✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Friday, January 4, 2013

setia hujung nyawa.




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات



aku hanya ingin bersamamu kerana aku telah terlanjur mencintaimu.

ampa semua mesti suka tengok cerita setia hujung nyawa yang tengah hot dekat tv 3 tu kan.
lepas tu semua verangan baik punya nak jadi dapat asben macam zain,nak jadi ersalina,yang lelaki pulak nak feling romantik macam tu kennn...
meh aku story pasal cerita ni...
sebab aku dah banyak kali baca novel dia..tapi ni versi ingat-ingat lupa la...tapi rasanya betuii kot kan...
okeh meh aku story :)

kisah ni bermula dari Pengantin perempuan lari?ex tunang si zain nilah.start dari tulah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. Zain pulak mesti la hensem, caring.Sofea iaitu tunangan Zain telah melarikan diri ke luar Negara saat-saat dah nak dekat sangat majlis perkahwinan mereka. Datin Adibah,mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga yelah weiii dah pengantin pompuan lari benda semua dah prepare orang dah tau..malu kot..tambah tambah datuk datinkan. Cari punyer cari..tup2 dia terjumpe dengan Ersalina di rumah Haliza. Kira cinta pandang pertama untuk dibuat menantu. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan.kiranya ersalina  Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain.satu-satunya perempuan yang melepasi piawaian datin Adibah ni la..
Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb! Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau apa-apa ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta pandang pertama la tu weiii...
Zain yg sah sebagai suami Ersalina amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex  adalah isterinya. Kedua ibubapa mereka mengharapkan kebahagiaan. Zain dan Ersalina mula dengan sebagai kawan dan Ersalina follow jer rentak Zain walaupun hati berbunga cinta. Salah Zain luahkan rasa cinta terhadap Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Terduduk Zain sekejap! Haha. Ersalina masih blum disentuh tetapi keguguran. Anak sape tu?Haliza amat takut dengan masa depan Ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merahsiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Zain berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sadis2! Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali yg tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.depa macam happy and sweet couple balik la lepas tu.
Zain ni romantik!!Tapi badai,ribut taufan,tsunami datang melanda bila Zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy Zain. Hady ni mmg mulut tempayan. Haha. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin Adibah bila sejarah hitam Zain dan Ekin diketahuinya. Zain pernah meniduri Ekin waktu mudanya. Ish2 dunia2. Datin Adibah minta maaf pada smua pihak kerana cuba pisahkan Ersalina dan Zain. Ermmm very sweet couple!Janji sehidup semati.
Syabas buat penulis Fatin Nabila, keluaran Alaf 21

ehem..ehem...tapi ni dalam novel..nanti kita tengok drama..mesti mantapkan...
sebab pelakon-pelakon dia pun mantap sangat!

kan sudah ku bilang mantap...hihihihi





ni pelakon yang tak berapa nak berlakon..hahaha
ok byeee

"tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau,
dan tidak ada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan"

jadi jangan mengata orang okey,sebab esok lusa mana tau balik dekat diri kita,adik beradik kita atau anak-anak kita...selalu orang mengata dekat orang akan dapat balik dekat batang hidung dia ye :)

terima kasih kerana membaca ruangan penaja ini..hihihi



love,love,love



Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)





sekian,

Terima kasih sudi baca...




dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...




Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak.Aamiin ^^

2 comments:

::EIDA:: said...

Ida tgok sekali je cerita ni hari tu.. terus rasa nak folow.. hihihii

Raihana Humaira said...

rai mula-mula kemain berazam tanak tengok cerita bersambung-sambung tapi terjebak lagi...lagi dan lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...