✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Tuesday, August 11, 2015

Jodoh hadirnya mula dari mana....

Assalamualaikum^^

Jodoh.
Perkara yang paling rumit dalam hidup setiap manusia pada satu-satu tahap.


Jodoh dari Syaitan; Pasangan yang berkahwin setelah pernah berzina / membuat maksiat sesama pasangan tersebut.

Jodoh oleh Jin; Jodoh yang diperolehi dari amalan-amalan seperti penggunaan Minyak Dagu, Nasi kangkang dan sebagainya.

Jodoh oleh Allah; Jodoh yang berlandaskan suruhan dan amalan-amalan / garis panduan Islam.

Jodoh tu pada aku 50-50 dari usaha kita dan dari takdir Allah swt sendiri.
Dan takdir tu adalah benda yang datang dari diri kita sendiri jugak.kita sendiri yang memilih jalan takdir hidup kita ni.
Allah memang dah letak cantik, cun -cun dah jalan kehidupan kita ni.

Memang aku percaya setiap apa yang terjadi dah tertulis di loh mahfuz,
Macam kita selalu dengar...masa dari hari pertama kehadiran kita dari dalam rahim ibu kita lagi dah semua yang akan terjadi dah ditakdirkan sehinggalah kita menutup mata. (Kalau salah maafkan aku)
Bila waktu kita patut lahir,patut mandi,bila hari kita akan terlewat ke sekolah,bila kita akan dapat kerja,kawin bila,dan sampailah ke meninggal bila,semua ni dah ditakdirkan dah.

Tapi ingat,kita boleh ubah takdir kita.macam mana?hurm...
Pada aku...bila kita bersungguh-sungguh meminta, doa dan berusaha tak mustahil allah swt makbulkan permintaan kita.

Bila kita rely on Allah,contoh bila kita doa macam macam kat Allah,cakap kita nak kahwin dengan sorang tu,Allah boleh je nak makbulkan ikut kehendak seseorang.

Kalau seseorang tu tak berdoa,tak rely on Allah,asyik ikut standard ego Manusia,memang Allah letak je lah takdir susunan hidup kita tu macam mana dia nak letak.

Ingat,Allah tak akan mengubah nasib seseorang tu unless kalau seseorang tu berusaha nak mengubah nasib dia. Tak kira nasib tu dari sudut apa pun. Kahwin,wang,bahagia,etc etc.

Dah kalau hang tak usaha sapa nak mai bagi oiiii...

Pi mai pi mai pun macam aku katakan tadi its between humans  and allah.

Kesilapan yang common zaman sekarang ni,semuanya seseorang tu letak bulat bulat kat Allah. Semua berserah habis. Contoh,doa je setiap masa,tapi tak nak usaha. Dorang tak nak muhasabah diri.

Bila benda tak best jadi pulak,semua nak salahkan Allah. Apa,ingat Allah kejam sangat?

Pasal tu lah 50-50. When it comes to a situation,everything is under our actions and His. Itu la function muhasabah diri. Ada half tu Allah dah tentukan,lagi half tu pulak,atas keputusan kita. Apa yang kita cakap,apa yang kita buat,etc etc. So bila sesuatu tu terjadi,kita fikir la balik,muhasabah diri,mana silap kita etc etc. Tengok la mana silap kita. Bila ada silap,dari situ lah nak guna function perkataan Maaf,dan Mohon Ampun.

Takdir yang Allah dah tentukan bulat bulat tu,is actually,macam,kematian,contoh la kan.

Mati kan boleh datang bila bila. Memang Allah dah tetapkan dateline bila seseorang tu akan mati. Tapi macam mana dia mati?

Contoh kalau dia mati tiba tiba masa tengah menguap,now that is 100% takdir.

Kalau dia mati pasal kita dah lepuk dia tiba tiba. Kita pulak yang interfere dengan urusan Allah nak menetapkan dia mati macam mana.

Faham tak faham tak faham tak?

When it comes to jodoh pulak,takdir cuma set kan date bila kita jumpa,bila berpisah. Macam mana kita set pertemuan dan perpisahan tu,semua atas kita. 

Katakanlah kalau kita tak nak berpisah,kita mintak doa banyak banyak kat Allah nak extend lifetime dok dengan seseorang. Allah boleh je tolong hamba dia tukar balik setting takdir dorang tu. Mungkin awal awal dia letak hari Isnin berpisah. Kalau kita berdoa mintak extend,bila Allah makbulkan,Allah tukar balik letak hari lain,dan tukar balik cara perpisahan tu macam mana. Mungkin,tetiba setting awal perpisahan tu cara lain,mungkin after doa,Allah letak pulak Till Death Do They Apart.

Contohlah,
Budak raihana ni jahat gilaaa masa umur dia 20 tahun,tapi bila umur dia 27tahun dia akan menjadi seorang ibu,isteri dan anak yang sangat super duper hebat dan baik!

Dan mungkin dalam masa masa ruang yang usia ke 27tahun tu budak raihana ni banyak berdoa banyak meminta banyak berusaha...mana kita nak p tau kan so allah ubah  takdir  dia dengan macammana kesungguhan yang dia nak.

sememangnya dah tertulis takdir kita macam mana. tapi 'bagaimana' takdir itu ditulis kita memang tak tahu.

kerana itu perlunya usaha.

jangan lupa ayat al-quran;

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ; surah ar-ra'd : 11.

dan memang juga kalau kita dah berusaha macam mana pun, kalau allah dah tentukan untuk kita tak dapat apa yang dikehendaki, memang kita tak akan dapat. ada juga ayat Quran yang menyatakan seperti itu.

kalau difahami, bila baca kedua-dua effect ayat quran tersebut, apa yang dimaksudkan adalah Usaha, doa, dan tawakkal.

doa tanpa usaha sahaja tak guna. Allah suruh kita berusaha. kalau dah usaha, tawakkal kerana penentuan di tangan Allah, kerana Allah penentu takdir.

sebab sesungguhnya kita tak tahu 'mekanisme' takdir Allah. 

kita tahu takdir sememangnya tertulis. tapi kita tak tahu bagaimana ia tertulis.

Dan kenapa Allah kadang kadang sengaja tak nak bagi apa yang kita mintak? Even kita dah mintak gila gila doa usaha segala apa semua tiap tiap hari?

Pasal ada lagi sesuatu yang tersirat di sebalik setiap kejadian,dan cuma Allah yang berkuasa,dan mengetahui apa yang tersirat tu. 

Allah bagi peluang kita nak hidup,Allah setkan takdir,dah catat semua kat Loh Mahfuz,dan Allah handle everything yang akan terjadi atau tidak. 

Sedangkan nasi dan lauk kat tangan ni boleh terjatuh balik kat pinggan kerana takdir dah set dah,5 minit kemudian baru rezeki dia sampai. Contoh la macam tu kan.

Tapi,apa yang tercatat tu Allah boleh ubah dengan kuasa Dia. Dia Maha Kuasa,Maha Mengetahui. Dia yang tadbir the whole universe. He can do anything He wants with his own. It is His universe that we are renting in right now

the concept of free-will is a concept of choice.

since kita bincang about jodoh, lets do a jodoh example.

lets say Cik X tgh cari jodoh untuk kawin, dia dah roughly tahu taste Mr Right dia camana and one day jumpa seorang candidate.

lepas pantau dan mendapat intel yg boleh dipercayai, dia masih tak sure Encik Y itu Mr Right ke tak. Kadang2 macam ok, kadang2 macam tak. Perasaan Encik Y tidak diketahui. Now keputusan di tangan Cik X, her choices include:

1) Terima bulat2, ok je.If Dia dah temukan kita...it has to be a Sign, no? Susah nak cari yg at least ada criteria yg i nak!

2) Reject Encik Y. After all, if betul dia untukku..mesti ada a bigger sign and chemistry suma tu lebih semarak bukan?

3) Cari lebih banyak info dan gather lebih banyak intel and obssess about choosing (in short, takmo decide now)

4) Tanya yg Lebih Tahu ;) Doa kepada Dia, solat istikharah. Ternyata Yang Menciptakan aku lebih Tahu dari aku. Go and really ask for Guidance and then hope whatever you decide to do is the best way

ada option lain ke? lol

semua orang ada choice. the choice untuk bertanya kepada Dia juga is a choice He has given to all of us.

Dan pasal tiga jenis jodoh diatas...
Aku masih tertanya-tanya sehingga kini...

Sebab pada aku....
Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya? Bukankah tempat termaktub lafaz akad nikah di rumah  Allah ?  

erm, bukankah syaitan tak suka manusia mendirikan rumahtangga...dalam kata lain mendirikan masjid, so ada ke jodoh dari syaitan...kan? pernah terdengar atau terbaca dari mana dah lupa, tapi lebih kurang bunyinya begini

pernikahan satu ibadah, sebaik sahaja seorang anak adam sah diijabkabulkan, syaitan akan menangis kerana sudah gagal untuk menggoda pasangan yang bercinta untuk melakukan maksiat.

Then,kalau lepas kawin ,perkahwinan tu berakhir dengan perceraian, then tu pun terjadi dengan izin Allah jugakkan?

Salah satu benda yang kita tak mampu nak rungkai dan terfikir adalah mengenai jodoh,

Tuhan takkan bagi kau sesuatu musibah/tragedi tanpa apa apa imbuhan atau kebaikan kepada kau.

wallahua'lam

Yang penting doakan jodoh aku kali ini kekal sehingga ke alam syurga ;)

Harapan ini betu betul jodoh dan bukan bodoh!

Kemain kau rai,jodoh bagai sekarang....
Galak berbenar aih.

panjangkan  entry kali ni....selamat bertabah membaca.

Dan aku harap ampa paham :D

Sekian,
Terima  kasih  sudi  baca ;)  

Doakan semoga  kami  sekeluarga  murah  rezeki dan  bahagia  sentiasa  :)  


Love ,  
Raihana  Humaira  
Aydina  malaeka  tihany  
Alexander  seth  ukasyah 




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...