ok minggu ini aku dah kureng alahan.
syukur,alhamdulillah...
tipsnya.
ini apa yang di share oleh incik suami selepas beliau menonton wanita hari ini di tv 3 tempoh hari.
1 - jangan biarkan perut kosong.
ok di sini aku tetapkan waktu makan aku pada awal pagi,
minum air kosong lepas tu makan biskut kering sebagai alas perut kendian pergi mandi lepas tu baru makan roti ke bfst ke then baru makan vitamin,kismis dan kurma.
dalam masa waktu lunch tu selalunya aku akan makan kismis atau biskut sebab kalau perut aku kosong kejap je dah rasa sakit.makan kerap cuma tak berat dan terlalu banyak.
2 - jangan makan apa yang bila kita makan buat kita muntah.
aku alah dengan nasi.
baik memang sebelum aku pregnant pun aku memang sangat jarang makan nasi,tapi sejak aku pregnant aku suka makan nasi goreng pataya,iaitu makanan fvrt incik suami.tetiba je....
tapi lepas makan nasi je konpem akan keluar balik.
jadi untuk mengelakkan dari sebarang pengeluaran balik setelah penat lelah makan maka aku tidak akan memakan nasi.
kalau rasa teringin pun mungkin sedikit sahaja.
3 - banyakan rehat
okeh ini sangat penting kena rehat banyak-banyak yelah sebab kalau kita banyak bergerak pun macam-macam boleh jadi kan.
oleh itu lebih baik dok diam-diam je...
4 - minum air kosong
ini adalah apa yang selalu aku praktikan,minum air kosong,selalunya aku bawak satu botol p opis then akan pastikan habiskan satu botol air tu.selain tu aku minum jugak air manis sehari sekali.
tak boleh minum banyak-banyak wooo...
5 - elakkan banyak bergerak.
bergerak perlahan-lahan atau kurangkan bergerak pantas.
erti kata lain jangan berjalan laju-laju la.
semua tu boleh buat keadaan kita lebih stabil.
6 - jangan gosok gigi selepas makan.
ada orang tabiat dia lepas makan mesti gosok gigi,kalau tak gosok tak puas kan...macam aku.tapi aku tatap kena gosok gak sebab kalau tak itu boleh buat aku muntah.
tapi kalau kata selepas,semasa, tu buat uols muntah jangan ngada ngada nak gosok gigi pulak.
hurm,
oklah buatla pilihan yang terbaik setiap orang alahan dia tak sama,dan mungkin ada yang sangat teruk mungkin juga ada yang ditahap biasa je.
semua itu berbalik kepada badan masing-masing.
kalau awak tu tak dapat anugerah alahan macam yang orang lain dapat jangan nak mengata atau menghina sebab setiap badan orang tak sama.
bukan mengada-ngada tapi itulah adalah lumrah,ada yang terjadi sampai tak mampu nak bangun.
pendek kata semua tu anugerah Allah swt,jadi semua yang diatur jangan dipertikaikan ye uols!
setakat saat ini alhamdulillah,syukur sebab alahan aku adalah biasa-biasa je,tadak la sampai teruk sangat.masih mampu meneruskan kehidupan seharian walaupun tak selincah dulu.
aku harap akan kekal macam ni sehingga ke saat melahirkan nanti.
raya tahun ni pakai uniform lah nampak ye mak buyung ni kan...hehehe |
sekian,
terima kasih sudi baca...
ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah...