Assalamulaikum ^^
Berkisar tentang kandungan yang mencecah 31weeks ni haruslah ramai yang bertanyakan gender anakanda.
untuk menjawab soalan tersebut aku dan walid baby masih belum mampu untuk memberikan jawapan sebab?
dua kali scan dua kali baby bagi tau gender yang berlainan....so yang adooo jelah...
aku dengan walid dia terima je.
tak kisah sangat.
setakat sekarang ni aku beli baju and barang baby yang kaler boleh pakai kedua dua gender.
kalau aku tau gender baby pun aku tetap akan beli kaler yang plain je...bukan kedekut tapi itu lebih baik...insy.Allah kalau dikurniakan anak kedua nanti gender yang berlainan pun boleh pakai jugak kan...tak perlu beli banyak banyak...sejujurnya aku memang plan untuk melahirkan lagi pada tahun 2014.
yang ketiga akan dijarakkan sedikit...
insy.Allah,murah rezeki kami kan.
walaupun tak tahu gender baby tapi itu semua tak menghalang kami membeli belah secara bersuka ria barang barang baby tapi semua ikut list dan ada yang bila beli tu dapat free gift barang yang nak digunakan itu sudah double triple menjimatkan.Alhamdulillah ^^
tunggu lelaki kacak tu balik dalam masa terdekat ni nak setelkan sikit sikit lagi barang baby,lengkapkan semua.
lega sikit hati.
tak kisahlah apa sahaja gender baby pun yang penting aku dan lelaki kacak tu akan berusaha untuk menjaga amanah Allah swt ini dengan sebaik baiknya!
selain dari barang baby,aku dengan lelaki kacak tu pun dah decide pilih dua nama,satu nama baby boy,satu nama baby gurl.
nama terpaksa dirahsiakan dahulu..selepas baby lahir nanti akan diumumkan.Insy.Allah.
kalau semua bagi tau sekarang tak supriselah nanti....kasik chance la aku kasik uols suprise kan...
tak pun..karang ada pulang yang rembat nama tu....*feling feling aku pilih nama paling sedaplah! hahaha*
kain baju baby pun belum dibasuh lagi...insy.Allah walid dia balik ni..kita buli lah walid dia cuci dan jemurkan...praktikal...
nanti kan dok jauh jauh dah tak boleh nak manja manja...nanti walid jaga kami depan mata walid 3bulan lebih je....lepas tu kalau walid tak dapat tukar lagi jumpa on and off mungkin sebulan paling paling banyak pun 4/5hari...atau sebulan lebih 4/5hari...
tak kisahlah..yang penting sekurang -kurangnya lelaki kacak tu tak abai dan tak lupa tanggungjawab dia pada kami itu susah cukup!
insy.Allah ada rezeki lelaki kacak tu tukar...
aku sekarang bersikap positif...malas nak melalak dekat fb nun sebab kes tak jumpa laki..takat rindu-rindu tu adalah aku post jugak,tapi tadaklah mengamuk bagai...nak buat camna...bak kata papa sebelum aku kawin dulu "kakak,kalau kakak nak kawin dengan polis pga ni lepas ni kakak jangan nak meroyan sebab selalu kena tinggal.pga ni bukan kerja macam polis biasa dok dekat -dekat.kakak fikir dulu habis-habis sebelum tunang ni.kalau tak mampu kakak stop.lepas ni jangan nak salahkan jaja,salahkan semua orang sebab kakak memang dah tau ini hakikat sebenarnyakan."
mama pun ada pesan jugak dekat aku...
mama 1st time dia tengok lelaki kacak tu masa lelaki kacak tu datang rumah,memang dia dah kata....tu lah menantu dia nanti!
cesss....sedangkan masa tu aku tak bercintun pun dengan itu olang....2/3 hari lepas tu yang layan cintun..konpem berkat doa mama ni..hahaha
haishhh....sudah jodoh.
tiada siapa mampu melawan takdir Allah swt...
semoga Allah swt sentiasa melimpahkan rezeki yang halal serta kebahagiaan yang berpanjang untuk kami sekeluarga...Aamiin...
ok,baiiiiiiiiiiiii.
Sekian,
Terima kasih sudi baca...
Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak.Semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat dan semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamiin...
✿ The Followers ✿
✿tabung pahala✿
✿ Doa buat anakanda ✿
" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Tuesday, July 31, 2012
gender baby saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Blog walking
Free2 singgah la online store saya Baby Shop Malaysia
Post a Comment