✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Tuesday, March 24, 2015

yang sukar itu indah....

Assalamualaikum ^^


Perkahwinan adalah sesuatu yang amat sukar.
ya,nak bernikah itu mudah.
kenapa aku kata nak bernikah mudah.
yelah kau decide dengan pasangan yang kau memang cinta habis...dan kawin.
once he said "aku terima nikahnya...."itulah baru bermula kesukaran dalam perkahwinan.

kawin ini bukan macam dalam cerita filem.
kau suka aku,
aku suka kau,
kendian kawin,ada anak...konflik sikit..lepas tu happy ending.
 no lah!
itu semuanya...not a true story sangat...mybe basicnya ada...mybe......ya....

aku tak kata perkahwinan tu tak membahagiakan...
ada....mesti ada...dan mesti juga tetap ada yang sedikit terluka...terpaksa simpan dalam hati.itu normal.

tak semua orang mampu mempertahankan perkahwinan yang dibina kan.
dan dalam tak semua orang tu...salah seorangnya adalah aku.
ya aku.

satu saat dulu...aku berusaha mempertakankan...baiki semuanya..bertahan....sedaya upaya...biar pun dalam hati hari hari menangis...
tapi....sampai satu saat aku pasrah...
aku kena terima hakikat yang perkahwinan dibina tu bukanlah lagi milik aku.

pada ketika itu aku cuma pasrah dan tiada sekelumit pun perasaan redha dalam diri.
malah...yang ada perasaan membuak buak bila ingat semua kata kata...bila ingat semua perbuatan.
nak kata berdendam...mungkin juga ya,

dan pada aku semua tu lumrah.
tak semua benda yang kita lalui kita nak mudah mudah lupa begitu sahaja bukan?

dan tak semuanya pahit tak ada manisnya.

sometime aku recall apa yang indah.
dan yang pasti apa yang paling indah dah jadi milik aku...dua permata yang sangat indah.
anugerah yang tiada bandingan nilainya.

aku terfikir,
ya perkahwinan yang dibina tu bukanlah satu kesilapan cuma...jodoh tak panjang.
see...Allah swt telah menghadiahkan dua kekuatan yang sangat hebat dikala aku rebah.

saat aku sarat membawa perut...
setiap kali air mata mengalir...
princes akan sapu air mata dan peluk aku.
kuat sangat.
bila aku rasa arjuna yang ketika itu masih lagi belum lahir...bergerak di dalam perut...macam satu keajaiban yang buat aku rasa kuat.
yang dunia tak mungkin berakhir andai aku pemegang title JANDA pun.
cukup.
itu sudah cukup.

nak bina perasaan redha bukan mudah.
ya...satu saat dulu...aku selalu kata dalam hati....bukan kau yang lalui...aku yang lalui...jadi kau tak berhak menilai aku kenapa hati aku menjadi sekeras ini.

perkahwinan adalah sangat sukar,berapakali terfikir dalam kepala otak...that u just want to step out of it because u think u just cannot handle it. bila dah sampai tahap ni...bukan mudah nak ambik kata putus yang menjadi penentu segalanya...

tak bila aku ambik langkah redha dengan perpisahan ini bukan bermakna aku bersalah atau dipihak sana yang semua benar belaka...tapi...aku nak hidup dalam keadaan yang tenang...aman dan damai...
walaupun one day salah seorang antara kami bernikah dengan pasangan yang baru...aku tanak ada perasaan dendam dan amarah lagi.....
even sampai sekarang masih belum berjaya sepenuhnya...tapi aku dah buat hati aku redha.
dari aku dibelenggu perasaan amarah yang amat menyeksakan diri aku...lebih baik begini.
tidak perlu peduli hal masing masing.

jangan diganggu kehidupan kami anak beranak yang sudah tenang, aman dan sangat bahagia disini itu sudah cukup.

for me,
kalau kau ada degree ke...PHD ke...kalau kau tak mampu redha dengan setiap takdir yang Allah swt dah create cun untuk kau....kau masih belum mencapai tahap aman dalam hidup.
biarpun kau ni pegawai besar dalam malaysia!

dan apa yang pasti,
dulu pada satu saat yang aku tak pernah bermimpi sebelum ni.....aku telah harung semua ni selama hampir dua tahun.
jadi kenapa sekarang aku nak menyesal.
tiada apa yang perlu aku sesalkan dengan semua ini.

kerana

apa yang aku miliki sekarang Allah swt dah beri yang paling baik.
dan aku percaya...
ini mungkin nikmat selepas semua rasa derita dalam jiwa.

saat saat getir yang aku lalui...
aku sangat bersyukur...ramai orang sekeliling bantu.
hari hari di tempat kerja menangis,
iema buat lawak tapi aku tak gelak...walaupun itu memang lawak.
yang ada cuma takungan air mata.
dan iema selalu nasihat jangan la menangis.
beza dengan lea...
asal aku cakap dengan dia...aku nangis...dia lagi nangis!
sudahnya...aku pulak yang kata..."hang ni....bukan nak pujuk aku hang buat aku makin teriak"

aunty star,
kak ila,
kak sue,
abg din,
abg adam,
kak ana,
mak teh,
cik art,
kak liza,
m,
izan,
semua ahli keluarga masa tu...
dan terlalu ramai....
terlalu suport aku untuk bangkit....
motivasikan aku hari hari...
sebab semua orang kenangkan anak dalam kandungan masa tu.

dan

sungguh

sekarang.....aku rasa betapa nikmatnya hidup dalam keadaan yang tidak dibelenggu stres...fikir tekanan.

indah.

itu sahaja.

dan ini sangat sempurna.

cukuplah.

kehadiran dia bagi sinar yang besar buat kami.
siapa sangka.
...................................................................................................



no emo emo lagi.

move on.

dan teruskan hidup dengan keindahan ini.

sekian,

Raihana Humaira,(SR)
Aydina Malaeka Tihany,
Alexander Seth Ukasyah.

Doakan kami sekeluarga bahagia di dunia dan akhirat dan dilimpahi nikmat rezeki yang tak terhingga.


5 comments:

MOMMYLIN said...

insyaallah... ur strong mother... proud of you. ada aturan yang lebih baik untuk awak...

Nadiah Hanum said...

Done follow sis..;) Salam kenal dari ciknad...tahniah,awak seorg perempuan yg sgt kuat...semoga Allah pelihara Rai & anak2

Raihana Humaira said...

tq lin... insyallah...nak tanak kena kuat untuk dua budak tu kan ;)

Raihana Humaira said...

Tq nad...kita pun dah follow nad.Insyaallah...kita sama sama doa yang baik baik je kan nad

mrs kayrul said...

ehh rupanya x follow lagi rai selama nie...hehehe...

takmo sedih2 dah tau yg lepas biarkan berlalu..buka buku baru untuk kebahagian bersama2 anak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...