aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Thursday, February 9, 2012

boleh tak jangan hina orang yang masih belum diberikan rezeki dari Allah swt..

Assalamualaikum uols ^^

oh hari ni aku ada nak share sesuatu dengan semua.
tadi ada sembang dengan seorang kawan,
sembang punya sembang dia tanya...

"rai betul ka ampa dah pregnant"
masa ni rasa berbelah bagi sangat nak reply,sebab dia pun tengah menanti kehadiran yang sama...aku paham perasaan dia...sebab aku juga pernah melalui situasi tu.

"a'a,alhamdulillah syukur,baru lagi,lepas ni turn ampa pulak kan...kami doakan ampa pulak lepas ni tau"

then terbukak la cerita,
"semalamkan masa dok sembang-sembang dengan sorang kakak ----- dia ada sebut pasal ampa,dia kata dekat kami semua RAI TU DAH LAMA DAH KAWIN TAPI DOK TAK DAK ANAK LAGI,TAPI TAK KATALAH DEKAT DIA,DIA PERNAH LEKAT CUMA LAMBAT JA...masa tu kami terasa sangat,yelah kami kan kawin lagi lama dari rai"


lepas aku baca ni take time jugaklah nak membalas.
yelah,aku nak reply sambil tak akan buat kawan aku ni terasa.
sampai hati akak tu kan...boleh dia keluarkan ayat macam tu,sedangkan saat dia keluarkan ayat ni dia sendiri pun sedang sarat mengandung.
kenapalah dia tak sebut yang baik-baik je...
ke dia nak buat kawan aku ni terasa,sedangkan pada hari tersebut dia memang dah tau yang aku prgnt.

haishh...
sungguh naluri kecil hati aku sentiasa mendoakan kawan-kawan yang masih menanti supaya akan mendapat rezeki sama seperti aku.
moga-moga ada rezeki mereka.

aku juga pernah melalui saat menanti yang sama.
kadang-kadang bila difikirkan balik...indahnya saat menanti tu...
buat kita lebih bersabar,mengajar kita tabah.
orang lain mungkin tadak masa nak manja-manja dengan husband dah tapi Alhamdulillah Allah swt bagi kita ruang waktu untuk dihabiskan berdua dengan husband.

sebelum aku tau yang aku prgnt kali ketiga ni bermacam-macam kata-kata yang aku dapat,darilah yang baik hingga ke tak baik.
kalau ikutkan usia perkahwinan aku baru sangat....baru setahun lebih.
masih muda.masih lagi dalam sesi mengenal erti hidup berdua.
Alhamdulillah,sebab sepanjang tempoh sebelum kehadiran permata hati ini aku dengan suami dapat menyelesaikan semua masalah dalam rumahtangga kami.

biasalah mana ada suamisteri yang tak bertekak,tak berbalah pendapat.mesti ada!
tambahan pulak kami jauh,tapi bertekak,bergaduh macam mana pun kami tetap saling memerlukan satu sama lain.

itu lumrah dalam suamisteri.

jangan sesekali rasa kesal kerana Allah swt belum memberi kita rezeki seorang zuriat,anggap aja semua ni satu bonus untuk kita nikmati dengan suami.
boleh kemana-mana berdua,menonton wayang,bercuti,berdating sakan sampai lewat pagi.semua tu adalah anugerah okeh!
sebab apa saja yang kita lalui itu adalah keindahan kehidupan.
nikmati dan enjoy la!
kalau yang dah punya rezeki zuriat enjoy cara yang ada zuriat tapi tolonglah jangan sesekali menghina orang yang masih belum punya kesempatan seperti kamu.
lebih baik kuta mendoakan"semoga dia juga akan diberikan kesempatan seperti diriku,Ya Allah,kau kurniakan si dia rezeki seorang zuriat"
itu lebih baik.

dari kau asyik tanya dia dah ada isi ke belum bila kau jumpa dia.
weii kalau orang dah ada isi kau sendiri boleh nampak.
konpem la dia post dekat fb dia.
sapa yang tak seronok habaq mai sat?
orang yang takmau anak ja yang rasa tak seronok!
jangan la setiap kali kau chat,kau jumpa,kau tweet dia ke,kau sms ke apa ke..asyik kau tanya ja dia dah ada isi ka belum.
kalau dah kau ni kpoci sangat pun,kau tanya je dekat kawan-kawan rapat dia..
konpem lah depa tau hal pasal dia.
jangan kau nak sakitkan hati dia pulak.
semua tu kena fikir la...
mungkin hari ni kau bernasib baik,tapi ingat bukan semua benda kita nak kita dapat,jadi lebih baik jgn asyik menghina semua orang je...
Allah swt maha adil!

semoga kita semua sentiasa dirahmati olehNYa.
dipohon supaya aku dijauhkan sifat tersebut :)


uols doakanlah aku dengan baby sihat sempurna,selamat hingga 9bulan ye.






sekian,
terima kasih...




ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah...






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...