✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

‎" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, March 5, 2015

mac2015

Assalamualaikum ^^


Ada tikanya.....
kita ingin memilih...
tapi kita tak akan mampu membuat pilihan yang kita tahu itulah pilihan hati kita....
kenapa?
sebab lebih baik tidak memilih dari seumur hidup kita akan menyesal dengan pilihan itu.

selepas berbulan lamanya...
entah kenapa 1.mac.2015 yang mesti menjadi titik permulaan.

tak mengapalah.
itu takdir.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Arjuna sudah sembilan bulan.
pantas bukan masa...
pejam celik...pejam celik...atau mungkin pejam tak celik celik dah hihihi

sudah pandai menapak...walau tak sepantas princess.
so far perkembangan sangat okay.
cuma berat sahaja yang perlu ditambah.
makan sokmo lalu...
asal bagi semua makan.
tapi tetap berat tak naik sangat.

tak apalah nak...
asalkan sihat semua okay...itu penting

habis isi kau beri pada bonda dan kakak dina ye seth...hihihi

------------------------------------------------------------------------------------------------
cerita tentang princess,

letih wei..melayan.
tapi letih itu letih yang sentiasa buat tersenyum sorang sorang.
bila teringat gelagat dia..kerenah...
cakap kemain macam orang tua.
dan dia bercakap agak lancar.
dah tak pelat la sangat.
ada sesetengah sahaja.

mudah menghafal.

bila tanya A untuk apa...dia akan jawab A untuk Allah.
B untuk bismillah
C untuk coklat ...hahaha
sebab nak coklat.

sekejapnya masa berlalu.....

----------------------------------------------------------------------------------------------

tentang aku?
masih belum ada kisah menarik nak dikongsi.
mungkin nanti nanti.
rutin harian macam biasa...
dan gigih untuk mencari duit lebih...
supaya matlamat zero hutang dan mencapai impian yang aku dah target dalam hidup.

sekarang kegilaan terhadap aidijuma pulak.
part fareeda dah letak tepi.
dah banyak sedekah pada orang sekeliling...nak jual macam tak sanggup pulak...sebab entah.
cuma tinggal koleksi kesayangan sikit sikit sahaja lagi.
itupun rasanya nak diberi pada orang orang terdekat...
dari tak pakai lebih baik bagi pada yang selalu pakai...

tapi dah macam cool down bila orang orang sekeliling tegur pasal asyik beli tudung setiap minggu...
kalau seminggu paling lekeh pun keluar duit rm200 sebulan dah berapa...
tak ke habis duit je.

cuma kejar yang betul betul nak je...
beli lengkap tapi jual balik yang tak nak...
payah la yang tak nak tu...hihihi

bisnes so far alhamdulillah,
boleh la buat duit poket.
lepas ni berazam nak menabung pulak.
kena nekad ni.
------------------------------------------------------------------
satu entry semua cerita aku tempek sekali kan.
entah bila pulak aku nak menulis aku pun tak pasti...
tapi yang pasti ada banyak hal yang aku sedang usaha untuk selesaikan.
harap harap semua yang akan terjadi cuma yang baik baik sahaja lepas ni.
bukan mudah nak cari apa yang dah ditemui sekarang.


baiklah,
sekian...terima kasih sudi baca.

doakan kami sekeluarga bahagia sentiasa :)
serta murah rezeki di dunia dan akhirat...
Aamiin
Aamiin
Aamiin


Raihana humaira,
Aydina malaeka tihany,
Alexander seth ukasyah.




Saturday, January 31, 2015

aktiviti kami.

Assalamualaikum  ^^


Lama bukan aku tak menulis disini...
bukan lupa...
banyak...terlalu banyak nak diceritakan tapi...bukan semua aku mampu nak menulis apa yang ada dihati aku....


tahun ini adalah permulaan  yang sangat baik buat aku.
Alhamdulillah  akhirnya...aku boleh boldkan checklist  aku lagi....
selesai sudah bayar duit kereta...syukur...aku berjaya bebaskan hutang aku satu lagi...dan semoga tak menambah  hutang baru hahaha

Ya...
zaman sekarang semua mahal bukan.
kos sara hidup sangat tinggi...tapi tu bukan alasan untuk aku rasa penat dengan berusaha.

Sujud syukur sangat aku rasa kerana allah swt berikan aku dengan limpahan  rezeki...
rezeki disini tak bermaksud  duit ringgit  dan harta benda sahaja...tapi rezeki kegembiraan serta rezeki ketenangan  jiwa  dan  perasaan  itu juga rezeki.

Aku rasa sekarang tidur aku lebih lena.
nikmat bukan itu?

Cinta sekarang lebih tertumpu  pada kehidupan masa hadapan.
masa lalu bukanlah sesuatu  yang sangat mengecewakan cuma banyak perkara buat aku rasa serik dan ngeri untuk berpaling dan bila terfikir terlalu banyak aspek yang buat aku fobia.
Terus hilang semua kenangan manis.
jadi lebih baik kita move on kan.

Lagipun yang paling baik  allah swt dah letakkan depan mata.
cuma mungkin  waktu dan masa tu belum tiba.
bila?
entah lah....tak pasti...
harapan...sudah pasti tinggi menggunung...
andai rebah....
pasti kali ni jatuh payah nak bangun.

Entah mampu entah tidak.

Cuma doa yang baik baik sahaja.

------------------------------

Sekarang bila hari cuti aktiviti semua berkisar tentang spend time dengan anak anak.
berjalan sana sini.
gembirakan hati kami bertiga.
rasa seronok tu lain.
Dina,seth and me....
kadang kadang rasa sunyi tapi sunyi tu bukan sunyi sebab sedih...sunyi bila dua orang bodyguard  tu tidur dan sibuk.
sibuk mereka disini merujuk kepada bila diculik oleh nany dan tok pa.
haish.
bonda rasa macam single teruih.-baiklah ini memang mintak penampo!
hahaha

Berjalan dengan dina dan seth memang buat rasa tak puas.
walaupun  kadang kadang letih nak handle depa dua.
adakalanya meragam serentak tapi masih dalam keadaan terkawal.

hurm...
minggu ni arjuna hati demam campak.
jadi kami tak kemana mana disamping satu sebab yang lain...
Jadi habiskan masa dengan aktiviti  dalam rumah je ye.
walaupun  taklah dalam rumah sangat...

next week punya plan nak melangkah dah ada dalam otak.

Haish.
sangatlah tidak sabar.

Raya cina ni pun sama.
ya...bonda over kan...tapi taklah over sangat.
hihihi

Okaylah...
tempek gambar sekeping dua...






Eh tadi kata sekeping dua kan...
sekali das berkeping  keping

Aloh....
wa sajiaaa la nak bagi uols cuci mata...mesti rindu wa dekat blog kan...
gila bajet betui perempuan ni hahaha
tetttt

*tu gambar ke muzium 3d penang dan muzium perang


Sekian,
terima kasih sudi baca...

Doakan kami  sekeluarga  bahagia  sentiasa:)   serta murah rezeki  di dunia dan akhirat.
aamiin
aamiin
aamiin

Raihana humaira
Aydina  malaeka  tihany
Alexander  seth  ukasyah

Friday, January 9, 2015

2015.

Assalamualaikum  ^^

Ini entry pertama aku untuk tahun 2015.

Harapan aku untuk tahun ini?

Hurm...

Tiada.

Azam baru?

Tiada.

Kenapa.

Sebab aku tanak ada apa apa target lagi...yang penting cuma move on and follow  the  floor.
Itu sahaja.

Kalau terlalu mengejar pun belum tentu kita dapat apa yang kita kejar tapi kalau biarkan berlalu pun belum pasti ia pergi dengan mudah bukan?

Tahun lepas....banyak yang terjadi.
Tak perlulah diceritakan apa yang yang duka.
Kita selalu ingat cerita duka yang terjadi dalam hidup kan.
Sedangkan masih ada sisa sisa cerita bahagia yang buat kita sengih sorang sorang.

At least penghujung  tahun lepas banyak cerita bahagia tanpa sedar dan diluar dugaan.

Banyak yang aku belajar.
Banyak yang aku sedar.

Tak mungkin banyak aku mampu ceritakan disini...
Belum tiba  masanya
Banyak yang aku takut.
Mungkin takut dengan bayang  bayang  sendiri.

Dan sekarang bila aku aturkan semua langkah.
Aku ambil keputusan  untuk berhenti melangkah.
Kerana aku takut
Banyak yang aku fikir.

Lebih  baik  aku sedar diri dari semua  makin kelam.

Andai aku boleh  pinjam takdir....aku nak diletakkan takdir yang terpaling bahagia tanpa air mata duka....

Kini....
Aku rasa lebih hidup.

Dan semoga hari hari mendatang semuanya dilimpahi dengan senyuman.


Love love love

Raihana humaira
Aydina  malaeka  tihany
Alexander  seth  ukasyah

Doakan kami bahagia hingga ke syurga....serta murah rezeki.

Wednesday, December 10, 2014

10.12.14.

Assalamualaikum^^

Hari ini adalah harinya.

Sesuatu yang pasti terjadi.

Telah terjadi.

Dan akan terjadi.


Semalam macam macam terjadi.
Rasa hari panjang sangat...letih dengan hari semalam.

Berperang dengan semua rasa.

Biarlah itukan kenangan.

Hari ini ada perkara yang lebih besar akan aku langkah.


Semoga aku dan anak anak sentiasa bertuah dalam kehidupan  yang telah dipilih ini.

Doakan kami.



Love,
Raihana humaira
Aydina  malaeka  tihany
Alexander seth  ukasyah

Doakan kami bahagia di dunia  dan  akhirat  serta dilimpahi  dengan nikmat rezeki yang halal ; )


Monday, December 8, 2014

update 6month :)

Assalamualaikum ^^


Pantas masa berlalukan.

pejam celik pejam celik

Arjuna hati dah nak masuk enam bulan.

fuh.

rasa tak sempat menikmati saat saat indah pregnantkan dia.

masa tu tak sempat nak fikir pasal anak dalam perut pun sibuk fikir masalah dunia...hehehe


totop kes!

baru baru ni encik arjuna dah merangkak...tapi dengan pantasnya sekarang dah belajar nak berdiri dan menapak.
semalam dua tiga kali aku tengok dia duduk.

haish.

pantas benar.
lagi hebat dari princes.

unexpected betui la.

sebab apa diluar jangkaan?
yelah....honestly masa pregnantkan encik arjuna aku tak ambil apa pa supliments.langsung tak.
cuma dihujung hujung bila dah 7month plus plus aku minum minyak zaitun kerap dan makan kismis selalu.
masa sebelum tu aku makan jugak kismis tapi on off.

dulu masa princess aku sangat rajin buat kerja kira matematik.
masa arjuna...tenggelam semua tu.... around 2 or 3week je kot sebelum bersalin...
next time kena set minda,...(perghhh ayat next time tu....)

continue cerita pasal encik arjuna hati.

rambut aku memang gugur bagai orang sakit je...tapi yelah tu efek ubat kot...aku memang telan sungguh sungguh jamu masa dalam pantang...cuma masa princess tu macam tak gugur je pun..sikit sikit je...masa arjuna macam kemain hebat je rambut tu menggugurkan diri mereka.

dan..disamping tu....sebab orang tua tua kata anak sembur air liur kan.
princes dulu tadak menyembur sakan.
arjuna...nahhh menitik nitik....sampai baby bip sehari berhelai helai..tak cukup dengan kain napkin.

sampai umi(pengasuh depa) tanya.... "rai , ada yang teringin tak dapat makan kot masa mengandung ritu?"

senyum jelah..nak jawab apa.

dalam hati kata....nak makan apa pun tak sempat nak fikir kot masa tu.tadan nak buat listing hihihi

tak pa tak apa....nanti encik arjuna dah besar sila buat permohonan dekat bonda ye nak makan apa...bonda akan usaha tunaikan :)

now aku sedang berkira kira nak mulakan dengan makanan apa untuk encik arjuna.

princess dulu dengan brocoli steam.

myb arjuna pun sama.

kenal dengan sayuran dan buah buahan dulu.

umi dah pesan awal awal dia tak nak bagi nestum or apa apa makanan instant...sebab dia biasa masak sendiri.

and untuk info princess pun tak makan makanan instant ye..nestum semua tu.dia hari hari buat bubur,buat puri.kecuali biskut jelah..kudapan dia...tu pun mai mood rajin aku buat biskut sendiri.

kau tau jelah mood mak mak ni kadang kadang kelaut....
haha

positip positip lepas ni mesti boleh punya...
buat stock masuk dalam peti.

mohon aku rajin dengan kadar yang amat tinggi...kalau tak kita kerahkan nany buat kihkihkih

12hb nanti kita update lah apa yang kita masak ye.


okaylah,
sekian cerita untuk hari ni,.


doakan aku dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat serta murah rezeki :)


Raihana humaira
Aydina malaeka tihany
Alexander seth ukasyah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...