aydina malaeka tihany

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Alexander Seth Ukasyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

✿ The Followers ✿

✿About Me✿

My photo
puan raihana humaira,masih muda remaja ;p,bonda Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah ,sangat simple,degil,sensitip,nakal,ceria,suka senyum dan sangat optimis dalam kehidupan .~doakan saya dan anak anak bahagia di dunia dan akhirat!~

✿tabung pahala✿

✿ Doa buat anakanda ✿

" Ya Allah peliharalah anak-anakku,Aydina Malaeka Tihany dan Alexander Seth Ukasyah selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah mereka, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah mereka dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezeki mereka. Ya Allah jadikanlah mereka sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umur mereka, sihatkanlah badan mereka, dan baikkanlah akhlak mereka, fasihkanlah lisan mereka, baguskanlah suara mereka untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Wednesday, August 8, 2012

berpantang 44hari atau 100 hari?

Assalamualaikum ^^

Since aku dah dekat-dekat nak bersalin ni....
so konpemlah cerita pasal episod berpantang akan bermula la...
*asal aku cerita pasal nak bersalin je..baby konpem godek-godek...alahai anak..sabau yee..bulan 10....walid sampai je baru kamu keluar hihihihi*

semalam aku sembang-sembang dengan lelaki kacak tu...
tentang tempoh berpantang.

aku memang decide nak berpantang 100hari.
orang melayu selalunya berpantang 44hari je...
baik dari segi makan minum ataupun bersama suami...
so aku pun tanyalah pakcik google...
tentang hukum semua...
tempoh darah minumum darah nifas adalah 40hari tapi ada jugak yang sampai 60-70hari..ikut atas orang la kan...badan kita tak sama.
jadi sebelum habis darah nifas tu memang kita tak boleh la buat amal ibadat,lagi-lagi bersama suami,Haram hukumnya!


okeh...aku pun malas nak taip panjang-panjang uols boleh baca di sini...dan aku rujuk pada mak sedara aku yang ustazah pun dia kata betullah pandangan ni..sebab kita ikut mazhab syafiie

Soalan; Assalamualaikum ustaz. selepas keguguran, darah yang keluar adakah nifas? dan berapa lamakah tempoh nifas keguguran? adakah sama dengan nifas bersalin? atau dikira sama dengan tempoh haid?

Jawapan;

1. Menurut mazhab Syafiie; Tidak disyaratkan untuk dikira darah nifas bahawa bayi yang dilahirkan itu hidup atau sempurna kejadian. Asalkan disahkan bahawa yang keluar itu adalah janin manusia maka sabitlah hukum nifas bagi darah yang keluar selepas keluarnya janin itu sekalipun janin itu belum menampakkan rupa manusia iaitu hanya berupa seketul daging semata-mata.

2. Nifas yang keluar kerana keguguran dari segi hukum sama seperti nifas kerana kelahiran. Tempoh paling singkat ialah seketika/sedetik dan paling lama ialah 60 hari (menurut mazhab Syafiie) atau 40 hari (menurut jumhur ulamak).

3. Jika nifas datang beberapa hari dan kemudian berhenti, hendaklah diperhatikan; jika tempoh berhentinya l5 hari atau lebih, ia dikira suci (yakni bersih dari nifas). Jika keluar semula darah selepas itu, ia dianggap darah haid bukan nifas lagi. Adapun jika tempoh berhentinya kurang dari 15 hari (seperti berhenti 5 hari dan datang semula darah selepas itu), ia masih dianggap darah nifas. Sehinggalah bila melepasi tempoh maksima nifas tadi (iaitu 40 hari mengikut jumhur ulamak atau 60 hari mengikut mazhab Syafiie), jika ditakdirkan darah masih keluar, ia bukan lagi darah nifas akan tetapi darah haid (jika ada tanda-tanda haid dan menepati hari kebiasaan haid) atau istihadhah (jika darah yang masih keluar itu tiada tanda-tanda haid).

4. Jika ditakdirkan seorang wanita melahirkan anak tanpa keluar darah sedikitpun selepas bersalinnya dan keadaan itu berterusan hingga 15 hari, maka ia dianggap suci secara keseluruhannya. Jika keluar darah selepas 15 hari itu, maka darah itu dikira darah haid, bukan darah nifas. Dalam kes ini, wanita tersebut dianggap tidak bernifas.

Untuk mendapat maklumat lebih terperinci tentang nifas, sila baca di laman 
FIQH ANDA, di bahagian Darah-Darah Wanita.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Buku Fiqh Toharah (Bersuci), Ahmad Adnan bin Fadzil.
2. Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil al-‘Azzazi, 1/142.



itu berkisar tentang tempoh berpantang 44hari,
tapi ini tentang berpantang dengan suami...
ada yang kata dengan suami kena berpantang 100hari...
ada yang kata mesti lebih...
ada yang kata 44hari dah cukup dah...orang lelaki pun ada nafsu...

tapi bila berbalik pada hukumnya...bila kita suci dari nifas,dan merasa tubuh badan kita sihat,serta dari persetujuan kedua-dua belah pihak,tak kisah hendak bersama.

itu apa yang aku bacalah.

pada aku tempoh berpantang 44 hari itu sudah cukup baik sangat,sebab rasanya badan kita memang sangat segar.mungkin pantang ais perlu diteruskan tambah-tambah untuk yang plan nak b/feeding macam aku kan.
#minum air sejuk takpe...ais no,no,no hahaha#

untuk diri aku sendiri...macam mana pun 44hari tu konpemlah aku berpantang dengan betul,
tadaknya nak keluar p shoping complex,p makan tak tentu hala,p sana sini...kalau tok,mama aku tau..konpem kena ceramah setahun pun tak habis...
okeh tok aku ada 11orang anak..dan kebanyakkan anak,cucu dia bersalin pun dia yang jaga...
pantang tok aku memang ketat.
tadaknya nak culas-culas minum air sejuk ke ais..culas-culas tak berbengkung,tak berstokin...kusut masai...
makan wajib ada lada hitam....nasi tak boleh tambah.
bertungku bila sampai masanya...
ikat rambut tinggi-tinggi...
sapu sampah,buat kerja apa pun tak boleh..sebab dia kata bahaya nanti bentan.
hoi...duduk dengan tok aku seksa kot...tapi aku tengok mak sedara,sepupu sepupu aku lepas tu...perghhhh nampak bertenaga je...habis pantang nampak badan sihat je.

aku nanti,insy.Allah tok akan jaga seminggu pertama,*next entry aku story*
sekarang pun tok dah pesan,macam-macam law dalam pantang dia bagi tau aku...hahaha
nasibla...dah aku dok dengan dia dari kecik lagi..dah jadi macam anak perempuan bongsu tok dah.
doa aku,semoga aku dapat berpantang dengan baik.
dijauhilah dengan gila meroyan,bentan semua ni...
segala tips dari tok,pakcik google akan aku godek-godek...

oklah,
doakan aku selamat berpantang dan lepas pantang menjadi selim melim seperti gambar di bawah ni ye....

time ni pinggang daku 28 je kauu....
sekarang dah 44...hambikkkkkkkkkkkkkk
tak pe...bonda tak kisah asalkan baby sihat suda...
mana tau kot berpantang pakai set NR ni...tengok-tengok meletopsssss....cayalah!

ok,baiiiii...

Sekian,
Terima kasih sudi baca....

Ikhlas dari hati,
Raihana Humaira isteri kecintaan Tariq Huzairi,Walid dan Bonda kepada zuriat-zuriat kami yang soleh dan solehah.Semoga Tariq Huzairi cepat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan kami anak-beranak,dan juga semoga anakanda lahir dalam keadaan sihat,sempurna,selamat.Berharap semoga aku bersalin normal,ikut due 10.10...Aamiin...


2 comments:

afzan ismail said...

Hehe..i like this entry! #baca blog sambil menunggu lg 4hari nak abis 44hari berpantang ni! ;)

ummu khayla jual vitamin said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda anda hamil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...