai tang anak terlebih cerah orang pelik pulak..tapi tak mustahil sebab ada terjadi macam tu.
itu semua adalah diluar bidang kuasa kita.
maka dengan itu.
doa aku cumalah satu
tak kisahla apa sahaja warna kulit,asalkan anakanda sihat sempurna dan lahir selamat ke dunia itu sudah memadai.
aku tak demand lebih-lebih.
pada aku semua baby adalah super duper comel.
ada ke baby tak comel dalam dunia ni?
ada orang bagi tips.kalau nak anak comel tengok je gambar baby comel-comel,
nanti anak pun comel la kan.
hehe tapi kan...rasanya konpem dah comel ni ikut muka bonda dengan walid dia...
cuma kita akan tunggu dan lihat genetik sapa yang lebih meresap banyak...HAHAHA
oklah,
nanti kita continue membebel lagi...
sekian,
terima kasih sudi baca...
ikhlas dari hati yang suci,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada zurita-zuriat kami yang soleh dan solehah.
✿ The Followers ✿
✿tabung pahala✿
✿ Doa buat anakanda ✿
" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Thursday, February 16, 2012
mitos yang ketika berbadan dua.
Labels:
apa kata saye,
bonus,
cinta,
family,
fesyen dan fotografi,
pregnancy,
tentang blog,
tips,
wedding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
gembira rasenye bile awk dh dpt rse ape yg kite rse... alhamdulillah kn...harap smua baik2 je..
Post a Comment