aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Sunday, April 7, 2013

first solid food Aydina Malaeka Tihany.



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات



Jom kita cerita tentang first day Aydina Malaeka Tihany makan,

okey,
aku haruslah over xcited.

google segala mak nenek.

then aku decide nak bagi puree brocoli

ramai jugak yang membantah kata tak kenyang la apala.
kena bagi nestum bagai.
for me.
no!
ini anak aku so aku tau apa yang patut aku bagi makan dan apa yang aku tak patut bagi makan,in case apa-apa hal jadi kau nak bertanggungjawab?atau kau nak menangis menyesal je?
masa tu tak guna dah.
sebab tu aku pesan dekat tok,apa saja nak bagi dak princess makan semua under aku.
biarla orang nak kata apa tapi sory aku memang tegas!
bila Allah swt makbulkan doa aku dan berikan aku zuriat,aku akan jaga dengan paling baik!

aku buat brocoli+isi ayam.
letak sikit je sebagai perasa.

brocoli kaya dengan vitamin A,nutrisi,fivonoid,dan serat,ianya juga dapat mencegah sembelit.
so far memang tiada sembelit untuk dak princess!


kenapa aku pilih sayur?
sebab aku nak dak princess kenal rasa sayur-sayuran dulu.
mula-mula aku ingat dak princes tanak atau mesti makan dua tiga suap je.
okey fine, omak bonda salah.
totaly wrong!
makan dengan selera sekali.
masa dia makan for the 1st time my husband watch dekat skype,
sampai dia pun suruh stop,takut perut terkejut.

esok tu aku terfikir nak tukar menu.
ada orang kata bagi je yang sama selama 4hari tapi aku tak,
aku tukar terus.
sebab aku tengok dak princess tu kemain je makan.so tak perlu nak test bagai kot.
menu hari kedua

carrot+isi ayam.

yang ini pun makan dengan seleranya.
haha
anak aku memang jenis selera je kot.

menu hari ketiga aku buat yang sama juga.

kaya dengan vitamin A,B, dan C serta dapat mengatasi pelbagai masalah serta penyakit seperti cirit-birit, sembelit dan tekanan darah tinggi.lobak juga baik untuk kulit dan juga sistem imunisasi badan.

dan hari ini aku bagi kentang lenyek
pun makan dengan selera.


Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.

aku bagi time aku balik lunch.
semua aku potong kecil-kecil sebab senang nak masak dan cepat empuk,yelah rehat 1jam je.
nasib baik rumah dekat.so tadak hal nak handle sendiri.
ada orang kata letak air rebusan masa nak blend tapi aku letak susu aku masa nak blend tu.
campur ler sikit sikit.

dan sekarang tengah fikir esok nak masak apa untuk dak princess.
jumaat ni mungkin aku akan blend nasi bagi dia try.step by step.
supaya perut tak terkejut.
dan aku tengok dia okey je.
for me,
aku lebih kenal anak aku kan.
setiap budak tak sama,jadi tak perlu kita nak bagi arahan pada parents depa.
kalau nak share pendapat tu tak salah.
tapi terpulanglah pada parents tu nak ikut atau tak.
aku hormat je pendapat family dan inlaw aku.
cuma sometime ada yang aku olah sikit sebab tak semua pendapat orang yang lebih tua betul,dan tak semua pendapat orang yang lebih muda salah.
semua orang akan buat silap bukan?
and depa sangat sangat lah memahami aku,dan yang best supportive!
tapi yang tak bestnya bila orang luar luar masuk campur tanpa usul periksa.
sangat geliiiiii okey!



ni masa 1st day makan makan.
ohsem sangat!
haishhh....
nanti nak try epal,pisang pulak la!


love,love,love

Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)













sekian,



Terima kasih sudi baca...







dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...







Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak dan doakan kami supaya dapat anak kembar!Aamiin ^^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...