aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Monday, October 31, 2011

8 Makanan terbaik di dunia....

Assalamualaikum ^^

nak share antara makanan yang terbaik di dunia...yang mudah dicari serta mudah dimakan...

Firman Allah: ” Dan (Kami jadikan) kebun – kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima yang sama dan yang tidak sama (bentuknya), Perhatikanlah kamu pada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya..” Surah Al- An’am ayat 99


Dalam Tibb An-Nabawi menyebut hadis yang bermaksud: ” Sebaik – baik makanan ialah buah zabib (kismis). Ia menghilangkan keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit dan mengharumkan bau hidung serta mulut”

Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26. “Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”

Sabda Rasulullah: “Tetaplah kamu dengan Habbatus sauda’ ini, kerana padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali as – saam (mati)” Hadith Riwayat Hadith dan Muslim


Sayidina Ali pernah menyatakan: ” Sesiapa mengambil sebahagian za’faran dan su’ di satu bahagian dicampur dengan madu, diminum sebanyak dua sudu pada setiap hari, maka ia dikagumi tentang ingatannya, sehingga dituduh melakukan sihir “



Firman Allah: ” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam – macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia” Surah An – Nahl ayat 68 – 69

Firman Allah: ” Dari pohon itu (zaitun) yang berasal dari Bukit Sinai mengeluarkan minyak dan makanan” Surah Al Mukminin ayat 20




Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”…


aku suka gila makan buah kurma hehehe...
bukan time bulan posa je..time bulan xposa pun.

A : awak,kenapa awak tak makan buah kurma?
D: iskk bukan tak makan,cuma kurang makan je...
A : eh,yeke?kita tak pernah tengok awak makan buah kurma pun...
D : ni saya makan...dah tengok dah?
eleh...........makan sebijik lepas tu dah pening lalat hehehe

A : awak,buah tin tu camne?
D : entah la awak...
A : iskk selalunya awak tau semua benda...alah...awak ni citelah..
D : hurm...buah tin tu buah yang dalam tin kot :P
ceh...boleh dia kenakan aku gtu...
kiranya kali ni kamus aku tak boleh digunapakai..hehehe


nak share lagi...pernah terbaca buah tin,kurma,madu,delima serta Habbatus sauda’ baik untuk orang yang nak hamil.serta untuk memekatkan lagi air mani lelaki.
jadi apa salahnya mencubakan..mana tau ada rezeki.


sekian,terima kasih sudi baca.
kalau rajin jemputlah jenguk lagi...


ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri Tariq Huzairi,bonda kepada anak-anak kami...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...