aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Sunday, April 7, 2013

resepi: sosej roll



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات


Semalam adalah hari kerajinan melampau,
jadi telah termemasak ini.



Bahan: 
10 keping Roti 
5 batang Sosej
Breadcrumb (serbuk roti)
2-4biji telur
Cheesedale (jika perlu)
Secubit garam

* utk 2-3 org mkn

- mula2 potong tepi roti yg berwarna coklat tu.. tujuan buang tepi2nya supaya bila goreng nanti dia tak hitam..
- rebuskan sosej seketika.. jangan  terlalu lama nanti dia pecah..
- ambil roti yg telah dibuang tepinya dan canaikan/ lenyekkan biar leper,,guna gelas ke botol sos pun boleh
- letak sosej di hujung roti dan gulungkan.. kalau nak letak cheese, ambil roti letak cheese di atasnya kemudian letak sosej dan gulungkan..

*chesee aku belah tengah sebab kalau letak satu chesee nanti masin sangat.
- pecahkan 2 biji telur dahulu dalam pinggan jika kurang baru tambah garam, kacau..
*kalau nak letak lada hitam pun boleh jugak

- tekan tekan sikit roti tu bagi melekat supaya tak terbuka bila goreng kalau nak guna kuning telur untuk gam pun xpe...tapi aku tekan tekan je...pun dah okey.
- sediakan satu pinggan/dulang, tuang breadcrumb di atasnya.
- ambil roti yg telah digulung tadi, celup dan gulingkan dalam telur. jangan rendam tau cukup sekadar semua roti tadi terkena telur.
- angkat dan gulingkan atas breadcrumb pula.. buat sampai habis.. okeh da boleh goreng.
- sila goreng dgn api sederhana. agak2 da perang bole angkat dan hidangkan bersama sos dan mayonis..


sila terliur sekarang!
hihihi



#jika inginkan sosej roll yg rangup bole la buat double coating, dimana roti yg siap di salut dgn breadcrumb td, dicelup semula dlm telur dan di salut dgn breadcrumb sekali lg dan goreng.
# bole tukar sosej dgn crabstick.

aku ambik resepi ni dari fb.




love,love,love

Ya Allah murahkanlah rezeki kami sekeluarga...berkatilah rezeki kami :)











sekian,



Terima kasih sudi baca...







dan doakan aku kurus dan cantik untuk kesihatan dan suami aku hehehe....Aamiin...





Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Bonda dan Walid kepada chenta hati solehah Aydina Malaeka Tihany binti Tariq Huzairi.Semoga Tariq Huzairi ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak beranak dan doakan kami supaya dapat anak kembar!Aamiin ^^



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...