✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

‎" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Friday, November 2, 2012

We in your heart but not in your life.

Assalamualaikum ^^




yes,thats true..................


ikhlas dari hati,
~Raihana Humaira dan Aydina Malaeka Tihany~

Thursday, November 1, 2012

wahai anakanda...

Assalamualaikum^^ 

Wahai Anak.. ku perdengarkan Iqamat ditabir telingamu..
Ku alunkan lembut nada, khalimah-khalimah pencipta..
Agar meresap dalam sanubarimu wahai Anak.. 
Tersisihmu dari gangguan syaitan durjana..



Tak usah ragu anak.. kau selamat dalam perhatian..
Berpurnama engkau mengharungi nasib..
Kini kau hadir menjeguk dunia..
Hangat lena dalam pelukan..

Rasulullah pernah bersabda “ Siapa yang baru mendapat seorang anak, lalu diazankannya ditelinga kanan serta diiqamatkan pula ditelinga kiri, maka anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan” (Riwayat al-Baihaqi)






Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^

Wednesday, October 31, 2012

baby potret:: Aydina Malaeka Tihany

Assalamualaikum ^^

saja nak tempek gambar kenangan ni....
di ambil sehari sebelum raya haji tempoh hari....
biasalah bonda gedik nak potretkan pic anak dia...
memory yang tak dapat dibeli...
punyalah payah sebab anakanda tetiba hari tu tanak tidur...gedik sakan beliau...
over macam bonda dia jugak la tu....cessss
tapi apapun...shomel sangat!*haruslah aku puji anak aku kanzzzz*











Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^

Tuesday, October 30, 2012

part 2 :: warded

Assalamualaikum^^

Tempoh hari dah siap kan part 1  kisah bersalin tu...
ni part tu masa dekat ward.
aku kena tahan ward semalam kan...
yelah sekarang tempoh 24jam.
ikutkan hati nurani yang suci murni ni..elok je bersalin aku gigih nak berlari balik...hahaha

lepas jer setel nurse mandikan baby,timbang semua...depa pun tolak ler aku masuk ke dalam ward.
keluar je mata aku melilau cari mama dulu...
then nampak mama...papa.asben.mertua...rasa lega hati.
aku admit ward pukul 4 lebih...jadi masa tu memang time melawat so legalah boleh ler semua temankan aku lama-lama sikit.

siyes dah baring atas katil dalam ward baru terasa lapar gila..tapi masih mengantuk!
makan dalam tidur boleh...
mama macam biasalah..of kos la ciwi...dia memang ciwi dengan baby dari dulu lagi...tambah cucu sulong kan...lagilaaaa
haruslah mama teruja lebih.

selepas admit ward,aku rasa pad penuh..and sangat tak selesa pakai pad bertali.
terus mintak tolong mama tukarkan pad yang biasa lekat tu...lega..
then susukan baby lagi...
bila tengok dia macam tak percaya je...dah jadi bonda.
bisik-bisik dekat telinga dia...
"ooooo inilah budak yang godek-godek,kick perut bonda ye..."

then lelaki kacak tu belikan sup..makan nasi dengan sup.
minum air kosong suam-suam...syahdu...kan dah tak makan seharian.
lepas tu anakanda nangis nak susu.
oh heaven..susukan dia...

malam mama temankan kejap...
lepas tu asben datang temankan pulak....tolong tukar pampers baby.
haish...lega...aku kan tak berapa nak pandai.

esok pagi tu nurse ambil baby mandikan,lepas tu cucuk bcg apa semua...
terangkan tentang penyusuan,
(ada nurse yang kertu-kertu sikit mulut laser)tapi sikit jelah...hehehe
then pukul 4 lebih keluar ward...balik rumah tok..legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
bermulalah episod berpantang...

balik asben sapu minyak berbengkung.
hari ketiga baru baby kena kuning.
oh ini sadis...nanti aku story tau...

tapi moral of story di sini...aku syok bersalin dekat hospital kulim layanan very the same dengan private.
legaaaaaaaaaaaaaaaaa



Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^



Sunday, October 28, 2012

korban la weiii

Assalamualaikum ^^
lama tak update blog kan...

sibuk sangat orang dalam pantang ni.
haish...

selalu dah menaip entry separuh jalan then draf...bersepah-sepah dalam blog ni dok draf je.

aktiviti sekarang membelek cik baby je.
tak terlambat rasanya nak ucapkan selamat hari raya aidil adha.

kali ni beraya di grik,memang turn sana pun,raya dalam pantang.
pakai baju raya masa raya puasa tu je...
timbang berat ritu dah loose banyak lah jugak.
insyAllah akan teruskan misi sehingga rasa badan ringgan je.

Alhamdulillah,
setakat hari ni stil breastfeeding baby.
walaupun susu tak meriah sangat tapi akan berusaha jugak.
pray for me ye...
doakan aku tau uols!

nak tempek lah gambar kami bertiga...
masa 22hari pantang,sehari sebelum raya ke haji.
and,guesss what!
hidung aku dah tak kembang semangkuk lagi.!
teruja omak bonda tau...





Sekian,
Terima kasih sudi baca...

Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...