Assalamualaikum ^^
Syukur ke hadrat ilahi kerana masih berpeluang bernafas di muka bumi ini.
hari ini telah membuat satu keputusan yang sukar tapi rasanya ia adalah satu yang terbaik untuk diri sendiri dan kawasan persekitaran.
dari biar diri terus dalam kancah bersubahat lebih baik kita elakkan bukan?
ye,aku telah mendelete kawan yang dulunya rapat dengan aku.
bukan sebab benci atau tak suka cuma perlu berbuat demikian kerana itu yang terbaik.
lebih baik dari kita anggap kawan tu musuh kita kan.
yelah depa bukan tak baik ke apa ke...aku pun selalu share everything dengan depa cuma dah sampai masanya aku ignore depa dalam hidup aku.
harap-harap lepas ni tak keluar la cerita yang aku amik tau hal depa lagi.
Alhamdulillah sekarang aku rasa hidup aku sangatlah gembira dan tenang selepas ketiadaan semua itu.
rasa lapang dada.rasa lega sangat.
salah seorang delete aku sebab aku baru bukak fb since balik dari terengganu,then nak delete tup3x aku dah terdelete...so alhamdulillah lega sangat dalam hati...
doa aku Allah swt dah makbulkan...cuma tugas aku block je beliau.
so aku pun block segala semua acc beliau.sebab itu lebih baik dari biar beliau kata aku jadi stalker penyampia cerita beliau pulak.
so biarlah dia teruskan dengan dunia dia.
secara jujurnya aku paling benci ditipu,dan kalau sekali aku ditipu memang aku takan percaya lagi.
aku kena tipu lama jugak dengan seseorang ni.
biarpun hal personal dia..tapi hari-hari dia dok cerita pasal orang lain tup tup tiba orang lain pulak timbul tanya aku itu ini,sampai satu tahap aku terdiam sebab dia terlalu banyak menceritakan rahsia aku pada insan tersebut sedangkan rahsia dia aku simpan kemas.
so pada hemat aku diamkan diri dan dengar je cerita dari buah hati beliau tetiba nama aku pulak dipetik pembawa cerita.
so layankan je telemovie tersebut.
malas mau panjang-panjang lagi.
dengan niat aku dah langsaikan semua.
dah bagi apa yang aku pernah tercakap nak bagi.
setakat yang aku mampu.
itu je dapat aku beri dengan ikhlas hati.
cukuplah sampai di situ.
bukan aku penakut atau bersalah cuma aku dah malas nak panjang-panjang cerita.
sebab lama-lama see u in court kang...
dah tak pasal-pasal bukak aib orang p bercuti,berhanimon sakan sana sini siap mandi bagai dengan yang bukan muhrim.kang kata aku ni macam-macam.
maka lebih baik unfriend dari berfriend.
senang aku tatau cerita uols,uols pun tatau cerita aku.
kalau tau jugak tu maknanya uols amik tau la kan.
pada aku yang lepas-lepasla.
hope lepas ni beliau jujur,setia serta tidak menipu dan kaki propa sana sini.
buat orang sana musuh dengan orang sini sebab takut rahsia beliau terbongkar.
haish....
semoga Allah swt jauhkan aku dan keluarga dari sifat sedemikian.
aku bukanlah baik tapi belum sampai di tahap menipu orang berzaman lamanya.
aku bukanlah wanita islam yang bertudung litup tapi sekurang-kurangnya aku tak menyindir atau mengata orang bertudung atau tidak bertudung.
semoga di jauhkan aku dengan perkara sedemikian.
aku memang tak mampu dari segi harta benda tapi dari segi maruah diri Alhamdulillah masih menjaga maruah suamiKu.
macam-macam ragam.
semoga dalam hati aku tiada dendam dan sikap macam tu sebab tak baik kan untuk baby.
sekian,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,bonda kepada zuriat kami yang soleh dan solehah.
✿ The Followers ✿
✿tabung pahala✿
✿ Doa buat anakanda ✿
" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Tuesday, January 31, 2012
lebih baik unfriend dari friend kan.
Labels:
apa kata saye,
folower,
friend,
percutian hebat,
pregnancy
Monday, January 23, 2012
bayi yang berusia 15minggu
Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?
Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….
Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.
Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya.
besarkan anugerah Ilahi.
semoga saya juga akan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah...amin...
sekian,
terima kasih sudi baca.
ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,bonda kepada zuriat yang soleh dan solehah...
Labels:
apa kata saye,
bonus,
cinta,
family,
fesyen dan fotografi,
folower,
friend,
hal dunia,
pregnancy,
tentang alam.
resepi prosperity burger cik puan raihana humaira
Assalamualaikum^_^
hi everyone,sihat tak?*soalan yang sama*
hari ini kita nak share resepi yang kita buat dekat rumah tempoh hari masa suami kita balik bercuti.
dan beliau makan sampai menjilat jari isteri tercinta...eh sendiri...hehehe
oklah..mai kita tengok bahan-bahannya...dan lepas ni masing-masing boleh ler ngetest bikin di rumah ya...
Bahan-bahan sos
1. 2 cawan stok ayam (guna 1 cawan air + 1 kiub ayam)
2. 1/2 cawan susu segar (guna 1 cawan)
3. 1-2 sudu besar lada hitam ~ di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah banyak-banyak sikit
4. 1/2 biji bawang besar - cincang
5. 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki (letak lebih hitam lebih la)
6. 1 sudu sos tiram
7. 1 sudu mentega/ marjerin
8. 2 sudu besar tepung jagung ~ dibancuh dengan sedikit air
9. garam dan gula - jika perlu (rasa dulu baru masukkan ye uols)
Cara-cara
1. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam & susu segar. Didihkan.
2. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
4. Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.*goreng agak-agak garing tapi kalu suka makan yang garing terus biarlah sampai masak,jangan hangit suda...*
5. Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap. (tekap kejap kat kuali panas)
6. Letakkan sayuran kegemaran pada roti.. Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam dan taburkan bawang besar yang di hiris & tutup dengan bahagian atas roti. Sedia dihidang makan dengan seleranya ye....
makan dengan pasangan lebih hebat rasanya ngeeee
ini lah ghue properity burger tersebut... |
*dalam resepi ni ada tulis letak susu segar,tapi aku nak cut kos maka dengan itu tiada susu segar sebab lagi pun aku kureng dengan susu-susu ni...
rasanya masih sama cuma kureng pedas tapi kalau uols yang suka gila makan pedas macam yg dekat mcd tu tabur la banyak-bayak lada hitam..konpem pedas.
selamat men'try' ye uols.
gud luck.
rasanya masih sama cuma kureng pedas tapi kalau uols yang suka gila makan pedas macam yg dekat mcd tu tabur la banyak-bayak lada hitam..konpem pedas.
selamat men'try' ye uols.
gud luck.
sekian,
terima kasih sudi baca.
ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,bonda kepada zuriat kami yang soleh dan solehah...
Thursday, January 19, 2012
kebaikan dan keburukan kopi
Assalamualaikum uols ^_^
Selamat petang semua...tak kisahla baca time tengah malam ke pagi ke,disebabkan entry ini ditulis time waktu petang maka selamat petanglah ucapannya...hehe
Petang-petang macam ni cuaca diluar agak mendung.
time dok hujan gni la teringat ubi kayu rebus dengan ayaq kopi panas-panas....
makkk aiiiiii sedapnya...terliur ai nokssss
Berbalik kepada topik entry ini,aku ada kenal dengan seorang kawan dia sangat menggemari kopi ni...aku juga pengemar kafein!tapi tu tak bermaksud aku seorang perokok ye....Teh,nescafe dan kopi pun ada kafein jugak tau tapi dalam kadar yang berbeza-beza la...aku suka minum teh kosong kot mana pun hari2 mesti pekena jugak la air teh ni.kalau sehari tak minum konpem rasa tak sedap badan,mulalah nak demam bagai kan..
tapi kita bukan nk cerita pasal teh pasal kopi ye adik-adik(eh adik-adik ke ni)ngeee
APA ITU KAFEIN?
75% kafein datangnya darinya dari kopi,sumber kafein yang lain daripada coklat,teh dan minum bergas.Kafein ni bukan nutrien,seperti vitamin dan mineral tetapi bahan kimia yang boleh dikelaskan sebagai dadah.Sama seperti dadah-dadah yang lain.Kebaikan dan keburukannya bergantung kepada penggunaan la.
BERAPA BANYAK KAFEIN AKAN MEMUDARATKAN KESIHATAN?
Macam biasa,kalau dalam sehari pun paling banyak minum air kopi pun dalam 3-4 cawan sehari kan...jadi lebih kurang 300mg kafein.Jumlah ini tidak akan memudaratkan kesihatan.Badan kita akan menyingkirkan 20% per jam Dos yang membunuh kafein adalah sebanyak 10g kafein bersamaan dengan 100cawan kopi dalam masa 4jam!Jumlah kafein jugak tertakluk kepada cara penyediaan air kopi tulah kan...
Mana mungkin kopi di Starbuck sama dengan kopi di kedai mamak kan...hehe
oklah meh kita lihat kebaikannya berdasarkan kajian
1.Pengambilan kopi 6-8 cawan sehari akan mengurangkan risiko kencing manis sebanyak 54% pada lelaki dan 30% pada wanita.
2.Peminum kopi juga mempunyai 80% kurang risiko untuk mendapat penyakit parkison,25% kurang risiko barah usus dan 80%kurang risiko kerosakan hati.
*sapa ada kengkawan hati busuk elok bagi makan kopi hari-hari ni*
3.Kafein merangsang aktiviti otak untuk melupakan rasa letih,merangsang aktiviti otot dan meningkatkan keupayaan seseorang atlit.
4.Kajian di Brazil menunjukkan bahawa kanak-kanak yang minum secawan kopi setiap hari dapat mencegah masalah kemurungan,lebih aktif serta mudah meneriam pelajaran.
Antara kesan buruk minum kopi secara berlebihan pulak ialah rasa berdebar-debar,menggigil/ketar tangan,meningkatkan paras kolestrol,gangguan tidur dan tulang cepat reput.
kafein yang terdapat dalam secawan kopi adalah berbeza dengan rokok ye!
Oleh itu jauhi rokok dekati kopi....ngeeeee
sekian,
terima kasih sudi baca.
ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.

naik gaji,
resepi,
tentang blog,
tips
Subscribe to:
Posts (Atom)