✿ The Followers ✿

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

‎" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany , Alexander Seth Ukasyah dan Ali abraham saleh selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Monday, April 4, 2011

restoran tandas yang gempak! 2in1

okeh...uols semua pernah tak makan dekat kedai makan,restoran,hotel 1,2,3-10bintang kelip2 ke?~mana2 je..warung pun takpe...aku warung je selalu...
mesti penah kan....
jangan nak nipu cakap tak..
kang de nak kena cepuk jer....
~paksaan suruh buat pengakuan okep ;p
oklah
kalau uols ni pengemar makan dekat luar uols rela tak makan dekat tempat yang ditunjukkan dalam gambar2 di bawah ni...
huhuhu
ni sebuah restoran di taiwan...mmg sempoi kan depa ni...sanggup buat restoran begini...
kalau orang Malaysia rasanya...mampuih hidup mati balik pun nak masuk..walau mknan sesedap gred AAAA sekali pun....
kecuali FREEEEEEEE hikhikhik
~org malaysia tu aku la..uols aku tatau...tapi aku gerenti xsanggup!


ce tengok makanan tu di hidangkan atas apa...eeeeuuuuwwwww


ni eskrim nya...huhuu sanggup ke nak mkn...try image dlm kepala hotak macam hapa...
segan nk sebut pasai macam nak termuntah je....ngeeee


ni lagi....tak dinafikan bekas tu unik cuma aku je xlalu...hikhikhik


tengok kerusi depa...perghhh boleh 2 in 1 ke...makan sambil poo poo kot..hahahaha
kalau jadi camtu mampuih orang sebelah tak lalu nk makan aih ;p


uols kalau nk makan kat kedai camni uols kena la p taiwan noooo
baru jumpak...
hahaha
nama restoran dia modern restaurant
singgah la noooo....
deko dia pasti tertawan dan unik..untuk p makan...aku belum tau lagi...HAHAHA

telekom tak reti ke nak pasang tiang telefon?huh!!!

okeh....hari ini memang panazzzz hati gila babas punya...
pagi2 buta bangun awai2 dengan pak incik terpacak di depan tm point sg bakap
atas sebab mau pasang INTERNET di rumah...
punya xsaited tatau nak cerita la...
yelah sunyi sepi weii kat rumah xde tenet...
nak ler pasang...
story punya story tengok pakej...
dah elok nak reg
pakcik kaunter tu tya alamat rumah...
habaq la...
taman widuri.
perghh sekali dia cakap.
"minta maap ler...internet xboleh pasang dkt area tu sebab kat ctu xde kabel,xde tiang,kan tmn tu terbengkalai lama dah"
"erk....jadi ni tak boleh pasang la ni?"laki aku punya tanya lagi....hikhikhik~ala2 buat xpaham...
"tak boleh la...dah ramai orang dekat taman tu mintak,sekolah menengah dekat ctu pun mintak jugak tapi tulah TM tak pasang tiang,tak ada kabel nak sambung IT..."
"hurm..xpelah encik..terima kasih yer..."
amik ic dan terus blah....
selanjutnya...
aku pun berbincang dgn laki aku...
arghh pekara ni mesti kena wak masuk paper ni...
xboleh jadi...
dlm era moden ni suka suki dorg je nk sekat kemudahan rakyat...
weiii kami ni bukan ulu sangat...
apa salahnya pasang je...
aku balik pun ushar la tiang2 telekom ni...sepanjang perjalanan nak ke rumah...
perghh sampai jalan dekat sekolah tu je ada...
apa salahnya pasang je dlm taman tu..bukannya jauh pun...
sekolah tu pun duduk dlm taman tu jugak...
sungguh tak ada otak juga makhluk2 ni...
kepada TM kami ni pengguna dah kami penduduk ni mintak pasang..
tolong la pasang bukannya tak bayar bil bulan2...
ni tak nak menyusahkan rakyat je...
huh...oklah aku panas hati ni..kang aku membebel pjg2 lagi..kang jadi lain pulak...
eeeeeeeeeeeeee

Tuesday, March 22, 2011

nama pun sampah!!!

okalah sempena aku dilantik menjadi duta alam sekitar ni ~ cewah bila pulak la pompuan gedik ni jadi duta alam sekitar?
uols tatau ke?alah..sejak azali lagik..
apa tak percaya?
okeh fine....i pasrah okeh...
hari ini aku nak story tentang alam sekitar,uols sayang tak bumi?
sapa jawab tak?kau tinggal dekat mana?marikh?pluto?owhh tak sedar diri...~tetibe jadi mak tiri pulak...
aku percaya semua orang sayangkan bumi oleh itu aku menyeru agar semua tolonglah jaga alam sekitar...jangan la buang sampah merata rata...
sometime tengah sedap drive pun ada yang buang sampah,tak fikir ke keadaan kereta belakang..
yang paling aku pantang sifat perokok ni...suka suka hari je buang putung rokok masa memandu..uols tak fikir ke orang yang ride motor tu apa yang akan jadi jika terkena putung rokok tu...owh aku penah kena sebab tu aku tau apa rasanya..sakittt okeh!!! so lepas ni tolong alert ye perokok semua jangan buang putung rokok suka suka hati.....
owh...aku malas la nak bagi ceramah lebih lebih...
uols layang la ceramah ahmad lutfi pulak..hahaha
aku suka...layan tau...
tak layan siap hampa...!!!

Thursday, March 17, 2011

telefon bimbit penyebab mati pucuk.


owh...hari ini aku nak story tentang telefon bimbit,hp,handset,telefon genggam etc la yang uols panggil menda yang dok bergayut berjam-jam dgn kekaseh hati uols tu kan..
kalau tak bergayut pun jap2 bunyi..bip...bip..bip..tanda sms masuk~tapi aku rasa lani semua pakai yang canggih yang boleh dengar lagu hikhikhik
APA??????
kau tak tau rupa telefon bimbit?
menipulah..zaman skrg ni..budak2 umur 5tahun pun pergi taska bawa hp tauuuuuuuuu

okep...okep...takmau la membebel pasal tau ke tatau ke...
ni nak story tentang TELEFON BIMBIT BOLEH MENYEBABKAN MATI PUCUK!!!
hooooo kalau kau lelaki mesti kau gerun kan...
kalau kau perempuan mesti kau terfikir kan...
majoriti lelaki akan meletakkan telefon bimbit mereka di dalam poket seluar kan?jgn menipu...betul kan...sbb laki aku pun buat benda yang sama cuma dia ni bertamadun sikit sbb selalu letak dalam porch bag dia..hikhikhik

okeh...aku pun banyak terbaca tentang story ni dalam paper...&aku buat research dalam IT...huhuhu
memang benar story pasal ni wujud...~jangan kau,aku study dulu sebelum tulis menda ni semua...kang tak memasal je aku kena saman okep ;p

so kepada kaum lelaki di luar sana...jgn letak hp dalm poket seluar lagik erk...kerana radiasi telefon bimbit sangat tinggi...dan membahaya kepada hormon dalam tubuh anda....
radiasi telefon bimbit boleh mematikan sperma.
hOHohoho jika terlalu banyak kecanggihan ini lah jadinya...
normal la ciptaan manusia mesti ada cacat celanya...tak akan ada yang benar-benar sempurna...
aku hanya mampu pakai telefon bimbit biasa je...budak sekolah pun dah pakai BB dan iphone tau la ni....hahaha ~Ada sapa-sapa nak bagi aku i-pad ke?tetiba...keluar topik..HAHAHAHA

Tuesday, March 15, 2011

isu botol susu


sekarang ini selain dari isu semasa tentang tsunami yang melanda japan...isu tentang botol susu baby juga menjadi keutamaan...
huhuhu
macam-macam ada brand botol susu skrg ni...nak yang mahal,murah,cantik,kaler bling-bling,bentuk macam-macam everythings la...semua ada....

uols baca la apa yang aku copy paste ni...hurm...untuk kaum-kaum ibu dan bapa sila alert okeh...bukan utk org lain..utk anak sndri jugek...
yelah biar mahal sikit xpe botol susu tu dari hilang anak sdri kan....

Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam
botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.
"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai

Tindakan pengharaman itu di ambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan
terbaru oleh Kesatuan Eropah. Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsiusberbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya. "Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian. Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/atau http://fsq.moh.gov.my.

- Putrajaya, 14 Mac 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.commerupakan pelanggan rasmi Bernama.

lupa nk story aku dengan kekaseh aku ada beli dua botol susu...HAHAHA kenapa?usah dikau tanya la...myb sebab nak spare awal kot...yelah..sediakan payung sebelum hujan~boleh gtu?kang kalau xde duit aku dah de dah 2botol susu..satu kaler pink satu kaler biru...yipieeeeeee.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...